21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

LAWATAN KERJA RASMI TINJAUAN KESIAGAAN OPERASI OLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI KE PEJABAT ZON MARITIM MIRI

MIRI, 6 Oktober – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Bin Haji Mohd Amin telah membuat Lawatan Kerja Rasmi ke Pejabat Zon Maritim Miri hari ini bersempena destinasi terakhir Program Tinjauan Kesiagaan Operasi beliau di Negeri Sarawak.

Meskipun hadir bagi melaksanakan tugas rasmi, beliau sempat beramah mesra bersama warga Zon Maritim Miri bagi mengukuhkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan anggota.

Beliau menekankan kepada semua anggota agar menjalankan tugas secara berpasukan dan jangan bekerja secara bersendirian atau secara 'SILO'.

Beliau menegaskan bahawa memikul tanggungjawab sebagai penguat kuasa yang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia merupakan satu amanah yang besar.

Menerusi lawatan kerja tersebut, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Bin Haji Mohd Amin telah melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Zon Maritim Miri dan kuarters penempatan pegawai dan anggota agensi di Kampung Pulau Melayu, Miri yang dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun 2024.

Beliau berharap dengan bermulanya operasi Zon Maritim Miri di pejabat yang baharu dapat meningkatkan motivasi dan prestasi kerja warga Zon Maritim Miri.

Ketibaan Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Bin Haji Mohd Amin ke Zon Maritim Miri, Maritim Negeri Sarawak disambut oleh Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Bin Haji Paing dengan diiringi Kawalan Kehormatan Setempat (KKS).

Turut serta dalam lawatan kerja itu, Pengarah Martim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus, Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta beberapa lagi pegawai kanan dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

 

TKPO MIRI
 
TKPO MIRI 3
 
TKPO MIRI 5
 
TKPO MIRI 6

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS TIMBALAN KETUA PENGARAH PENGURUSAN MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 4 Oktober – Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diadakan secara ringkas Ibu Pejabat agensi di sini hari ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, majlis ini diadakan sebagai simbolik kesinambungan tugas yang telah dipikul oleh Tuan Khairul Anwar bin Bachok bagi diserahkan kepada Tuan Norzam bin Mustafa yang menggantikan beliau mengisi jawatan berkenaan.

Beliau turut berkata, sepanjang berada di Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar telah melaksanakan pelbagai perubahan khususnya pengurusan di agensi ini.

Datuk Saiful juga menyatakan keyakinan Tuan Norzam akan dapat membantu dan meningkatkan lagi prestasi pengurusan Maritim Malaysia berdasarkan kepada pengalaman beliau sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN dan perkhidmatan-perkhidmatan terdahulu beliau.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan sesi penyerahan nota serah tugas berkenaan.

Turut hadir pengarah-pengarah bahagian Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Tuan Khairul Anwar telah menabur bakti di Ibu Pejabat Maritim Malaysia lebih 2 tahun dan kini diberi tanggungjawab memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkuatkuasa 25 September lalu.

Manakala Tuan Norzam sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) lebih setahun dan kini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

 

TKPP BARU   TKPP BARU 2   TKPP BARU 4   TKPP BARU 5 

MARITIM MALAYSIA SERTAI PROGRAM KDN MADANI @ BANDAR TUN RAZAK

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Program KDN MADANI @ Bandar Tun Razak yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berjaya menarik kehadiran lebih 2 ribu orang pengunjung ke Kompleks Sukan Bandar Tun Razak bermula seawal 8.00 pagi hingga 5.00 petang di sini hari ini.

Program itu diadakan bertujuan mendekatkan lagi masyarakat dengan KDN, jabatan dan agensi dibawahnya serta mengukuhkan kepercayaan kepada negara terhadap dasar ketelusan kementerian.

Memeriahkan lagi program, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyediakan pelbagai perkhidmatan di reruai agensi seperti Virtual Reality (VR), pameran replika model aset laut dan udara serta penerangan mengenai tugas operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) oleh Leftenan Madya Maritim Rezzal bin Muhamad Hazmi dari Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Ibu pejabat.

Selain Maritim Malaysia, pameran perkhidmatan ini turut disertai jabatan dan agensi di bawah KDN yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia (Penjara), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Terdahulu, majlis diserikan dengan ketibaan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Manakala Maritim Malaysia diwakili oleh Pemangku Ketua Pengarah, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Encik Khairul Azman Banian bin Abdullah.

 

KDN MADANI BTR
 
KDN MADANI BTR 2
 
KDN MADANI BTR 4

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI SABAH KE ATAS KETUA MENTERI SABAH

KOTA KINABALU, 3 Oktober – Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama (M) Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Penglima Haji Hajiji Haji Noor di Pejabat Ketua Menteri Sabah Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) petang tadi.

Sesi pertemuan ini dijadikan pentas bagi memperkenalkan Maritim Malaysia, membincangkan hal-hal berkaitan isu keselamatan khususnya di perairan Negeri Sabah selain aspek pembangunan operasi dan infrastruktur Maritim Negeri Sabah.

Beliau turut menyampaikan cenderahati khas kepada YAB Ketua Menteri Sabah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian menerima kunjungan tersebut.

Hadir bersama mengiringi Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Tim. Pengarah Pengurusan MN Sabah Pn. Siti Norhaini binti Osli, Pegawai Memerintah KM Arau Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah, Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki dan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Komander Maritim Siti Khairunissak binti Abd Aziz.

 

COURTESY HAJIJI   COURTESY HAJIJI 3   COURTESY HAJIJI 4

APMM ANJUR KURSUS BERSAMA U.S BUREAU OF INTERNATIONAL NARCOTICS AND LAW ENFORCEMENT AFFAIRS (INL)

KUCHING, 29 September – Maritim Malaysia bersama ‘U.S. Bureau of International Narcotics and Law Enforcement Affairs' (INL), Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus ‘Outboard Motor Maintenance’ selama 12 hari bermula 18 hingga 29 September lalu di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

Kursus ini melibatkan 24 peserta dari Maritim Negeri Sarawak dan lima tenaga pengajar pakar daripada ‘United State Coast Guard Training Centre’.

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta kursus tentang teori enjin (2 lenjang dan 4 lenjang), pemahaman asas tentang teori operasi pelbagai sistem (elektrik, karburator dan lain-lain) serta memahami tentang langkah penyelesaian masalah untuk setiap sistem enjin bot sangkut (Outboard Motor).

Perlaksanaan kursus ini telah dibahagikan kepada dua fasa meliputi teori dan praktikal. Para peserta turut diberikan panduan yang jelas tentang tatacara membuat 'major service' pada enjin bot. Di akhir kursus, setiap peserta diuji untuk melakukan 'major service' enjn bot sehingga berjaya melakukannya.

Kursus ini merupakan inisiatif terbaik bagi mengukuhkan potensi dan kepakaran staff teknikal Maritim Malaysia selain perkongsian dua hala bagi menambah baik tahap senggaraan aset Agensi di lapangan.

Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan ibu Pejabat Maritim Malaysia, Komander Maritim Radzil Allexander Raphael mewakili Pengarah Maritim Negeri Sarawak dan Komander Karl H. Mueller mewakili Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

 

INL
 
INL 3
 
INL 4
 
INL 6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC