![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Laman Rasmi Maritim Malaysia
Mengawal | Melindung | Menyelamat
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MARANG, 10 JULAI – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Terengganu di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, Terengganu hari ini.
Seramai 50 warga Maritim Negeri Terengganu dan Zon Maritim Kemaman hadir ke majlis tersebut bagi beramah mesra serta mendengar amanat dan pesanan yang disampaikan.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman; Ketua Polis Negara, IGP Tan Sri Razarudin bin Husain @ Abd Rasid; Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abdul Majid; ketua-ketua jabatan serta warga KDN, Terengganu.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
PUTRAJAYA, 9 JULAI – Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Chief Representative of Komeito Party, Mr. Yamaguchi Natsuo di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.
Turut mengiringi beliau ialah Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi dan para delegasi.
Kesemua tetamu disambut oleh Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan di Admiral Lounge dengan diiringi Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Haji Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar dan Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam serta barisan pengurusan tertinggi yang lain.
Tujuan pertemuan dan kunjungan ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan di antara Malaysia dan Jepun dari aspek keselamatan dan latihan kemahiran dalam bidang maritim serta menjadi platform bertukar-tukar pandangan di antara kedua-dua pihak.
Di akhir pertemuan, kedua-dua pihak mengadakan sesi bertukar-tukar cenderamata sebagai simbolik hubungan erat yang telah terjalin serta sesi bergambar untuk kenang-kenangan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BANGI, 9 JULAI – Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim mengadakan lawatan kebajikan ke atas Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria yang mengalami pendarahan otak kiri serta mengakibatkan serangan angin ahmar pada 2 Julai lalu, petang tadi.
Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan mewakili Pengurusan Tertinggi dan Warga Maritim Malaysia turut menyampaikan sumbangan kepada Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam serta sempat memberikan kata-kata semangat kepada beliau untuk terus tabah dan kembali bersemangat untuk pulih seperti sedia kala.
Turut hadir sama dalam lawatan kebajikan ini ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Muda Maritim Dato' Hj. Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Perisikan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Fauzi bin Othman serta beberapa lagi pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia dan Maritim Negeri Johor.
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 7 JULAI – Maritim Malaysia telah menyertai pameran di reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena Program Madani Rakyat Peringkat Zon Timur yang berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang bermula pada 5 Julai dan berakhir hari ini.
Dianggarkan seramai 2,500 pengunjung telah hadir ke sudut Maritim Malaysia yang mempamerkan pelbagai replika aset laut dan udara seperti kapal, bot ronda dan pesawat udara.
Di samping mengetengahkan pakaian seragam penguat kuasa Maritim Malaysia yang terdiri daripada Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan juruterbang pesawat.
Maritim Malaysia turut membawakan peranti Virtual Reality (VR) yang memaparkan situasi sebenar penugasan operasi penguatkuasaan undang-undang dan CARILAMAT di laut secara dekat.
Majlis Perasmian Program Madani Rakyat Peringkat Zon Timur telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir ke majlis itu ialah ketua-ketua jabatan dan agensi di peringkat persekutuan dan negeri. Manakala Maritim Malaysia telah diwakili Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Zainuddin bin Mohd Zuki.
![]() |
![]() |
![]() |