21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

MARITIM MALAYSIA SERTAI SIMPOSIUM SAINS PENAGIHAN DADAH KEBANGSAAN 2024

KUALA LUMPUR, 26 JUN – Seramai 20 Pegawai dan anggota Maritim Malaysia menyertai Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2024 dan Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di ibu negara hari ini.

Program itu telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saifulizan bin Ibrahim serta ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain.

Bertemakan 'Perkasa Sinergi, Perkukuh Solidariti', program itu juga menjadi platform bagi mendiskusikan kaedah pencegahan, rawatan dan pemulihan serta bidang penguatkuasaan undang – undang yang melibatkan ahli akademik, penjawat awam dan swasta termasuk para pelajar Universiti Awam dan Swasta.

Di samping itu, turut disediakan ruang pameran yang melibatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan penguatkuasaan undang-undang, pemulihan dan pencegahan serta pihak akademia antaranya Maritim Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sapura Komunikasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penguatkuasaan Farmasi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), PEMADAM dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

 

SIMPOSIUM DADAH 7   SIMPOSIUM DADAH 5   SIMPOSIUM DADAH 6   SIMPOSIUM DADAH 3

MARITIM MALAYSIA MENGADAKAN PAMERAN DAN PENERANGAN SEMPENA HKKM DI PROGRAM MEMANCING RAJA TENGGIRI EDISI KETIGA

KUCHING, 24 JUN – Bagi memupuk kesedaran keselamatan maritim dalam kalangan masyarakat di samping memberi pendedahan terhadap fungsi dan peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan pameran dan penerangan keselamatan dalam Program Memancing Raja Tenggiri edisi ke-3 bertempat di perkarangan Pejabat Perikanan Wilayah 1, dekat sini pada Jumaat sehingga Sabtu lalu.

Program yang disertai seramai 35 pegawai dan anggota Maritim Negeri Sarawak itu telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Turut diatur gerak ialah BOT KILAT 35 yang ditugaskan untuk memantau keselamatan para pemancing seramai 120 peserta bersama bot masing-masing (21 buah) di lokasi pertandingan di sepanjang Perairan Santubong dan Satang.

Satu kelainan yang dibuat pada tahun ini, program yang memasuki edisi ketiga itu turut melibatkan secara langsung oleh Maritim Negeri Sarawak dengan mengadakan reruai pameran dan juga sesi penerangan khas mengenai kesedaran keselamatan maritim yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Unit CARILAMAT dan Bantuan Bencana (CLBB), Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi binti Ali kepada para hadirin.

Perasmian perlepasan para peserta pemancing telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis, YB Tuan Ir. Haji Yusuf Abd Wahab.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri pula menyempurnakan majlis penanguhan program.

 

RAJA TENGGIRI
 
RAJA TENGGIRI 6
 
RAJA TENGGIRI 5
 
RAJA TENGGIRI 4

J3KAT TIMUR & IPC EKSESAIS SAMUDERA PERKASA TIMUR KUKUHKAN HUBUNGAN MARITIM MALAYSIA – TLDM

KOTA KINABALU, 21 JUN – Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Kerja Kecil Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau singkatannya J3KAT Timur Siri 1/2024 dan Initial Planning Conference (IPC) Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024 telah diadakan di Wisma Kejora, Pangkalan TLDM, Sepanggar dekat sini pagi tadi.

Mesyuarat yang dihoskan oleh TLDM ini merupakan pertemuan pertama pada tahun ini di bawah platform J3KAT dalam usaha merancang pelaksanaan operasi, kerjasama dan eksesais secara bersama.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Perancangan dan Kontigensi, Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM, Kepten Mohammad Fairuz bin Hassan dan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Kepten Maritim Boon Chin Chau.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah bagi mewakili Maritim Negeri Sarawak dan Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari.

Antara inti pati mesyuarat adalah membincangkan perkara-perkara berkaitan interoperability bersama antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam melaksanakan eksesais dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama yang meliputi bidang-bidang yang telah dipersetujui secara bersama.

Untuk rekod, Eksesais Samudera Perkasa Timur merupakan siri latihan tahunan yang dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara TLDM dan Maritim Malaysia di Wilayah Timur (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).

Penganjuran Eksesais Samudera Perkasa Timur pada tahun ini diberi mandat kepada TLDM.

Eksesais ini adalah kali kedua diadakan dan bakal dilaksanakan pada September ini di mana sekretariat bersama adalah terdiri daripada Unit Penguatkuasaan dan Eksesais, Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan yang diketuai oleh Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua pihak bersetuju dan berharap agar eksesais seperti ini dapat diteruskan kerana selain menjadi platform bertukar ilmu dan pandangan mengenai sempadan perairan negara, usaha ini juga dapat mempertingkatkan keupayaan menjaga kedaulatan negara agar terus terpelihara.

 

J3KAT NAVY MMEA 2   J3KAT NAVY MMEA 3   J3KAT NAVY MMEA 4   J3KAT NAVY MMEA 5

 

KM DANGA SERTAI SEAEX THAMAL SIRI 69/24

PHUKET, 22 JUN – Seramai 23 pegawai dan anggota kru KM DANGA, Maritim Negeri Selangor telah terlibat dalam Eksesais SEAEX THAMAL 69/24 bertempat di Phuket, Thailand pada 10 hingga 15 Jun yang lalu.

Eksesais ini merupakan kerjasama strategik badan penguatkuasaan maritim dan keselamatan di antara Malaysia dan Thailand yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan persefahaman menerusi latihan teori dan praktikal.

Eksesais ini turut melibatkan aset-aset entiti badan keselamatan dan penguatkuasaan kedua-dua negara iaitu KM DANGA dari Maritim Malaysia, KD TAN PUSMAH dan KD MAHAMERU milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kapal PA 50 dari Pasukan Polis Marin (PPM) serta aset laut Royal Thai Navy.

Upacara majlis perasmian telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony, bertempat di 3rd Thai Naval Command Base.

Antara pengisian dalam eksesais ini ialah Table Top Exercise, Damage Control Fire Fighting (DCFF) dan Visit Boarding Search and Seizure (VBSS).

 

SEAEX THAMAL 9   SEAEX THAMAL 10
     
SEAEX THAMAL 3   SEAEX THAMAL 5
     
SEAEX THAMAL 6   SEAEX THAMAL 7

375 WARGA MARITIM MALAYSIA TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023

PUTRAJAYA, 20 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menzahirkan ucapan tahniah kepada 85 orang Warga Maritim Malaysia di atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2023.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dalam ucapannya berkata, "bagi tahun 2023, 375 orang warga Maritim Malaysia terdiri daripada 115 orang kumpulan pengurusan dan profesional dan 260 orang daripada kumpulan pelaksana diakui untuk menerima penganugerahan ini di seluruh negara."

"Bagi majlis hari ini, seramai 85 orang penerima APC melibatkan peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Maritim Negeri Selangor dan Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) diraikan sementara bagi penerima APC yang lain diraikan di peringkat negeri masing-masing."

Pemilihan bagi penerima APC 2023 ini dibuat berdasarkan rekod pencapaian prestasi cemerlang warga sepanjang tahun 2023 serta diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia Maritim Malaysia. Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika Perasmian Majlis Penganugerahan Khidmat Cemerlang 2023 Maritim Malaysia di Hotel Everly, Putrajaya petang tadi.

Selain penerimaan APC, seramai 12 Pegawai dan Anggota Maritim Malaysia daripada Skim Perkhidmatan Penguat Kuasa Maritim yang menerima APC buat kali ketiga turut diakui pencapaiannya dan dianugerahkan Riben Perkhidmatan Cemerlang (R.C.M).

Maritim Malaysia berharap, dengan adanya pengiktirafan seumpama ini, ianya dapat menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada semua warga untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang berdedikasi dan berintegriti.

Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia sentiasa terbuka untuk penerimaan idea idea baharu daripada kalangan warga. Tidak kurang juga, galakan diberi bagi mereka yang cenderung membangunkan agensi ini dalam bidang kepakaran masing-masing.

Turut hadir menyaksikan majlis ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Hj Mohd Rosli bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah Maritim Negeri Selangor serta Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang.

 

APC 23 EVERLY   APC 23 EVERLY 2   APC 23 EVERLY 3   APC 23 EVERLY 5

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC