PUTRAJAYA, 9 JULAI – Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Chief Representative of Komeito Party, Mr. Yamaguchi Natsuo di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.
Turut mengiringi beliau ialah Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi dan para delegasi.
Kesemua tetamu disambut oleh Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan di Admiral Lounge dengan diiringi Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Haji Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar dan Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam serta barisan pengurusan tertinggi yang lain.
Tujuan pertemuan dan kunjungan ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan di antara Malaysia dan Jepun dari aspek keselamatan dan latihan kemahiran dalam bidang maritim serta menjadi platform bertukar-tukar pandangan di antara kedua-dua pihak.
Di akhir pertemuan, kedua-dua pihak mengadakan sesi bertukar-tukar cenderamata sebagai simbolik hubungan erat yang telah terjalin serta sesi bergambar untuk kenang-kenangan.

















.svg.png)

