21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

SANDAKAN, 18 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan mengesan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah yang disyaki tidak mematuhi peraturan ditetapkan melibatkan sebuah bot kargo di perairan Sandakan, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan menerusi Op Sejahtera 1/2022, Op Khas Cegah PATI (OCP) Utara COVID-19 dan Op Tiris 4.0 susulan maklumat awam berhubung aktiviti mencurigakan di kawasan berkenaan.

Bertindak atas maklumat tersebut, anggota Maritim Malaysia menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah bot kargo yang dikesan berhampiran sebuah tongkang di perairan Sandakan. Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa minyak sawit mentah yang dianggarkan seberat empat tan.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan minyak petrol dan sebuah enjin pam, selain dua enjin sangkut berkuasa 50 kuasa kuda (HP) yang turut dirampas bersama bot kargo berkenaan.

Keseluruhan nilai rampasan melibatkan bot kargo, minyak sawit mentah, minyak petrol, enjin pam dan dua enjin sangkut dianggarkan berjumlah RM63,792.00.

Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 kerana gagal mempamerkan ikrar pergerakan domestik yang ditetapkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Bot tersebut turut disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana gagal mempamerkan lesen bot.

Bot kargo bersama barang kes kemudiannya dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan untuk tindakan lanjut. Tiada individu ditahan dalam operasi berkenaan.

Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang, sekali gus memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan menerusi talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC