22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

COAST GUARD GLOBAL SUMMIT DI TOKYO PENTAS PENTING BAGI MEMAJUKAN MARITIM MALAYSIA

TOKYO, 1 November – Malaysia mengekalkan komitmen bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman perairan serantau terpelihara daripada sebarang perlanggaran undang-undang dan akta seterusnya mengekal dan mengukuhkan hubungan erat antara agensi coast guard secara global.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim mewakili negara ke Persidangan ke-3 Ketua-Ketua Agensi Pengawal Pantai Sedunia (3rd Coast Guard Global Summit) melibatkan 90 Negara dan 9 agensi antarabangsa di Tokyo, Jepun dengan membawa harapan persefahaman dan pengukuhan hubungan antara agensi coast guard sedunia.

Menerusi persidangan itu, terdapat empat teras utama yang menjadi fokus iaitu melengkapkan dan memperhalusi perihal Meeting Guidelines and Procedures pada masa akan datang, Information Sharing Method, Coast Guard Global Human

Resources Development serta perkongsian terhadap Pioneer Activities of Unmanned/ Autonomous ships for Coast Guard Missions.

Maritim Malaysia secara aktif terlibat sepenuhnya dalam persidangan tersebut dengan komitmen untuk mencegah dan mengawal perlanggaran undang-undang di laut yang mana mempunyai cabaran kompleks dalam menanganinya.

Persidangan ini seterusnya membuat keputusan sebulat suara menegaskan bahawa maritime safety and security serta keterjaminan persekitaran laut merupakan asas utama kepada kelestarian komuniti maritim serantau dan sedunia amnya.

Ketua-ketua delegasi coast guard sedunia sebulat suara menegaskan kesediaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan maritim, kesediaan dalam menghulurkan bantuan semasa kecemasan dan bencana serta mengekalkan

keamanan di perairan maritim menerusi dukungan terhadap UNCLOS.

Ketua-ketua delegasi juga mengukuhkan pendirian terhadap bahaya Pemanasan Global, Pencemaran Persekitaran Lautan, IUU Fishing serta Transnational Organized Crime. Sehubungan itu usaha-usaha dalam peningkatan pemakaian teknologi seperti Unmanned/ Autonomous ships serta UAV diperhalusi untuk membantu dalam misi-misi coast guard.

Lanjutan persidangan itu, Maritim Malaysia turut dijemput dalam pertemuan bilateral bersama Vice Comandant Japan Coast Guard (JCG), Vice Admiral Yoshieu Seguchi dengan membincangkan hala tuju MOU sedia ada antara Maritim Malaysia dan JCG selain termasuk program-program perkembangan sumber manusia dan pembangun kapasiti antara dua agensi.

Maritim Malaysia juga dipertemukan dengan Chief of Indonesia Coast Guard, Vice Admiral Dr. Irvansyah, S.H menerusi satu sesi khas bagi mengukuhkan lagi hubungan dua agensi negara.

Dalam pertemuan itu, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful bagi pihak Maritim Malaysia mencadangkan agar HOT LINE Asia Coast Guard diwujudkan dan diterima serta dipersetujui

oleh BAKAMLA.

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan juga berkesempatan melaksanakan perjumpaan dan perbincangan dengan hampir 30 ketua-ketua agensi coast guard pelbagai negara serta agensi antarabangsa secara rasmi mahupun tidak rasmi.

 

TOKYO CG   TOKYO CG 2   TOKYO CG 3   TOKYO CG 5

MARITIM NEGERI PAHANG | LATIHAN PASUKAN SUKARELAWAN MARITIM MALAYSIA MANTAPKAN KESIAGAAN DAN DISIPLIN

Seramai 31 anggota terdiri daripada 25 lelaki dan enam wanita hadir dalam sesi latihan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) kali ketiga bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang di sini, semalam.

Antara aktiviti yang dilaksanakan pada sesi kali ini ialah latihan kecergasan, kawad kaki, taklimat asas pengenalan dan pengendalian senjata api kecil. Terdahulu, sebahagian besar modul latihan yang dinyatakan telah dijalankan dalam sesi pertama dan kedua pada awal Oktober.

Tujuan sesi latihan kali ketiga ini adalah bagi memantapkan lagi kesiagaan dan memupuk jati diri serta disiplin dalam kalangan anggota PSMM selain mampu merapatkan jurang di antara Maritim Malaysia dengan orang awam.

Berita baik kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai PSMM, walaupun menjalankan peranan serta tugas yang bersifat terhad dan asas.

Orang ramai berpeluang mendalami tugasan dan peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) termasuk menimba ilmu kelautan dan penguatkuasaan, mengikuti kursus awal CARILAMAT dan sebagainya.

Maritim Negeri Pahang buat julung kalinya membuka penyertaan kepada permohon dalam kalangan warga dan kaki tangan Maritim Malaysia untuk menjadi anggota PSMM.

Semoga berjaya!

 

​

PASKAM   PASKAM 4   PASKAM 5   PASKAM 3

HARI INOVASI APMM | CAKNA INOVATIF, MALAYSIA MADANI

PUTRAJAYA, 24 Oktober – Sambutan Hari Inovasi 2023 Maritim Malaysia telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Putrajaya siang tadi.

Program itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Yang Berusaha Tuan Mohd Norzam bin Mustafa.

Bertemakan slogan pada tahun ini iaitu 'Cakna Inovatif Malaysia Madani' program ini telah diadakan secara hibrid iaitu peserta hadir bersemuka/fizikal serta warga Maritim Malaysia dari seluruh negara boleh mengikuti program ini secara atas talian.

Sebanyak tujuh kategori telah dipertandingkan pada tahun ini iaitu pertandingan mencipta logo dan slogan inovasi telah dimenangi oleh Puan Noorlin Haryatie binti Mohd Nordin manakala tempat kedua dimenangi oleh Encik Mohd Alimi , dan tempat ketiga dimenangi oleh Leftenan Komander Maritim Suhaili binti Deraman.

Selain itu terdapat pertandingan mencipta video pendek cetusan idea kreatif & inovatif, dimenangi oleh Encik Tajul Ariffin bin Jamaludin @ Yusof dengan video bertajuk Hidroponik, tempat kedua dimenangi oleh Encik Mohd Alimi bin Ayub dan tempat ketiga oleh Encik Harianto bin Salleh.

Turut diadakan pertandingan mencipta poster catan dan digital yang dimenangi oleh Leftenan Komander Maritim Muhammad Azizol bin Azmi dengan tajuk MSAR APPPS, kedua, Puan Rashida binti Abdullah, manakala ketiga, Puan Norliza binti Ramli.

Kategori keempat The Best Innovation Project, johan telah disandang oleh Kumpulan Smart Thinker dari bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim dengan Projek Bullet Picker dan Kumpulan Bullet dari Akademi Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dengan projek Flexible Firing Plate telah dipilih sebagai naib johan.

Sambutan Hari Inovasi turut mengetengahkan Pertandingan Persekitaran Pejabat Yang Kreatif & Inovatif bagi peringkat ibu pejabat dan Unit Integriti telah dinobatkan sebagai juara, manakala Unit Komunikasi Korporat dipilih sebagai naib juara dan Bahagian Perolehan tempat ketiga.

Bagi kategori seterusnya iaitu Pertandingan Innovation E-Games (PUB-G), tempat pertama dimenangi oleh Lab Crew dari Maritim Negeri Sarawak, kedua MNMNS dari Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan dan ketiga, Bakekang Revival dari Maritim Negeri Selangor.

Kategori terakhir yang dipertandingkan ialah Pertandingan Teka Silang Kata Inovasi Online dimenangi oleh encik Mohd Shahril bin Jaafar dari Zon Maritim Kuala Kedah, tempat kedua Laskar Kelas I Maritim Nur Shafiqah binti Baseri dari Maritim Negeri Selangor dan ketiga ialah Laskar Kelas I Maritim Maryani binti Abd Ali dari Zon Maritim Lahad Datu.

Sambutan Hari Inovasi pada kali ini turut dimeriahkan dengan aktiviti menarik melibatkanpenglibatan pameran dan perkhidmatan dari agensi luar, gerai jualan PUSPANITA APMM, Kempen Derma Darah dari Pusat Darah Negara, Wellness on Wheels (WOW), Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

INOVASI     INOVASI 7   INOVASI 9   INOVASI 6

PELUPUSAN 90 BOT NELAYAN ASING BERSAMA TUKUN TIRUAN DIIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KUALA BESAR, 27 Oktober – Maritim Negeri Kelantan dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah mencatatkan sejarah apabila diiktiraf sebagai ‘First Fishing Vessel with Artificial Concrete Reef’ oleh Malaysia Book of Records (MBOR) di atas kejayaan melupuskan 90 bot nelayan asing (BNA) bersama tukun tiruan di perairan Kuala Besar, Kelantan pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa berkata, program penenggelaman BNA yang telah dilucut hak ini adalah hasil tangkapan yang dilakukan Maritim Negeri Kelantan dalam tempoh lapan tahun (2015 - 2023).

Beliau menjelaskan, setiap BNA yang ditenggelamkan ini diletakkan pemberat batuan yang mencecah sehingga 100 ribu kilogram. Manakala untuk tukun tiruan, BNA ini dilengkapkan dengan 104 biji kuboid konkrit yang akan membentuk module dan unjam bagi menjadi perumah kepada ekosistem marin.

Norzam menambah, pelaksanaan program ini bertepatan dengan salah satu daripada enam teras dasar dalam membangunkan MALAYSIA MADANI iaitu ‘Daya Cipta’ dan ‘Ikhsan’ yang telah diperkenalkan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan proses penenggelaman BNA bersama tukun tiruan di sini hari ini.

Turut hadir sama Pengurus Besar Kanan, Aset Semenanjung Malaysia PETRONAS Carigali Sdn Bhd, Encik Hafiz Azzad bin Zubir, Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Ab Rahman, wakil dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan, Institut Marin Asia Tenggara (ISMAT), Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, wakil MBOR serta komuniti nelayan di kawasan sekitar.

Norzam dalam pada itu turut berharap kerjasama yang dilaksanakan ini dapat membantu dalam melestarikan ekosistem marin seterusnya meningkatkan pelbagai spesis ikan yang bernilai tinggi sekaligus akan membantu nelayan tempatan untuk meningkatkan pendapatan mereka tanpa perlu membahayakan diri dengan mendekati kawasan pelantar minyak yang ada di kawasan perairan di negeri ini.

 

WhatsApp Image 2023 10 27 at 2.31.58 PM   WhatsApp Image 2023 10 27 at 2.32.04 PM   WhatsApp Image 2023 10 27 at 2.32.06 PM   WhatsApp Image 2023 10 27 at 2.32.09 PM

LAWATAN KERJA RASMI PEMANGKU KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KE BERJAYA DOCKYARD, SIBU

SIBU, 14 Oktober – Pemangku Ketua Pengarah yang juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah membuat Lawatan kerja rasmi ke Berjaya Dockyard semalam.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau fasa terakhir pembaikan kapal di limbungan itu selain melihat kemajuan kerja-kerja menaik taraf fasiliti tersebut.

Turut hadir ialah Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus dan diiringi Pengarah Bahagian Kejuruteraan Ibu Pejabat, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab, Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang serta pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

 

LAWATAN KERJA 2   LAWATAN KERJA 3   LAWATAN KERJA 4   LAWATAN KERJA 5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC