22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

STESEN UDARA MARITIM SUBANG (SUMS) – KUNJUNGAN DAN LAWATAN OLEH SURUHANJAYA PERLANTIKAN KEHAKIMAN (JAC) KE SUMS

SUBANG, 22 Disember – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) menerima kunjungan dan lawatan delegasi Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini.

Tujuan kunjungan dan lawatan ini adalah bagi menjalinkan hubungan di antara SUMS dengan agensi yang melibatkan perundangan di Malaysia.

Delegasi JAC diketuai oleh Setiausaha Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Qalam Zainuddin bin Sani bersama pegawai kanan dari JAC yang di sambut oleh Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan, Ketua Seksyen Operasi Komander Maritim Mohamad Redzuan bin Abdullah, Ketua Skuadron Amphibious Komander Maritim Muhammad bin Saad dan pegawai kanan dari SUMS.

Dalam kunjungan dan lawatan itu, kesemua delegasi diberi taklimat mengenai pengoperasian SUMS, pengenalan mengenai aset-aset serta pengenalan daripada 'Resque Swimmer' berkenaan operasi dan peralatan yang dimiliki unit tersebut.

Selain itu, para deligasi turut diberi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh SUMS dalam memastikan operasi penguatkuasaan maritim di negara ini sentiasa berada dalam tahap kesiap siagaan tertinggi pada setiap masa.

 

SUMS JAC   SUMS JAC 2   SUMS JAC 3   SUMS JAC 4

PEGAWAI MARITIM MALAYSIA DIPERAKUKAN SEBAGAI TEKNOLOGIS PROFESIONAL

PUTRAJAYA, 22 Disember – Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Penolong Pengarah Cawangan Prasarana dan Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Leftenan Madya Maritim Ts. Razis bin Yunus yang telah diperakui sebagai Teknologis Profesional pada 19 Disember lalu oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBoT).

Beliau yang menyertai Maritim Malaysia pada Januari 2014 merupakan siswazah jurusan Diploma Ukur Bahan pada tahun 2008 dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (kepujian) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2010.

Lebih membanggakan, Leftenan Madya Maritim Ts Razis juga merupakan ahli siswazah yang diiktiraf sebagai Juruukur Bahan Provisional (PVQS) oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM) mulai 10 Mac 2023.

Beliau kemudiannya mendaftar sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dalam bidang Building & Construction Technology (BC) dan melalui penilaian profesional MBoT sehingga melayakkan beliau diberi pengiktirafan itu.

Dalam pada itu, ucapan tahniah juga diberikan kepada Leftenan Madya Maritim Ts. Muhammad Syafiq bin Harun.

Leftenan Madya Maritim Ts. Muhammad Syafiq merupakan pegawai logistik dan sedang berkhidmat di Seksyen Logistik Maritim Negeri Sarawak.

Beliau sebelum ini merupakan siswazah jurusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2011.

Beliau kemudianya mendaftar sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dalam bidang Maritime Technology (Marine Engineering) dan melalui penilaian profesional MBoT sehingga melayakkan beliau diberi pengiktirafan itu.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau atas kejayaan ini.

 

SYAFIQ service dress
 
IMG 9363

STESEN UDARA MARITIM SUBANG (SUMS) – PERBARISAN KETUA STESEN UDARA MARITIM SUBANG TAHUN 2023

SUBANG, 20 Disember – Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) mengadakan Perbarisan Ketua Stesen bagi tahun 2023 di hangar SUMS yang melibatkan seramai 128 warga.

Majlis Perbarisan itu dirasmikan oleh Ketua Stesen Udara Maritim Subang (KSUMS), Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan.

Dalam majlis itu, Kepten Maritim Mohd Ikmal menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih atas kejayaan dan pencapaian yang diperoleh SUMS pada tahun ini.

SUMS pada tahun ini telah diisytiharkan sebagai ‘Kawasan Larangan dan Tempat Larangan’ (KLTL) oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Selangor (CGSO).

Antara lain, beliau turut memberikan amanat kepada seluruh warga SUMS agar mengekalkan prestasi yang telah dicapai selain menyeru seluruh warga SUMS untuk berkerjasama dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian SUMS ke arah yang lebih cemerlang.

 

KSUMS BARIS   KSUMS BARIS 3   KSUMS BARIS 7   KSUMS BARIS 6

SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 21 Disember – Laksamana Pertama Maritim Zulinda Binti Haji Ramly telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang baharu berkuatkuasa pada 21 November lalu.

Lantikan berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia yang berlangsung hari ini.

Hadir sama Mantan Pengarah Bahagian Pembangunan yang kini merupakan Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dan Pengarah Bahagian Bekalan, Kepten Maritim Iskandar Bin Ishab @ Ishak.

Dalam ucapannya, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan menzahirkan keyakinan bahawa pelantikan ini dapat membawa imej Bahagian Pembangunan ke tahap yang lebih cemerlang selain mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada agensi.

Beliau juga menyeru supaya Sektor Logistik dan Bahagian Pembangunan akan terus memberikan komitmen yang tinggi dan sokongan padu kepada Pengarah Bahagian Pembangunan yang baharu bagi memastikan sektor itu terus relevan.

Dalam pada itu, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Penolong Pengarah Cawangan Prasarana dan Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Leftenan Madya Maritim Ts. Razis Bin Yunus yang telah diperakui sebagai Teknologis Profesional pada 19 Disember 2023 lalu oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBoT).

 

WhatsApp Image 2023 12 21 at 2.15.56 PM   WhatsApp Image 2023 12 21 at 2.15.57 PM   WhatsApp Image 2023 12 21 at 2.16.00 PM   WhatsApp Image 2023 12 21 at 2.16.00 PM 1

LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) MARITIM MALAYSIA KE MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 20 Disember – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Maritim Negeri Sarawak bermula 19 sehingga 20 Disember 2023.

Dalam lawatan itu beliau diiringi oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab dan Pegawai Khas, Leftenan Madya Maritim Muhammad Syahmi bin Mohd Rohani.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Bin Md Yunus dan pegawai-pegawai kanan Maritim Negeri Sarawak.

Pada hari pertama lawatan itu, beliau telah meluangkan masa melakukan tinjauan ke atas fasiliti yang terdapat di Limbungan Ironwoods dan Urusan Kejuruteraan dan Limbongan State (UKLS).

Setelah itu beliau sempat melakukan tinjauan projek kerja pembaikan dan penyelenggaraan di sebahagian Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) dan seterusnya pada hari kedua Datuk Saiful ke Kuching Port Authority (KPA) bagi melawat tapak jeti sebagai persediaan bagi menempatkan Kapal Maritim OPV 1.

 

WhatsApp Image 2023 12 20 at 3.06.14 PM   WhatsApp Image 2023 12 20 at 3.06.16 PM   WhatsApp Image 2023 12 20 at 3.06.17 PM   WhatsApp Image 2023 12 20 at 3.06.19 PM

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC