22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

PERTEMUAN RASMI DAN SESI LAPOR DIRI KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KE ATAS KSU KDN

PUTRAJAYA, 18 SEPTEMBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah mengadakan pertemuan rasmi dan sesi lapor diri ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman, di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Ini merupakan pertemuan pertama beliau sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia baharu selepas dilantik pada 17 September 2024.

Pada pertemuan singkat itu, beliau bertekad akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah dalam memelihara keselamatan perairan negara serta memastikan aktiviti-aktiviti jenayah dibanteras dengan berkesan.

Beliau turut berharap KDN akan terus memberikan sokongan penuh kepada Maritim Malaysia khususnya dalam meningkatkan keupayaan operasi Maritim Malaysia dalam melindungi Zon Maritim Malaysia daripada ancaman luar.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Datuk Awang Alik telah menyerahkan surat pelantikan secara rasmi kepada Datuk Haji Mohd Rosli selaku Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang ketujuh.

Sebagai tanda penghargaan, Datuk Haji Mohd Rosli menyerahkan cenderamata bagi menzahirkan tanda terima kasih kepada Datuk Awang Alik dalam pertemuan rasmi itu.

 

KSU KP 2
 
KSU KP 3

MARITIM MALAYSIA SERTAI PAMERAN SELANGOR AVIATION SHOW 2024

SUBANG, 17 SEPTEMBER – Lebih 2,000 pengunjung telah mengunjungi reruai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sempena Selangor Aviation Show (SAS) 2024 bertempat di Sky Park Aviation, Subang yang bermula dari 12 hingga 14 September lalu.

Menawarkan pengalaman menarik kepada pengunjung melalui demonstrasi tugasan dan pengoperasiannya melalui teknologi Virtual Reality (VR), Maritim Malaysia turut menampilkan pelbagai replika aset laut seperti KM TUN FATIMAH, KM BAGAN DATUK, BOT PERKASA, dan BOT PENGALANG selain replika aset udara seperti pesawat BOMBARDIER CL415 MP, Helikopter AUGUSTA WESTLAND 139 (AW139) dan N3 DAUPHIN.

Maritim Malaysia dalam pada itu turut mempamerkan sebuah helikopter N3 Dauphin milik Agensi ini di pameran statik. Aset udara ini dibawakan khas ke SAS 2024 bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat lebih dekat aset Maritim Malaysia dan memahami peranan serta keupayaan Agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.

SAS 2024 merupakan pameran tahunan anjuran Kerajaan Negeri Selangor adalah bertujuan untuk mempromosikan Selangor sebagai hab industri aeroangkasa di Malaysia.

Merupakan edisi keempat penganjuran, SAS 2024 telah menampilkan penyertaan dari lebih 35 negara, mempamerkan 49 pesawat statik pelbagai jenis, dan melibatkan 110 pempamer termasuk pasukan keselamatan serta agensi kerajaan dan swasta.

Selain Maritim Malaysia, pasukan keselamatan yang turut serta dalam pameran ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

 

SAS 2024 5
 
SAS 2024 4
 
SAS 2024 7
 
SAS 2024 8

MARITIM MALAYSIA ZAHIR TAAT SETIA, HADIR ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI YANG DI-PERTUAN AGONG

PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER – Seramai 30 Pegawai-Pegawai Kanan diketuai Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah hadir ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai tanda penzahiran taat setia kepada Pemerintahan Kebawah Duli Tuanku.

Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong ini telah dilaksanakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi tadi dengan menyaksikan Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah tepat jam 8.30 pagi.

 

PANJI ATM 6
 
PANJI ATM 7
 
PANJI ATM 10
 
PANJI ATM 8

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN 1448H/2024M

PUTRAJAYA, 16 SEPTEMBER – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M telah diadakan pagi tadi bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di samping Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim serta isteri dan barışan menteri-menteri kabinet yang lain.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Dato' Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar dan ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan yang lain.

Kontijen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut sama menyertai majlis ini dengan kehadiran seramai 25 pegawai dan anggota termasuk Pengarah Bahagian Pembangunan, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini telah mengangkat tema 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani' sebagai justifikasi mengajak semua rakyat Malaysia untuk saling hormat-menghormati serta mengukuhkan perpaduan seiring dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada hari ini.

 

MAULID 2024 4
 
MAULID 2024 5
 
MAULID 2024 7
 
MAULID 2024 8

TUN JUHAR TERIMA PANGKAT KEHORMAT LAKSAMANA MUDA MARITIM .

KOTA KINABALU, 13 SEPTEMBER – Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (DR.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin telah dianugerahkan pangkat Laksamana Muda Maritim Kehormat  daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, penganugerahan pangkat kehormat ini telah melakar sejarah tersendiri apabila ia julung kali dianugerahkan kepada Yang Di-Pertua Negeri.

Ujar beliau lagi, penganugerahan pangkat kehormat ini sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar serta kerajaan Negeri Sabah atas sokongan penuh kepada Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan Sabah sentiasa terpelihara.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pemakaian pangkat kehormat berkenaan di Istana Seri Kinabalu semalam.

Turut hadir menyaksikan majlis pemakaian pangkat kehormat tersebut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

Datuk Saiful dalam pada itu turut merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun kerana sudi menerima pangkat kehormat daripada Maritim Malaysia.

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC