21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

MARITIM NEGERI SABAH & W.P LABUAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PIHAK PETRONAS

KOTA KINABALU, 19 Januari – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima kunjungan hormat daripada PETRONAS di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah Dan W.P Labuan pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut dihadiri oleh Pengurus Kanan Keselamatan Operasi Maritim Kumpulan PETRONAS, Fikri bin Ismail @ Yahya bersama Pengurus Keselamatan Wilayah Sabah dan Labuan Keselamatan Kumpulan PETRONAS, Wynneer Maclean Pugie.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku bin Che Engku Daik menerima kunjungan tersebut dengan mengadakan sesi perbincangan berhubung kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak.

Antara lain yang dibincangkan adalah soal keselamatan terhadap pelantar minyak PETRONAS disekitar perairan negeri Sabah, operasi pemerolehan data seismik luar pesisir pantai Sabah Timur yang sedang dijalankan dan program-program komuniti yang boleh dilaksanakan bersama antara Maritim Malaysia dan PETRONAS.

Turut serta dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah, Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Abmad Faizal bin Mahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan, Siti Norhaini binti Osli dan Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais MN Sabah, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz.

 

PETRONAS KK   PETRONAS KK 3

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI WARAN 11 MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 18 Januari – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguat Kuasa Lain-Lain Pangkat, Pegawai Waran II Maritim telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh pada jam 11.00 pagi semalam.

Majlis itu menyaksikan dua anggota Bintara Kanan Maritim dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran II Maritim iaitu Pegawai Waran II Maritim Nik Suhaimi bin Nik Ismail dari KM PEKAN mengisi perjawatan di Unit C4SIR, Seksyen Operasi, Maritim Negeri Pahang manakala Pegawai Waran II Maritim Syed Habib bin Syed Husain juga dari KM PEKAN bertukar ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Turut hadir ke majlis itu ialah Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pegawai Memerintah KM PEKAN.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua anggota dan semoga kenaikan pangkat ini memberi semangat kepada anggota yang lainnya untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan serta meningkatkan lagi prestasi kerja yang diamanahkan.

 

WhatsApp Image 2024 01 18 at 2.32.12 PM 1   WhatsApp Image 2024 01 18 at 2.32.13 PM

TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) MELAWAT LIMBUNGAN BOUSTEAD SHIPYARD LANGKAWI

BUKIT MALUT, 15 Januari – Bagi melihat sendiri proses kerja-kerja pembaikan kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Limbungan Boustead Shipyard Langkawi Sdn. Bhd (BLSY), petang semalam.

Datuk Saiful memaklumkan, lawatan berkenaan diadakan bagi mengetahui status pembaikan kapal-kapal yang telah dihantar kepada limbungan berkenaan agar ia menepati masa sebagaimana yang ditetapkan.

Katanya, selain melihat status pembaikan kapal di limbungan berkenaan, lawatan ini juga turut membincangkan tentang perancangan pembaikan kapal dan bot Maritim Malaysia untuk tahun 2024.

Kunjungan beliau telah disambut oleh Pemangku Ketua Limbungan, Cik Siti Salwa binti Abu Bakar bersama-bersama Ketua Unit Limbungan tersebut.

Turut hadir sama dalam lawatan berkenaan Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pegawai-Pegawai Kanan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

 

LAWAT OPV 2   LAWAT OPV 3   LAWAT OPV

CERAMAH BUDAYA KERJA CEMERLANG OLEH SYAMSUL DEBAT DI AMSAS

KUANTAN, 18 Januari – Ceramah Budaya Kerja Cemerlang telah dianjurkan oleh Masjid Al-Mustaghfirin, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) semalam.

Ceramah itu disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat yang berlangsung di Dewan Auditorium AMSAS.

Seramai 250 warga AMSAS yang terdiri daripada kakitangan, pelatih Laskar Kanan Maritim Kelas II Siri 17/ 2023 dan Persatuan Suri & Anggota Wanita, PUSPANITA AMSAS.

Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman dan barisan Pegawai Tertinggi AMSAS (PTA).

Antara inti pati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat ialah mengenai tip-tip budaya kerja cemerlang yang boleh diamalkan mengikut saranan Islam disulami dengan kata-kata motivasi, semangat dan nasihat dalam gaya bahasa yang santai dan mencuit hati para hadirin.

 

CERAMAH SYAMSUL 3
 
CERAMAH SYAMSUL 2

MAJLIS PEMBUKAAN THE MAFDC COURSE SERIAL 44/2024

PUTRAJAYA, 8 Januari – Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) telah menganjurkan The MAFDC Course Serial 44/2024 pada Rabu, 3 Januari lalu yang telah disempurnakan oleh Pengarah MPAT, Laksamana Pertama Badarudin bin Taha TLDM.

The MAFDC Course Serial 44/2024 disertai seramai 69 peserta yang terdiri daripada pegawai dari pelbagai perkhidmatan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan tujuh peserta antarabangsa dari India, Indonesia, Jordan, Saudi Arabia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Laksamana Pertama Badarudin bin Taha TLDM dalam ucapannya berkata, beliau menekankan peri pentingnya aspek pengurusan masa adalah menjadi kunci kejayaan utama dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kemudian sesi taklimat mengenai pengenalan kursus dan latar belakang MPAT disampaikan oleh Timbalan Komander MPAT, HOSSIR dan tenaga pengajar fakulti terlibat.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar oleh para peserta dan barisan tenaga pengajar serta pihak pengurusan tertinggi MPAT.

(Sumber gambar dan laporan : Maktab Pertahanan Angkatan Tentera)

 

Kursus MPAT   Kursus MPAT 6   Kursus MPAT 13   Kursus MPAT 14

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC