LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BERSARA SELEPAS 42 TAHUN BERKHIDMAT KEPADA NEGARA
Penafian
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan APMM adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
LAWATAN KERJA RASMI DELEGASI KEMENTERIAN EKONOMI DAN KDN KE MARITIM NEGERI PERAK
LUMUT, 16 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menerima lawatan kerja dari delegasi Kementerian Ekonomi dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya pada selasa lalu.
Program dimulakan dengan majlis mengalu-alukan kedatangan dan sesi penerangan mengenai Agensi kepada semua ahli delegasi sebelum mereka dibawa ke lokasi tapak cadangan untuk membina jeti dan lokap di Pejabat Maritim Negeri Perak.
Delegasi daripada kedua-dua kementerian itu adalah seramai 19 orang disambut mesra oleh Pengarah Bahagian Perancang Strategik dan Antarabangsa dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man dan Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya'akop.
Maritim Negeri Perak sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai agensi merentasi kementerian dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara sentiasa terpelihara khususnya di negeri Perak.