25
Kha, Apr

PASUKAN SUKARELAWAN MARITIM MALAYSIA (PSMM)

LATAR BELAKANG

Penubuhan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM) amat penting bagi menyokong serta menambah kekuatan sumber manusia dalam tugas-tugas yang ditentukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Selain daripada itu, PSMM juga memberi peluang kepada orang awam untuk memahami dengan lebih mendalam akan kerjaya APMM sekaligus mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat setempat. Ia bukan sahaja memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara APMM dan masyarakat malahan masyarakat akan turut menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota penguatkuasa APMM.

APMM telah merangka untuk membangunkan PSMM berorientasikan Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040 (PPSMM 2040) yang antara lain telah menggariskan kerangka perancangan pembangunan, keupayaan dan aset Maritim Malaysia.

MATLAMAT PENUBUHAN

Matlamat penubuhan PSMM merupakan usaha strategik untuk mentransformasikan APMM dalam memastikan visi Agensi untuk menjadi antara agensi penguatkuasaan maritim yang terbaik di dunia dicapai dengan jayanya yang mana ianya sebagai sumber sokongan modal insan dalam membantu agensi melaksanakan tugas.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan PSMM ini adalah bertujuan untuk:

  1. Membantu APMM dalam operasi mencari dan menyelamat / Search and Rescue (SAR);
  1. Membantu dalam tugas-tugas harian bagi tujuan penguatkuasaan;
  1. Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen kepada golongan profesional dengan kepentingan pengurusan bencana dan peranan APMM;
  1. Menarik minat dan memberi peluang kepada orang awam untuk menyertai PSMM melalui kelayakan yang ditetapkan;
  1. Mendekatkan anggota PSMM tentang peranan dan tugas serta tanggungjawab APMM melalui latihan dan aktiviti yang dijalankan; dan
  1. Membantu dalam tugas-tugas yang ditentukan oleh APMM dengan menetapkan sasaran unjuran keanggotaan PSMM satu nisbah satu Pegawai Agensi.

Kemudahan-Kemudahan

- Elaun Kehadiran (Latihan dan Penugasan):

  • Pegawai: RM 7.80 sejam
  • Lain-Lain Pangkat: RM 6.00 sejam

Saguhati Tahunan (Bounty) - Saguhati tahunan ialah elaun yang layak dibayar kepada anggota PSMM yang aktif menjalani latihan/ aktiviti dan dipanggil bertugas. Saguhati tahunan ini akan dibayar secara tahunan kepada anggota yang layak.

- Dapat Pakaian Seragam (Uniform) percuma.

- Dapat menyertai liputan perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS Khidmat) bawah PERKESO.

Syarat Permohonan

Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :-

  • Taraf Kewarganegaraan- Warganegara Malaysia
  • Umur- Tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun

Fizikal:

  1. Ketinggian Minima; Lelaki: 163cm/ Wanita: 157cm;
  2. Berat Minima; Lelaki: 50kg/ Wanita: 48kg;\
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
  4. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  5. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  • Lulus ujian cergas (UC)
  1. Pegawai PSMM- Kelulusan Akademik Minima; Ijazah Sarjana Muda (pelbagai bidang).
  2. Pegawai Lain-Lain Pangkat- Kelulusan Akademik Minima; SPM atau setaraf dengannya

Lain-lain kelayakan :

  • Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk masuk berkhidmat. (Sekiranya bekerja).
  • Bersih dari sebarang rekod Jenayah.
  • Sihat tubuh badan dan bebas dari sebarang penyakit yang memudaratkan.
  • Tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
  • Pekerja-pekerja dari kumpulan 'key personnel' seperti hospital, TNB, Telekom, pengawal keselamatan (Badan Berkanun/Kerajaan/Swasta) tidak layak memohon.

Cara Memohon

Pengambilan akan diiklankan melalui media rasmi APMM.

RUPA CARA BERPAKAIAN PASUKAN SUKARELAWAN MARITIM MALAYSIA (PSMM)
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC