SEMBILAN WARGA ASING DIHUKUM PENJARA, TANGKAP IKAN TANPA PERMIT DI PERAIRAN MALAYSIA
PROGRAM HARI KESEDERAAN DAN KESELAMATAN MARITIM DAN KERJAYA ZON MARITIM MIRI 2023
MIRI, 15 November – Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim dan Kerjaya telah dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Miri.
Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah KM TEGAS, Leftenan Komander Maritim Mohd Hafiz bin Daman Huri dan diteruskan dengan taklimat serta demonstrasi berkaitan
PERHIMPUNAN BULANAN ZON MARITIM MIRI DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT LASKAR KELAS I MARITIM
MIRI, 5 Disember - Pengarah Zon Maritim Miri Kepten Maritim Mohd Shafie Bin Haji Paing telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Laskar Kelas I Maritim kepada anggota yang terlibat dalam perhimpunan bulanan warga Zon Maritim Miri yang bertempat di Ibu Pejabat Zon Maritim Miri, Sarawak.
Majlis ini menyaksikan pemakaian pangkat bagi 8 orang anggota Zon Maritim Miri yang berpangkat Laskar Kelas II Maritim kepada Laskar Kelas I Maritim. Anggota yang terlibat adalah LK I (M) Maritim Petrus anak Balang, LK I (M) Mansor bin Ibnu, LK I (M) Muhamad Fadil bin Mohd Asa'ari, LK I Tek (M) Raimi Afiq bin Noor Lokman, LK I (M) Sakthi Kumar a/l Regendran, LK I (M) Ahmad Izzuddin bin Mohd Saki, LK I (M) Muhammad Nasaruddin bin Abd Khelek dan LK I (M) Mohamad Firdhaus bin Roslan.
Dalam majlis itu juga Kepten Maritim Mohd Shafie turut berharap, semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi batu loncatan bagi anggota berkenaan untuk terus maju jaya dalam perkhidmatan.