19
Sel, Mac

Perutusan Ketua Pengarah

LAKSAMANA MARITIM DATO' MOHD ZUBIL BIN MD SOM EDIT

Selamat datang ke laman web rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Laman web ini bertujuan untuk memperkenalkan Maritim Malaysia kepada masyarakat umum dan sebagai salah satu saluran penyebaran maklumat berkaitan agensi dan perkhidmatan kami di arena penguatkuasaan Maritim Malaysia melalui teknologi maklumat dan komunikasi.

Adalah diharapkan melalui laman web ini, pengunjung akan dapat mengetahui fungsi dan peranan Maritim Malaysia diantaranya untuk mengawal, melindung dan menyelamat di Zon Maritim Malaysia (ZMM). Pengunjung juga akan mendapat gambaran mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anggota-anggota agensi ini.

Sebagai pemimpin tertinggi sebuah agensi penguatkuasaan maritim di negara ini dan seiring reputasi ini, agensi sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi segala jurang hardware, software dan humanware yang wujud supaya agensi ini dapat melaksanakan peranan ini dengan berkesan. Usaha pencegahan (preventive) yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia dalam mendidik komuniti maritim tentang pentingnya kepatuhan, keselamatan (safety) dan keperluan menghormati perundangan negara terus dihargai.
 

Adalah menjadi harapan saya supaya orang ramai dapat memahami peranan kami dalam menjaga keselamatan perairan di ZMM dengan bekerjasama dan berganding bahu menjadi mata dan telinga agar perairan kita terkawal, aman dan selamat. Laman web ini menyediakan maklumat mengenai pegawai-pegawai yang boleh dihubungi sekiranya orang ramai mempunyai maklumat yang dapat membantu kami dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Pengunjung juga berpeluang untuk mengemukakan cadangan kepada agensi ini melalui ruangan cadangan yang disediakan. Saya mengalu-alukan sebarang cadangan yang boleh mempertingkat dan memantapkan lagi maklumat di dalam laman web ini.
Sekian, selamat melayari laman web rasmi Maritim Malaysia.

 

 

Laksamana Maritim Datuk Hamid Bin Hj Mohd Amin
Ketua Pengarah
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

 
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC