21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT UNODC GLOBAL MARITIME CRIME PROGRAMME COORDINATOR

PUTRAJAYA, 12 Disember – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin telah menerima kunjungan hormat daripada Programme Coordinator (Southeast Asia and The Pacific), UNODC Global Maritime Crime Programme, Mr. Shanaka Jayasekara pada jam 5.30 petang tadi.

Delegasi UNODC Global Maritime Crime Programme turut disambut oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar.

Kunjungan ini adalah buat julung kalinya diadakan oleh UNODC ke atas Laksamana Maritim Datuk Hamid setelah dilantik menjadi Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang baharu.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memelihara hubungan baik dan menjalinkan kerjasama berterusan oleh kedua-dua pihak selain menjadi platform bertukar-tukar pandangan terutamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang di laut.

 

WhatsApp Image 2023 12 12 at 5.49.27 PM   WhatsApp Image 2023 12 12 at 5.49.27 PM 2   WhatsApp Image 2023 12 12 at 5.49.28 PM   WhatsApp Image 2023 12 12 at 5.49.28 PM 1

MARITIM NEGERI KELANTAN | MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PEMAKAIAN PANGKAT DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PEKERJA CONTOH

PASIR PUTEH, 12 Disember – Maritim Negeri Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat untuk warga Ibu Pejabat Maritim Negeri itu.

Seramai tiga anggota diberikan pemangkuan pangkat dari Laskar Kelas II Maritim ke Laskar Kelas I Maritim dan dua anggota menerima Anugerah Pekerja Contoh Maritim Negeri Kelantan yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang telah diberikan pemangkuan pangkat dan penerima Anugerah Pekerja Contoh pada bulan ini.

Beliau berharap anugerah dan kenaikan pangkat yang diberikan itu menjadi pemangkin dan penyuntik semangat kepada semua anggota dalam melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh berintegriti.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Maritim Negeri Kelantan di atas prestasi operasi dan pengurusan yang cemerlang sepanjang tahun ini dan berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Nasihatnya kepada seluruh warga Maritim Negeri Kelantan, sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada dalam menerima teguran dan kritikan sebagai pembakar semangat bagi meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin dan Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Kelantan, Encik Mohd Razali bin Mohd Daud.

 

WhatsApp Image 2023 12 12 at 3.30.39 PM   WhatsApp Image 2023 12 12 at 3.30.40 PM   WhatsApp Image 2023 12 12 at 3.30.40 PM 1   WhatsApp Image 2023 12 12 at 3.30.41 PM

 

THE 1ST INTELLIGENCE OFFICER INTERACTION (IOI) MEDAN KERJASAMA MARITIM MALAYSIA DAN TNI ANGKATAN LAUT INDONESIA

PUTRAJAYA, 6 Disember – Wakil delegasi daripada TNI Angkatan Laut Indonesia, Asintel Kasal, Mayor Jenderal TNI (Mar) Suaf Yanu Hardani bersama empat pegawai kanan telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pengarah Bahagian Perisikan (MIND) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah bertempat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.

Merupakan The 1st Intelligence Officer Interaction (IOI), pertemuan antara kedua-dua agensi ini bakal menjadi medan penting bagi membincangkan pelbagai pendekatan dalam menangani isu jenayah rentas sempadan.

Kunjungan ini juga merupakan langkah proaktif dalam membangunkan kerjasama erat antara agensi melalui perkongsian maklumat dan kepakaran bagi menghapuskan ancaman seperti rompakan serta penangkapan ikan secara haram di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di Selat Melaka.

Kerjasama yang terjalin ini juga dilihat bakal menjadi kunci utama dalam memastikan keselamatan kawasan maritim kedua-dua negara.

Terdahulu Mohd Zawawi merakamkan ucapan terima kasih kepada deligasi yang hadir dalam kunjungan hormat berkenaan.

Beliau dalam pada itu turut menyampaikan salam daripada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin yang tidak dapat bersama-sama dalam pertemuan ini kerana mempunyai tugasan penting yang tidak dapat dielakkan.

 

IOI LAKSMA ZAWAWI 3   IOI LAKSMA ZAWAWI 6   IOI LAKSMA ZAWAWI   IOI LAKSMA ZAWAWI 5

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS GABENOR SATUN ERAT KERJASAMA PERSEFAHAMAN ISU SEMPADAN MARITIM

SATUN, 10 Disember – Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksmana Pertama Maritim Romli bin Mustafa bersama rombongan dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Malaysia Thailand Border Coordination Office (MTBCO) telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Wilayah Mueang, Satun Thailand pada 7 dan 8 Disember lalu.

Rombongan itu disambut oleh Timbalan Gabenor Wilayah Satun, Chatri Na Thalang bersama pegawai-pegawai kanan beliau.

Objektif lawatan ini adalah bagi membincangkan hal-hal menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram rentas sempadan, penyeludupan dadah dan barang-barang kawalan Kastam terutamanya di kawasan selatan Thailand dan utara tanah air.

Lawatan itu juga dapat mengeratkan hubungan baik yang lama terjalin antara dua negara dalam membanteras aktiviti jenayah dan salah laku di perairan kedua-dua negara.

 

GABENOR SATUN 2   GABENOR SATUN 3

MARITIM NEGERI SARAWAK | LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) MARITIM MALAYSIA

KUCHING, 7 Disember – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Mohd Norzam bin Mustapa mengadakan lawatan kerja rasmi dua hari ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak bermula 6 hingga 7 Disember 2023.

Lawatan itu turut diiringi Pengarah Kewangan dan Belanjawan, Dato’ Barkhiya Bin Shahiruddin, Pengarah Pengurusan Aset, Mohd Ilham bin Udin, Pengarah Sumber Manusia, Haji Ghazali bin Hizam serta delegasi seramai lapan orang dari Ibu Pejabat Maritim Putrajaya.

Ketibaan disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Bin Md Yunus bersama warga kerja Maritim Negeri Sarawak.

Pada hari pertama lawatan kerja rasmi yang julung kali diadakan itu, Tuan Mohd Norzam telah mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan dan Libat Urus Sektor Pengurusan Maritim Negeri Sarawak.

Pada 7 Disember, Tuan Mohd Norzam bersama delegasi telah membuat kunjungan ke Kuching Port Authority (KPA) bagi membincangkan perkara berkaitan Persedian Perjanjian Kapal Maritim OPV 1 yang bakal ditempatkan di sana.

Seterusnya beliau melakukan lawatan tapak di sekitar KPA yang dilengkapi dengan jeti, blok pentadbiran dan infrastuktur keselamatan.

 

LAWATAN TKPP   LAWATAN TKPP 2   LAWATAN TKPP 4   LAWATAN TKPP 6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC