28
Sel, Mac

RAKYAT & AWAM

Grid List

LAWATAN KERJA RASMI DELEGASI KEMENTERIAN EKONOMI DAN KDN KE MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 16 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menerima lawatan kerja dari delegasi Kementerian Ekonomi dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya pada selasa lalu.
Program dimulakan dengan majlis mengalu-alukan kedatangan dan sesi penerangan mengenai Agensi kepada semua ahli delegasi sebelum mereka dibawa ke lokasi tapak cadangan untuk membina jeti dan lokap di Pejabat Maritim Negeri Perak.
Delegasi daripada kedua-dua kementerian itu adalah seramai 19 orang disambut mesra oleh Pengarah Bahagian Perancang Strategik dan Antarabangsa dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man dan Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya'akop.
Maritim Negeri Perak sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai agensi merentasi kementerian dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara sentiasa terpelihara khususnya di negeri Perak.
 
IMG 8036.jpg EDIT   IMG 8040
IMG 8048  

IMG 8051

IMG 8063

 

 

IMG 8056

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC