22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

MARITIM NEGERI PERAK BERI TAKLIMAT KESELAMATAN DAN PENGAWASAN SEMPENA PERTANDINGAN UNIKAL MIMET

LUMUT, 26 MEI – Maritim Negeri Perak dijemput bagi memberi taklimat keselamatan dan ditugaskan sebagai pengawasan keselamatan sempena pertandingan kayak anjuran UNIKL MIMET, Perak sekitar pukul 8.00 pagi semalam.

Taklimat keselamatan ini telah disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Maritim Negeri Perak, Leftenan Maritim Muhammad Termizie bin Md Khair kepada para peserta memandangkan mereka melakukan aktiviti tersebut di laut.

Program kesedaran keselamatan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para peserta tentang langkah-langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut seperti memakai jaket keselamatan, cakna terhadap ramalan kaji cuaca sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut, memastikan peralatan dan kelengkapan kecemasan di laut berada dalam keadaan baik serta mempunyai Personal Locator Beacon (PLB).

Selain itu, pengedaran risalah keselamatan di laut turut diedarkan kepada para peserta disamping sebuah bot peronda ditugaskan untuk melaksanakan pengawasan keselamatan kepada semua peserta supaya program berjalan lancar.

 

TAKLIMAT PERAK
 
TAKLIMAT PERAK 3
 
TAKLIMAT PERAK 4

ZON MARITIM LABUAN | LAWATAN KERJA PEMANGKU TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI MARITIM MALAYSIA

LABUAN, 23 MEI – Pengarah Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim yang turut menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Zon Maritim Labuan pada 21 Mei 2024.

Ketibaan beliau disambut dengan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) dan diiringi oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik bersama Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Hj. Idros.

Lawatan kerja itu bertujuan untuk mempengerusikan mesyuarat sewaan fasiliti bagi penempatan pesawat udara Maritim Malaysia melalui Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP).

Lawatan tapak Fasiliti dan Hangar milik MHS Aviation Berhad (MHS) dan HAS International Sdn. Bhd bertempat di Lapangan Terbang Labuan turut dibuat.

Turut sama dalam lawatan ialah Pengarah Bahagian Pembangunan, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly, Timbalan Pengarah II Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Operasi Udara, Kepten Maritim Ragu a/l Sundarajan dan wakil dari Bahagian Aset Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohammad Al Amin bin Hashim.

Selain itu, turut terlibat sama dalam mesyuarat tersebut ialah wakil dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Wilayah Persekutuab Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Putrajaya, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Labuan, HAS Hangar dan MHS Hangar.

Selesai mesyuarat, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli turut menyampaikan amanat kepada warga Zon Maritim Labuan.

Antara inti pati ucapan yang disampaikan ialah mengenai kebajikan dan kesejahteraan warga Maritim Malaysia yang akan lebih dititik beratkan di samping nasihat untuk kekal fokus dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

 

LAWATAN LABUAN   LAWATAN LABUAN 2
     
LAWATAN LABUAN 3   LAWATAN LABUAN 5

PROGRAM LIBAT URUS SEKTOR PENGURUSAN IBU PEJABAT KE MARITIM NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 21 MEI – Dalam memastikan Sektor Pengurusan Maritim Malaysia dapat berfungsi dengan jayanya bagi meyokong fungsi dan tugas teras Agensi, satu sesi libat urus telah diadakan di peringkat Maritim Negeri Terengganu.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa telah mengadakan sesi perjumpaan dan perbincangan bersama kepimpinan Maritim Negeri terutamanya daripada Seksyen Pengurusan, Maritim Negeri Terengganu.

Menerusi pertemuan tersebut, Tuan Mohd Norzam menegaskan bahawa salah guna kuasa dan masalah berkaitan integriti perlu dielakkan bagi memberi kepercayaan kepada masyarakat dan pemegang taruh. Pengurusan Tertinggi amat memandang serius serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga yang terlibat dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej serta reputasi Maritim Malaysia.

Antara lain yang dibincangkan ialah perkara yang menyentuh tentang kekurangan sumber manusia yang perlu diisi bagi memenuhi perjawatan sedia ada agar dapat meneruskan kelangsungan fungsi sama ada di pejabat, kapal mahupun di bot.

Kebajikan warga Maritim Negeri Terengganu turut diberikan perhatian bagi memastikan pegawai dan anggota sentiasa bersemangat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada agensi dengan semangat esprit de corp yang tinggi.

Usai sesi libat urus, Tuan Mohd Norzam turut dibawa menyaksikan proses pengurusan aset dan eksibit serta aktiviti pelupusan rokok yang telah dilucut hak bernilai RM 1.3 juta.

Turut hadir dalam sesi libat urus tersebut ialah Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Kewangan & Belanjawan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Aset, Bahagian Perolehan dan Unit Integriti dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

 

LIBAT URUS TGN 2   LIBAT URUS TGN 4
     
LIBAT URUS TGN 5   LIBAT URUS TGN 7

AMSAS DAN MTCP ANJUR KURSUS ASAS PEMELIHARAAN TEMPAT KEJADIAN JENAYAH MARITIM PERINGKAT ANTARABANGSA 2024

PUTRAJAYA, 21 MEI – Majlis penutup Kursus Asas Pemeliharaan Tempat Kejadian Jenayah Maritim Peringkat Antarabangsa (IBMCSPC) 2024 telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Bin Abdullah di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Penolong Setiausaha Bahagian Kerjasama Dan Pembangunan Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Cik Nur Syaheera Adila Zulkifli, dan Ketua Kluster Pengurusan Dan Pengajian Profesional, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kapten Maritim Haris Fadzillah Bin Abdullah.

Kursus ini merupakan salah satu usaha AMSAS dengan kerjasama Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), Kementerian Luar Negeri.

Kursus tersebut telah memberi tumpuan kepada perkongsian pengalaman Malaysia, dan negara yang mengambil bahagian dalam pengetahuan forensik dan penyiasatan tempat kejadian jenayah, serta berkongsi amalan terbaik berkaitan penyiasatan tempat kejadian jenayah.

Kursus telah berlangsung di AMSAS bermula 13 hingga 17 Mei, dan diikuti di Putrajaya serta Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 Mei 2024.

14 peserta terlibat dari 13 negara berbeza, iaitu Kyrgyzstan, Bangladesh, Fiji, Kenya, Maghribi, Republik Dominican, Somalia, Algeria, Qatar, Ghana, Gambia, Timor Leste dan Madagascar.

Sepanjang lima hari latihan di AMSAS, semua peserta telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan dikendalikan oleh jurulatih serta pengajar dari CSI Mobile Training Team (MTT) Maritim Malaysia.

 

MTCP AMSAS 2   MTCP AMSAS 4
     
MTCP AMSAS 5   MTCP AMSAS 6
     
MTCP AMSAS 7   MTCP AMSAS 8

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM AGENSI PENGUATKUASAAN MALA

PUTRAJAYA, 20 MEI – Majlis Pemakaian Pangkat Penguat Kuasa Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diadakan di ruang legar Aras 11, Ibu Pejabat Maritim Malaysia pagi tadi.

Seramai 21 pegawai telah menerima pemangkuan pangkat, namun untuk makluman hanya Pegawai Penguat Kuasa Maritim yang bertugas di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Stesen Udara Maritim Subang serta Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sahaja yang terlibat dalam majlis pagi tadi.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) melaksanakan Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan tujuh orang Penerima Pemangkuan Pangkat bagi Komander Maritim dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) di mana kesemua penerima Gred T20 (Penerbang) dianugerahkan Pingat Kesatria Maritim Malaysia (K.M.M).

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat bagi Leftenan Komander Maritim Gred T18 dan Leftenan Maritim Gred T16.

Seusai upacara pemakaian pangkat, wakil penerima iaitu Penolong Pengarah Cawangan Keselamatan, Piawaian dan Kesiagaan, Bahagian Operasi Udara Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Komander Maritim Mohamad Azrol bin Saidi dijemput untuk menyampaikan ucapan.

Kemudian disusuli dengan ucapan amanat daripada Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Tahniah dan syabas serta selamat menjalankan tugas kepada kesemua yang menerima pemankuan pangkat.

 

WhatsApp Image 2024 05 20 at 12.54.45 PM   WhatsApp Image 2024 05 20 at 12.54.44 PM 1
     
WhatsApp Image 2024 05 20 at 12.54.39 PM 1   WhatsApp Image 2024 05 20 at 12.54.40 PM
     
WhatsApp Image 2024 05 20 at 12.54.42 PM   WhatsApp Image 2024 05 20 at 12.54.41 PM
     
WhatsApp Image 2024 05 20 at 12.54.45 PM 2   WhatsApp Image 2024 05 20 at 12.54.45 PM 1

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC