21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

MAJLIS PENGANUGERAHAN PANGKAT KEHORMAT DAN PENUTUPAN KEM TAHUNAN PENGUKUHAN PASKAM UMPSA

KUANTAN, 25 JULAI – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Hj. Mazlan bin Mat Rejab telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kem Tahunan Pengukuhan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Siri 1/2023 dan Penganugerahan Pangkat Kehormat APMM kepada tiga pegawai pengurusan UMPSA pada 13 Julai lalu.

Kem pengukuhan ini disertai seramai 41 orang Kadet PASKAM UMPSA di bawah selian Maritim Negeri Pahang dan Cawangan PSMM dan PASKAM Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya serta Pengurusan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Kadet PASKAM UMPSA telah berjaya menjalani modul latihan selama 12 hari di AMSAS dengan jayanya.

Penganugerahan Pangkat Kehormat APMM pula, merupakan simbolik terhadap kerjasama yang terjalin di antara pengurusan Maritim Malaysia dan UMPSA.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Hj. Mazlan bin Mat Rejab berkata, anugerah ini merupakan satu penghargaan kepada pihak pengurusan UMPSA dalam membantu Maritim Malaysia menguruskan Kadet PASKAM universiti berkenaan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Komandan AMSAS, Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah, barisan pegawai dan anggota dari Cawangan PSMM dan PASKAM ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Maritim Negeri Pahang dan AMSAS.

Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi dan diperluaskan pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada lebih ramai penuntut universiti awam memilih kerjaya sebagai pegawai Maritim Malaysia selain memupuk disiplin dalam pembentukan modal insan menerusi aktiviti Ko-Kurikulum di Institusi Pengajian Tinggi.

 

UMPSA PASKAM 2
 
UMPSA PASKAM 3
 
UMPSA PASKAM 5
 
UMPSA PASKAM 6

LAWATAN DELEGASI DAN PESERTA KURSUS MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA KE MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 22 JULAI – Seramai 71 delegasi dan peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pagi tadi.

Delegasi MPAT itu telah diketuai oleh Kolonel Adam Buqhary bin Amzah disambut oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus diiringi oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU), Laksamana Pertama Maritim Syed Islam bin Shahajam.

Kesemua delegasi dan peserta telah dibawa ke Pusat Operasi Maritim (POMAR) dan Maritime Rescue Coordination Center (MRCC) Putrajaya untuk diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan Maritim Malaysia sebagai agensi peneraju dalam mengkoordinasikan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di negara ini yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan BCLBB, Leftenan Komander Maritim Muhammad Azizol bin Azmi.

Selepas itu, mereka dibawa ke Auditorium Maritim Malaysia untuk diberikan taklimat pengenalan mengenai Maritim Malaysia dan sesi soal jawab dalam kalangan para delegasi dan peserta MPAT dikendalikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Kepten Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim.

Pengarah BSJM, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi dalam ucapannya menzahirkan tanda terima kasih dan penghargaan terhadap semua delegasi dan peserta kursus MPAT yang hadir ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

 

MPAT LAWAT 2
 
MPAT LAWAT 3
 
MPAT LAWAT 8
 
MPAT LAWAT 9

MOHD NORZAM TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) PERTAMA TERIMA PANGKAT KEPTEN KEHORMAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 19 JULAI – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tuan Mohd Norzam bin Mustapa telah dianugerahkan pangkat Kepten Kehormat Maritim Malaysia hari ini.

Penganugerahan ini adalah julung kali diberikan kepada pengurusan tertinggi Maritim Malaysia sejak penubuhannya, menjadikannya suatu detik bersejarah bagi agensi ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, anugerah ini adalah simbol penghargaan dan pengiktirafan tertinggi atas segala usaha dan sumbangan yang telah diberikan oleh Tuan Mohd Norzam dalam meningkatkan prestasi Maritim Malaysia khususnya melalui tatakelola pengurusan Agensi ini.

Jelas Datuk Saiful, selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Mohd Norzam sentiasa menyokong dan memberi kerjasama penuh dalam menjayakan dasar dan perancangan Malaysia Malaysia sama ada melalui projek pembangunan atau perolehan serta pengurusan kewangan agar ia dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tambah beliau, bukan sahaja dalam pentadbiran, Tuan Mohd Norzam juga berperanan dalam memastikan latihan dan keperluan operasi penguatkuasaan dipenuhi agar kesiapsiagaan dan keupayaan Maritim Malaysia berada dalam keadaan terbaik.

Datuk Saiful berkata demikian selepas menyempurnakan sesi pemakaian pangkat Kepten Kehormat Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya pagi tadi.

Dilahirkan pada 22 Disember 1964, anak jati Negeri Sembilan ini telah menabur bakti lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam dengan memegang pelbagai jawatan sama ada di agensi, jabatan mahupun di peringkat Kementerian.

Sebelum menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia sejak 4 Oktober tahun lalu, Mohd Norzam terlebih dahulu bertugas lebih setahun sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya.

Turut hadir menyaksikan sesi berkenaan ialah barisan Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pegawai-Pegawai Kanan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

 

KEPTEN NORZAM 2
 
KEPTEN NORZAM 3
 
KEPTEN NORZAM 4

PERHIMPUNAN BULANAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PEKERJA CONTOH MARITIM NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 22 Julai - 7 Anggota Maritim Negeri Terengganu menerima Sijil Penghargaan Anugerah Pekerja Contoh Maritim Negeri Terengganu dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Maritim Negeri Terengganu yang telah diadakan di Dataran Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu hari ini.
Penyampaian sijil kepada penerima disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Bin Ab Majid. Anugerah Pekerja Contoh Maritim Negeri Terengganu merupakan satu apresiasi khas dari Maritim Negeri Terengganu kepada warganya yang mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang serta perilaku yang baik bagi setiap suku tahun. 
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Maritim Negeri Terengganu di atas komitmen dan prestasi kerja yang telah dipamerkan bagi pertengahan tahun pertama 2024. Beliau mengingatkan untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang dan berintegriti semasa melaksanakan tugas.
Beliau turut menekankan mengenai isu bahaya buli siber dan mengingatkan kepada seluruh warga agar tidak terlibat dalam gejala buli siber serta membuat laporan sewajarnya sekiranya menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan gejala buli siber.  
Turut hadir, Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Bin Ghazali, barisan Timbalan Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Pegawai Memerintah Kapal, serta warga Maritim Negeri Terengganu.
 
 
07abb4c8 bd4a 410d 833a 8696992c5c28
 
d65655af 7591 482d af07 d9509711883b
 
eaee07b2 42c6 4f0a baca 8a7bc8caa8e0
 

MARITIM NEGERI SARAWAK TERIMA LAWATAN UNIT KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN SARAWAK

KUCHING, 18 JULAI – Maritim Negeri Sarawak menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) YBhg. Datu Dr Chai Khin Chung bersama Ketua Penolong Pengarah UKPS, SAC Paul Khiu Khin Chiang hari ini.

Ketibaan delegasi UKPS ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) disambut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh diiringi Pegawai Memerintah KM MARLIN, Leftenan Komander Maritim Mohd Khair bin Baharom, Penolong Pengarah Kanan CLBB, Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi binti Ali serta Penolong Pengarah Kanan unit C3I, Leftenan Komander Maritim Mohd Syahrul Ehsan Bin Abdullah.

Objektif lawatan ini adalah bagi mewujudkan kerjasama serta memperkukuhkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua pihak di samping menjadi platform pertemuan empat mata bagi membincangkan perkembangan semasa mengenai isu-isu maritim.

Diharapkan dengan lawatan kerja yang dilakukan ini dapat meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua pihak selain menjadi interprentasi bahawa Maritim Malaysia sangat komited dalam menjaga hubungan baik di antara agensi sahabat.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderamata serta sesi bergambar sebagai simbolik hubungan erat di antara Maritim Negeri Sarawak dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

 

UKPS LAWAT
 
UKPS LAWAT 2
 
UKPS LAWAT 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC