22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

10 PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DINAIKKAN KE PANGKAT KEPTEN

PUTRAJAYA, 21 November – Seramai 10 pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kenaikan pangkat daripada Komander Maritim kepada Kepten Maritim gred T22 hari ini.

Satu majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin di Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Masing-masing pegawai yang menerima kenaikan pangkat berkenaan akan mengisi kekosongan jawatan di peringkat ibu pejabat, negeri dan zon maritim. Antaranya ialah Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, daripada Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), akan mengisi jawatan sebagai Pengarah Maritim Negeri Selangor.

Daripada 10 orang pegawai berkenaan, dua daripadanya merupakan penerbang iaitu Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan yang merupakan Ketua Skuadron Helikopter AW139, Stesen Udara Maritim Subang akan ditempatkan mengisi jawatan sebagai Ketua Stesen Udara Maritim Subang.

Manakala seorang lagi penerbang, Kepten Maritim Mohammad Al-Amin bin Hashim daripada Seksyen Rancang Operasi, Cawangan Operasi, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia akan mengisi jawatan sebagai Ketua Cawangan Dasar Perancangan dan Penerbangan, Bahagian Operasi Udara, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Sempena kenaikan pangkat ini juga, dua daripada pegawai berkenaan akan ditempatkan sebagai Pengarah Zon Maritim iaitu Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan (Bintulu) dan Kepten Maritim Izwanhadi bin Idros (Labuan)

Lima lagi pegawai penguat kuasa maritim yang menerima kenaikan pangkat ialah Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar daripada Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Ibu Pejabat ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Pegawai berikutnya adalah Kepten Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim daripada Cawangan Jenayah Komersial dan Alam Sekitar, Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, akan mengisi jawatan sebagai Ketua, Cawangan CARILAMAT, Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Manakala Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Komander Pasukan STAR Team, dinaikkan pangkat dan ditempatkan di jawatan yang sama.

Selain itu Kepten Maritim Razali bin Kasim, Ketua Cawangan PSMM dan PASKAM, Bahagian Sumber Manusia akan bertugas di Cawangan Operasi Risik, Bahagian Perisikan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia dan Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor akan mengisi jawatan sebagai Ketua Cawangan C4ISR, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

 

WhatsApp Image 2023 11 21 at 12.56.55 PM   WhatsApp Image 2023 11 21 at 12.56.56 PM 2   WhatsApp Image 2023 11 21 at 12.57.01 PM 2   WhatsApp Image 2023 11 21 at 12.57.04 PM 2

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

LABUAN, 20 November – Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Bencana Peringkat Wilayah Perseketuan Labuan anjuran Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan telah dilaksanakan bertempat di The Pacific Sutera, Kota Kinabalu pada 17 hingga 19 November yang lalu.

Bengkel ini bertujuan membincangkan pelan tindakan tiga jenis bencana iaitu Bencana Tsunami, Bencana Udara dan Bencana Maritim yang melibatkan kehadiran dari Ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil dari jabatan di bawah JPBD WP Labuan.

Turut hadir ialah, Tn Hj Rithuan bin Hj Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan WP Labuan merangkap Pengerusi JPBD WP Labuan, Datin Zakiah Syerina Balqis binti Taha, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Perbandaran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA selaku penceramah, Pemangku Pengarah Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Mohd Hafiz bin Abd Mutalib serta Timbalan Pengarah Pengurusan Zon Maritim Labuan, Puan Nadia binti Marzuki.

Bengkel ini turut menjadi medium peserta bertukar pandangan dan pendapat serta membincangkan isu-isu bencana agar pengurusan bencana disini ke arah penambahbaikan dan ditangani dengan lebih efektif sejajar dengan senario bencana negara.

 

LABUAN BENCANA 2   LABUAN BENCANA 3

40 PEGAWAI MARITIM MALAYSIA HADIRI FORUM ‘MALAYSIA’S MARITIME SECURITY : THREATS, POLICY AND PRACTICE’

PUTRAJAYA, 17 November – Sebanyak 40 pegawai Maritim Malaysia telah menghadiri Forum ‘Malaysia’s Maritime Security : Threats, Policy and Practice’ bertempat di Hotel Everly Putrajaya baru-baru ini.

Pogram yang dianjurkan oleh Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya ini berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 November.

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform pendedahan kepada isu-isu keselamatan maritim yang berkaitan dengan Malaysia melibatkan pelbagai aspek termasuk ancaman kedaulatan Perairan Malaysia, keselamatan pelayaran dan perlindungan sumber daya marin negara.

Selain itu, program ini dapat membantu pegawai memahami dari segi pengoperasian dan penguatkuasaan undang-undang dalam menghadapi cabaran mengenai isu-isu keselamatan Maritim Malaysia dan fungsi serta peranan Maritim Malaysia.

Barisan ahli panel yang hadir dalam forum tersebut ialah Felow Kanan East Asian International Relation CAUCUS, Dr. Hoo Chiew Ping, Pengarah Institut Pengajian China Universiti Malaya, Professor Madya Dr Ngeow Chow Bing, dan wakil sekretariat Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Komander Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Diharapkan dengan pelaksanaan program seperti ini dapat memberi lebih banyak ilmu pengetahuan dan peluang bertukar-tukar pandangan di antara pegawai Maritim Malaysia dan akademia menerusi kerjasama awam dan swasta di masa hadapan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Haji Mohd Amin juga berkesempatan hadir di acara penutup program dengan beramah mesra bersama semua peserta.

 

IMG 5620 1   IMG 5626 1   IMG 5646 1   IMG 5648 1

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIRI LAWATAN KERJA KE SARAWAK BERSAMA MDN

SIBU, 18 November – Maritim Malaysia sebagai salah satu Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri menyambut baik dan komited dengan usaha yang dilaksanakan Menteri Dalam Negeri dalam mendapatkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu penduduk Sarawak tanpa pengenalan diri.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin bersama delegasi telah tiba di Sibu, Sarawak bagi menghadiri pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama Pasukan Petugas Khas Menangani Isu Penduduk Sarawak Tanpa Pengenalan Diri petang tadi.

Laksamana Maritim Datuk Hamid terlebih dahulu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 2.30 petang dan telah disambut oleh Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sarawak, Encik Yusuf Mok bin Generawi serta beberapa pegawai kanan Maritim Negeri Sarawak sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Sibu.

Ketibaannya di Sibu dengan menaiki pesawat AW139 Maritim Malaysia selamat tiba pada jam 6.30 petang dan disambut oleh Pengarah Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang.

 

KP SIBU   KP SIBU 2   KP SIBU 3   KP SIBU 8  

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK TINGKATKAN KEPAKARAN PEGAWAI DAN ANGGOTA MARITIM NEGERI KELANTAN

KOK LANAS, 15 November – Maritim Negeri Kelantan mengadakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) melibatkan pegawai dan anggota ibu pejabat Maritim Negeri Kelantan dan Pos Maritim Pengkalan Kubor bertempat di Lapang Sasar Bukit Merbau, Kok Lanas, Kelantan pada 14 dan 15 November 2023.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, program ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dan keyakinan anggota dalam melaksanakan tugas, memupuk sikap bertanggungjawab ketika mengendalikan senjata di samping mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama diantara warga Maritim Negeri Kelantan.

Syed Nor Adli menjelaskan, menembak juga memerlukan fokus dan disiplin yang tinggi kerana umum mengetahui tentang bahayanya senjata api sekiranya ia tidak dikendalikan dengan berhati-hati dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin serta pegawai kanan Maritim Negeri Kelantan.

Pada ucapan yang sama Syed Nor Adli turut berkata, latihan berterusan secara berkala ini amat perlu bagi melahirkan warga Maritim Negeri Kelantan yang berkepakaran dalam mengendalikan senjata khususnya ketika operasi.

Katanya lagi program ini dilaksanakan bertujuan memantapkan keyakinan dan penguasaan anggota dalam teknik menembak yang terbaik.

Ujian kemahiran menembak kali ini melibatkan disiplin menembak Precision, pada jarak 5, 7 dan 15 meter.

Ujian menembak senjata api kecil menggunakan senjata dari jenis pistol Glock 19. Kemahiran menembak pegawai dan anggota turut diuji dalam mengendalikan senapang dari jenis COLT M16 pada jarak 100 meter.

 

WhatsApp Image 2023 11 15 at 8.34.25 PM   WhatsApp Image 2023 11 15 at 8.34.20 PM 1   WhatsApp Image 2023 11 15 at 8.34.20 PM 2   WhatsApp Image 2023 11 15 at 8.34.21 PM 1

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC