02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

HKKM 2023 | MARITIM MALAYSIA SANTUNI WARGA SK PEKAN 1, LABUAN

LABUAN, 21 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Labuan telah menganjurkan program sesi bertemu mesra pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Pekan 1, Labuan sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2023.

Program dimulakan dengan persembahan gimik oleh pasukan Taktikal Zon Maritim Labuan, sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dewan guru dan murid-murid memberikan sorakan dan tepukan gemuruh.

Selesai persembahan gimik, program diteruskan dengan sesi taklimat penerangan keselamatan di laut dengan demonstrasi CARILAMAT atau Search and Rescue (SAR) oleh pegawai dari Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB).

Di samping itu terdapat reruai Maritim Malaysia yang mempamerkan peralatan komunikasi seperti Personal Locator Beacon (PLB), tatacara pemakaian jaket keselamatan, serta maklumat-maklumat lain mengenai Operasi CARILAMAT.

Seramai 65 pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terdiri daripada pelbagai pangkat dan kepakaran telah terlibat dalam program ini bagi memberikan penerangan kepada 150 murid dan 20 guru yang berlangsung bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pelbagai aktiviti lain turut disusun antaranya, sesi soal jawab (Q&A) di mana pemenang boleh menerima T-Shirt Malaysia Coast Guard, berpeluang mengambil gambar bersama anggota serta pegawai dan mengenali dengan lebih dekat peranan anggota Maritim Malaysia.

Kemuncak program diserikan dengan persembahan pentomim bertajuk 'Aku yang Bersalah' yang dipersembahkan oleh murid-murid SK Pekan 1, Labuan dengan membawakan mesej mengenai kepentingan peralatan keselamatan sebelum turun ke laut.

Sebelum mengakhiri majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan 1, Puan Anita Shyamini S. Azman telah menyerahkan cenderamata kenang-kenangan kepada Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten (M) Nudin Bin Jusoh sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Haji Sawal bin Hj Salleh dan warga Zon Maritim Labuan yang hadir.

 

HKKM LABUAN   HKKM LABUAN 3   HKKM LABUAN 5   HKKM LABUAN 2

HARI SEMAKAN BUKU PERKHIDMATAN DAN PROFIL HRMIS WARGA IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA PUTRAJAYA

PUTRAJAYA , 22 Jun - Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan Hari Semakan Buku Perkhidmatan dan Profil Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Tahun 2023. 

Aktiviti diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa sehingga Khamis dihadiri oleh warga agensi setiap bahagian mengikut sesi yang ditetapkan bertempat di ruang legar aras 11 Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Selain menyemak buku perkhidmatan, kakitangan Maritim Malaysia juga berpeluang melakukan semakan profil HRMIS selain bertemu sendiri dengan wakil Bahagian Persijilan Kompetensi (BPK) HRMIS dan Bahagian Pengurusan Maklumat dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi bertanya sendiri pelbagai soalan mengenai rekod dalam sistem.

Turur hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Madya Maritim Hamid Bin Haji Mohd Amin, ketua-ketua pengarah bahagian dan pegawai-pegawai pengurusan tertinggi. 

 

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CRM) DAN ANALISIS RISIKO RASUAH (CRA) MARITIM MALAYSIA

PORT DICKSON, 21 Jun – Seramai 20 peserta menghadiri Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Analisis Risiko Rasuah (CRA) yang dianjurkan oleh Unit Integriti Maritim Malaysia.

Bengkel yang berlangsung bermula 13 hingga 15 Jun lalu di Hotel Grand Beach Resort, Port Dickson bertujuan bagi mengenalpasti risiko yang telah, sedang atau mungkin berlaku di dalam agensi.

Hasil bengkel yang diadakan sebanyak 44 risiko telah dikenalpasti merangkumi sektor Ketua Pengarah, operasi, logistik dan pengurusan.

Antara panel jemputan adalah dari Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri, Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Pegawai Unit Integriti Maritim Malaysia.

 

7d30e1234969adb0772afb1144a1f707KURSUSRASUAHEDITED3   bbcd3ae9e7596a2bbbcd3ae9e7596a2bKURSUSRASUAHEDITED2   6160f1206644ec7c6160f1206644ec7cKURSUSRASUAHEDITED

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN MARITIM MALAYSIA ANJUR KURSUS SEMBELIHAN HALAL (KSH) PERINGKAT IBU PEJABAT

PUTRAJAYA, 21 Jun – Seksyen Kerohanian dan Kebajikan APMM, Ibu Pejabat telah menganjurkan Kursus Sembelihan Halal (KSH) selama sehari bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Surau Al - Istiqal Persint 14, Putrajaya disini hari ini.

Seramai 100 peserta yang terdiri daripada warga Ibu pejabat, Maritim Negeri selangor, Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Maritim Negeri Sabah serta Stesen Udara Maritim Subang.

Manakala penceramah jemputan adalah Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Kementerian Pendidikan Malaysia, Ustaz Mohd Hazri bin Hashim Al-Bindany.

Objektif kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan ilmu berkaitan kaedah sembelihan yang menepati syarak untuk seluruh warga agensi dan para peserta juga perlu mengetahui hukum hakam dan batas - batas dalam menjamin keabsahan dan kesempurnaan ibadah tersebut.

Di samping itu, para peserta juga telah diberikan peluang untuk menyembelihan seekor kambing dan 80 ekor ayam mengikut syarak dalam Islam yang dipantau cara penyembelihannya oleh penceramah.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Kepten Maritim Ustaz Nik Kamaruddin bin Yunoh, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kerohanian dan Kebajikan Maritim Malaysia.

 

KURSUS KORBAN EDITED 3   KURUSUS KORBAN EDITED 2   KURSUS KORBAN EDITED 4   KURSUS KORBAN EDITED 5

HKKM 2023 | TAKLIMAT DAN SESI DIALOG BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KAWASAN BINTULU

BINTULU, 19 Jun – Bersempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2023 yang disambut pada bulan ini, Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu telah mengadakan satu taklimat keselamatan di laut kepada komuniti nelayan kawasan Bintulu baru-baru ini.

Taklimat ini menfokuskan kepada fungsi dan tugas Maritim Malaysia serta kepentingan penggunaan peralatan keselamatan sebelum turun ke laut; antaranya pemakaian jaket keselamatan, tatacara menggunakan pelampung keselamatan, alat pemadam kebakaran (APAK) dan juga Personal Locator Beacon (PLB).

Lebih menarik, satu sesi dialog telah diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti nelayan untuk sesi soal jawab berkaitan akta, peraturan dan isu-isu semasa.

Wakil daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan wakil daripada Jabatan Perikanan Laut Sarawak turut serta ketika sesi dialog ini berlangsung.

Majlis ini telah diadakan di PROMENADE Hotel Bintulu dengan kehadiran seramai 20 orang wakil daripada komuniti nelayan sekitar Bintulu.

Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, Pengarah Zon Maritim Bintulu dan Encik Pang anak Nyukang, Ketua Cawangan Monitoring Control Surveilance (MCS), Bahagian Konservasi dan perlindungan Perikanan (KOOP) Putrajaya telah menyerahkan lima jaket keselamatan kepada wakil komuniti nelayan Bintulu sebagai simbolik sempena kempen HKKM 2023 peringkat kebangsaan.

 

647961bb6d4e0603647961bb6d4e0603HKKMBINTULU4   811348c13c54936c811348c13c54936cHKKMBINTULU6   c789b45afae28483c789b45afae28483HKKMBINTULU7

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC