21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

SANDAKAN, 15 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Zon Sandakan merekodkan empat kes penguatkuasaan berasingan melibatkan tiga bot nelayan tempatan, sebuah bot pancung dan sebuah premis di perairan serta sekitar Sandakan, semalam.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, tindakan penguatkuasaan yang dijalankan membawa kepada penahanan 10 individu untuk membantu siasatan, selain rampasan bot, hasil laut, minyak diesel dan beberapa barangan lain yang disyaki berkaitan dengan kesalahan di bawah undang-undang berkuat kuasa.

Kes pertama melibatkan sebuah bot nelayan tempatan yang ditahan kira-kira jam 2.50 pagi. Pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan seorang tekong warga Malaysia bersama dua awak-awak bukan warganegara. Bot tersebut turut membawa hasil laut yang dianggarkan seberat 50 kilogram.

Dalam kes kedua, sebuah lagi bot nelayan tempatan ditahan sekitar jam 3.14 pagi. Bot berkenaan dikendalikan seorang tekong warga Malaysia bersama seorang awak-awak bukan warganegara. Pemeriksaan turut menemukan hasil laut yang dianggarkan seberat satu tan, lima tong gas petroleum cecair (LPG) berkapasiti 14 kilogram setiap satu serta peralatan dan dokumen berkaitan.

Sebuah bot nelayan tempatan ketiga pula ditahan kira-kira jam 3.30 pagi. Bot berkenaan dikendalikan seorang tekong warga Malaysia bersama tiga awak-awak, termasuk seorang bukan warganegara. Pemeriksaan menemukan hasil laut yang dianggarkan seberat satu tan, selain lima tong gas LPG berkapasiti 14 kilogram setiap satu serta dokumen dan peralatan berkaitan.

Dalam satu lagi tindakan penguatkuasaan, Maritim Malaysia menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah bot pancung tanpa nombor pendaftaran dan sebuah premis di Kampung Seng Kee, Sandakan. Pemeriksaan membawa kepada penemuan 25 tong jerrycan berkapasiti 30 liter setiap satu, mengandungi minyak diesel dengan jumlah keseluruhan sebanyak 750 liter.

Kes tersebut turut melibatkan rampasan bot pancung dan enjin sangkut Yamaha berkuasa 250 kuasa kuda. Keseluruhan nilai rampasan bagi kes ini dianggarkan berjumlah RM51,952.50.

Secara keseluruhan, nilai rampasan bagi tiga bot nelayan tempatan dianggarkan berjumlah RM456,400.00, manakala rampasan melibatkan bot pancung dan premis dianggarkan bernilai RM51,952.50. Ini menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bagi keempat-empat kes berkenaan dianggarkan bernilai RM508,352.50, dengan 10 individu ditahan untuk membantu siasatan.

Kes-kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan, termasuk Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Pelabuhan-Pelabuhan Sabah 2002, tertakluk pada hasil siasatan bagi setiap kes.

Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang, di samping memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Sandakan menerusi talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC