Bahagian Undang-Undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terdiri daripada pegawai undang-undang yang berperanan sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Persekutuan. Fungsi Bahagian ini adalah antara lain untuk:
- Menjalankan hak dan kuasa Pendakwa Raya selaras dengan peruntukan seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] termasuk mengkaji kertas siasatan dan memberikan nasihat serta arahan kepada penguat kuasa APMM mengenai siasatan dan izin pendakwaan;
- Mengendalikan semua pendakwaan dan prosiding jenayah di mahkamah bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang dalam Zon Maritim Malaysia di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan selaras dengan peruntukan seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593];
- Memberikan khidmat nasihat perundangan mengenai semua bidang undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh mana-mana bahagian di Ibu Pejabat, Pejabat Maritim Negeri dan Zon Maritim APMM;
- Menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang mana APMM merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi;
- mewakili APMM dalam tindakan guaman (sivil) yang berada di bawah bidang kuasa dan kawalan Bahagian Undang-Undang APMM; dan
- Menyemak penggubalan perundangan utama, perundangan subsidiari dan perundangan pindaan yang berada di bawah kawal selia APMM sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan.