20
Sab, Apr

PASUKAN KADET MARITIM MALAYSIA (PASKAM)

LATAR BELAKANG

Penubuhan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang terlibat tentang peranan dan fungsi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menguatkuasakan undang-undang di perairan negara supaya mereka dapat dibentuk menjadi individu yang berdisiplin dari segi mental dan fizikal sebagai persediaan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

MATLAMAT

Matlamat penubuhan PASKAM adalah untuk membentuk para pelajar di SMK dan IPTA yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan disiplin dan sahsiah diri melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh APMM. Penubuhan ini juga bertujuan membina semangat kerjasama dan patriotisme di samping memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tanggungjawab dalam membimbing rakan sebaya.

OBJEKTIF

  • Mendekatkan diri masyarakat dengan APMM melalui pembelajaran dan pendedahan tentang peranan dan tugas Agensi;
  • Membangunkan kemahiran dalam bidang kelautan seperti renang dan menyelamat di laut;
  • Mengadakan aktiviti yang dapat memberi pendedahan berhubung kepentingan memelihara sumber di laut dan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan di laut.
  • Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang untuk menanam sikap keperihatinan dalam menangani sebarang perilaku jenayah maritim; dan
  • Melahirkan insan yang mantap dari segi jasmani, emosi, rohani, disiplin dan intelek bagi menjadi pemimpin generasi akan datang.

DASAR PENUBUHAN

Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan PASKAM melalui Memorandum Jemaah Menteri (MJM) No. M583/2016 bertarikh 21 September 2016.  Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri berkaitan penubuhan PASKAM, pindaan Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 [Akta 633] bagi mewujudkan punca kuasa penubuhan PASKAM di bawah APMM.

PASKAM di bawah Pusat Kokurikulum yang terdapat kursus-kursus Badan Beruniform dan Kokurikulum di SMK dan IPTA. Bagi IPTA, kursus-kursus Badan Beruniform berpakej yang ditawarkan oleh Pusat Kokurikulum adalah memerlukan pelajar untuk mendaftar dan harus melengkapkan keseluruhan pakaj kursus tersebut. Kursus PASKAM ini ditawarkan selama empat (4) semester selama 2 tahun dalam pengajian peringat Ijazah Sarjana Muda.

KELAYAKAN

  • Mahasiswa Universiti Tahun Pertama Pengajian Ijazah
  • Warganegara Malaysia.
  • Tinggi tidak kurang daripada 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita.
  • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas. Calon-calon wanita      dikecualikan dari syarat ini.
  • Mempunyai daya penglihatan V/6/9 bagi kedua-dua belah mata yang diperiksa berasingan tanpa cermin mata dan          pengamatan warna serta tidak cacat pendengaran.
  • Tidak berkacamata (berkacamata boleh dipertimbangkan)
  • Sihat tubuh badan.

KEMUDAHAN

  • Kemudahan pakaian seragam APMM.
  • Ko-Kurikulum (dikira 4 jam kredit).
  • Penginapan di Kolej Kediaman.
  • Perlantikan sebagai Leftenan Muda PASKAM semasa          pentauliahan.

LATIHAN

  • Pengetahuan Asas APMM.
  • Pendidikan keselamatan di laut.
  • Pengetahuan kepada undang-undang.
  • Latihan pengendalian / menembak senjata api.
  • Latihan Kawad kaki.
  • Lawatan sambil belajar.
  • Latihan fizikal dan ketahanan diri.
  • Latihan Renang.
  • Latihan navigasi di laut.
  • Latihan pengendalian kapal dan bot.
  • Program-program jabatan.
  • Pentadbiran.
  • Perkhemahan.
  • Pembinaan jati diri.
  • Program Khidmat Masyarakat.
RUPA CARA BERPAKAIAN PASUKAN KADET MARITIM MALAYSIA (PASKAM)
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC