![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN
VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA
MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN
NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN
MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN
DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH SISTEM PENGAWASAN LAUT (SWASLA) LUMUT
LUMUT, 30 November – Majlis serah terima tugas Pengarah Sistem Pengawasan laut (SWASLA) telah diadakan di bilik operasi disini, pagi tadi.
Majlis Serah Terima Tugas telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Pengawasan Maritim ibu Pejabat APMM, Yang Berbahagia Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.
Dalam majlis tersebut, Kepten Maritim Mohd Khairi bin Abd. Aziz, telah menyerahkan tugas kepada Pengarah SWASLA yang baharu, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Maritim Negeri Kelantan.
Seluruh warga SWASLA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kepten Maritim Mohd Khairi bin Abd. Aziz atas segala khidmat bakti sepanjang beliau berkhidmat di SWASLA.
Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman diatas perlantikan sebagai Pengarah SWASLA yang baru. Semoga SWASLA Lumut akan terus maju dan cemerlang dibawah kepimpinan beliau.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
LATIHAN KEMAHIRAN MENEMBAK MENGUJI KECEKAPAN WARGA MARITIM NEGERI PAHANG
KUANTAN, 30 November – Seramai 60 orang warga melibatkan Ibu pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Negeri Pahang termasuk kapal dan bot telah melaksanakan latihan dan ujian kemahiran menembak senjata kecil di Lapang Sasar Kem PGA Bukit Galing, Kuantan yang berlangsung selama dua hari bermula pada 28 dan 29 November 2023.
Turut hadir bagi menyempurnakan latihan dan ujian kemahiran menembak ini adalah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain.
Acara dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Pegawai Lapang Sasar dan penerangan berkenaan dengan pengendalian senjata kecil serta langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas penembakan dijalankan oleh Jurulatih Persenjataan.
Senjata kecil digunakan semasa latihan adalah Riffle M16 dan pistol jenis GLOCK 19, CZ 75 SP 01, SHADOW serta CZ P 07 manakala sesi ujian menembak sasaran dilaksanakan melalui acara precision dan falling plate bagi kategori perseorangan dan berkumpulan.
Latihan ini diadakan secara tahunan untuk menguji dan mempertingkatkan lagi kecekapan dalam mengendalikan senjata kecil sebagai asas utama dalam kemahiran menembak serta meningkatkan lagi keyakinan diri menggunakan senjata kecil dalam pelbagai rutin berbeza dan peluru hidup disamping mamatuhi arahan latihan yang dikeluarkan.
Secara tidak langsung, semangat berpasukan dapat dipupuk dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dalam kalangan warga, menanam sikap tanggungjawab bagi meningkatkan tahap disiplin yang tinggi dalam memperkasakan peranan warga dalam aspek persenjataan.
KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT AUSTRALIA BORDER FORCE (ABF)
PUTRAJAYA, 30 November – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin hari ini menerima kunjungan hormat daripada Australian High Commission at Australia Border Force (ABF) Counsellor, Superintendent John Fleming pada jam 2.30 petang tadi.
Delegasi ABF turut disambut oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama (M) Ahmad Faridi Bin Ferdaus, Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama (M) Hamizan Bin Harun dan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.
Kunjungan ini adalah bertujuan bagi memelihara hubungan baik dan menjalinkan kerjasama berterusan bagi kedua-dua pihak dalam membanteras jenayah rentas sempadan maritim selain menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang di laut.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MARITIM MALAYSIA SERTAI REGIONAL MARSEC PRACTITIONER PROGRAMME
PUTRAJAYA, 28 November – Buat julung kalinya Regional MARSEC Practitioner Programme (RMPC) yang dikendalikan oleh Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) telah diadakan di Malaysia dengan melibatkan penyertaan 15 Pegawai Penguat Kuasa Maritim Malaysia.
RMPC yang dilaksanakan ini merupakan penganjuran siri ke-11 dengan membabitkan seramai 120 peserta dari 28 buah negara di mana rata-ratanya terdiri daripada golongan profesional yang berkhidmat bersama tentera laut, pengawal pantai, agensi maritim, dan industri perkapalan serantau yang juga pertama kali ditawarkan kepada Maritim Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah diberi penghormatan menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan pembukaan RMPC yang berlangsung di Double Tree by Hilton Putrajaya awal pagi tadi.
Katanya, penglibatan Maritim Malaysia menerusi RMPC boleh dijadikan pentas penting khususnya dalam meningkatkan persefahaman bersama tentang hal-hal keselamatan serantau dan secara langsung menunjukkan bahawa Maritim Malaysia memandang serius dan sentiasa memberikan komitmen penuh turatamanya dalam aspek keselamatan maritim.
RMPC mampu meningkatkan pemahaman tentang persekitaran keselamatan maritim serantau selain berfungsi sebagai pentas pertukaran pengetahuan dan memupuk komuniti maritim yang profesional serta berdedikasi untuk melindungi kepentingan keselamatan maritim.
Pengalaman yang diperolehi daripada RMPC juga mampu menyumbang kepada kepakaran kolektif buat peserta yang terlibat. Selain itu, progran ini turut membincangkan tentang isu keselamatan maritim kontemporari, undang-undang laut dan jenayah siber maritim dalam landskap perairan serantau.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Institut Pertahanan dan Pengajian Strategik (RSIS), Adrian Tan, moderator sesi pertama dari RSIS Singapura; Jane Chan dan pembentang; Geoffrey Till serta Pengarah Bahagian Perhubungan Strategik dan Antarabangsa Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar
Usai perasmian RMPC, satu sesi pertemuan khas dan kunjung hormat turut diadakan antara Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bersama Komander Pusat Perintah Keselamatan Maritim, Pasukan Petugas Keselamatan Maritim, Tentera Laut Republik Singapura, Laksamana Muda Augustine Lim.
![]() |
![]() |
![]() |




























.svg.png)

