22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

PASUKAN KADET MARITIM (PASKAM) UMT MENGADAKAN LAWATAN KE AMSAS

KUALA TERENGGANU, 11 Jun - Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Unirversiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan lawatan selama dua hari ke Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) pada 7 dan 8 Jun 2024 yang lalu.

Seramai 40 orang Kadet Maritim terlibat dalam lawatan itu bersama tujuh jurulatih AMSAS.

Menurut Leftenan Maritim Kehormat Professor Madya Ts. Dr. Ahmad Faizal bin Ahamad Fuad, lawatan itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada PASKAM UMT terhadap fasiliti latihan yang terdapat di AMSAS yang merupakan pusat kecemerlangan akademik dan platform latihan yang diiktiraf.

 

WhatsApp Image 2024 06 07 at 4.12.47 PM1   WhatsApp Image 2024 06 07 at 4.23.24 PM1
     
WhatsApp Image 2024 06 11 at 8.57.49 AM 11   WhatsApp Image 2024 06 11 at 8.57.46 AM1

MARITIM NEGERI PULAU PINANG SANTUNI KOMUNITI NELAYAN TELUK KUMBAR

PULAU PINANG, 6 JUN – Maritim Negeri Pulau Pinang meyantuni komuniti nelayan menerusi program gerak santai yang diketuai oleh Pengarahnya, Kepten Maritim Razali bin Kasim serta beberapa pegawai dan anggota penguat kuasa yang lain petang tadi.

Dalam program itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kecil Pulau Pinang Selatan, Badrul Hisyam bin Hashim bersama ketua unit persatuan yang lain telah mengutarakan beberapa pandangan dan kekangan yang dihadapi oleh mereka secara konsesus kepada pihak Maritim Malaysia.

Perkara yang dikongsikan adalah berkaitan zon aktiviti perikanan yang melibatkan nelayan komersial dan nelayan tradisional.

Selain itu, pemakluman mengenai pemilikan lesen bot untuk aktiviti perikanan turut diketengahkan dalam perjumpaan itu, di samping perancangan aktiviti jangka panjang yang dirangka bagi mengekalkan ukhuwah yang telah lama terjalin di antara Agensi dan komuniti nelayan setempat.

Diharapkan pertemuan ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai platform terbaik dalam menyelami isu-isu yang dihadapi oleh komuniti maritim melalui pendekatan bersemuka di antara pihak berkuasa dan masyarakat.

 

WhatsApp Image 2024 06 06 at 9.00.24 PM
 
WhatsApp Image 2024 06 06 at 9.00.43 PM
 
WhatsApp Image 2024 06 06 at 9.00.25 PM

OP PATKOR OPTIMA MALINDO | TAKLIMAT MARKAS OPERASI BERSEPADU

PULAU PINANG, 3 JUN – Sebagai persiapan kepada petugas Markas Operasi Bersepadu (MOB) sempena PATKOR OPTIMA MALINDO 31A/2024 yang bakal bermula esok, 4 Jun, satu siri taklimat telah diadakan bagi mempersiapkan pegawai dan anggota yang akan bertugas.

Taklimat yang bermula 9 pagi tadi disampaikan oleh Komander Maritim Ahmad Faez Bin Mat Ghani. Taklimat memfokuskan kepada prosedur komunikasi, rutin penugasan, keperluan logistik serta ujian komunikasi.

MOB PATKOR OPTIMA MALINDO 31A/2024 diaktifkan bermula 8.00 pagi esok dan bakal berakhir setelah tamat operasi pada 13 Jun 2024.

Antara Agensi yang terlibat dengan penugasan di MOB ialah Maritim Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia( TUDM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, dan Jabatan Laut Malaysia. Aset-aset dari agensi terbabit juga bakal digerakkan bagi menjayakan Operasi PATKOR OPTIMA MALINDO 31A/2024.

 

PATKOR TAKLIMAT   PATKOR TAKLIMAT 3

KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM BERSAMA MEDIA

PULAU INDAH, 5 JUN – Bagi menjadikan media massa sebagai ejen utama dalam penyebaran maklumat kesedaran keselamatan maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan satu program khas bersama wakil beberapa agensi media tempatan, bertempat di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) awal pagi tadi.

Program anjuran Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB) bersama Unit Komunikasi Korporat (UKK) Maritim Malaysia dengan kerjasama MATRAIN ini merupakan salah satu usaha Agensi dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya menitik beratkan keselamatan ketika berada di laut dan menguasai sekurang-kurangnya satu teknik menyelamatkan diri ketika berada dalam situasi kecemasan di perairan.

Dalam program itu, media yang hadir diberikan taklimat selain mendapat peluang untuk mencuba beberapa teknik menyelamatkan diri ketika berada dalam keadaan kecemasan khususnya di laut.

Sesi yang berlangsung selama dua jam ini dikoordinasikan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia yang diketuai oleh penyelaras latihan iaitu Bintara Kanan Maritim Mohd Azaha bin Ariffin.

Pada program yang sama, media yang hadir turut diberikan penerangan lanjut oleh Ketua Penolong Pengarah BCLBB, Komander Maritim Mohd Ardi bin Mat Nawi berkenaan tujuan program ini dilaksanakan selain berkongsi beberapa tips yang perlu diutamakan sekiranya ingin melakukan sebarang aktiviti di laut.

Antara media yang hadir dalam program ini ialah Radio Televisyen Malaysia (RTM), BERNAMA, Astro AWANI, Sinar Harian, Utusan Malaysia, TV9 dan SelangorKini.

Diharapkan program seperti ini dapat dikekalkan dan dikembangkan secara meluas kepada kelompok masyarakat awam di seluruh negara.

 

WhatsApp Image 2024 06 05 at 3.58.48 PM   WhatsApp Image 2024 06 05 at 3.58.47 PM 1
     
WhatsApp Image 2024 06 05 at 3.58.46 PM   WhatsApp Image 2024 06 05 at 3.58.47 PM 2

MARITIM NEGERI PERAK SERTAI JELAJAH SEJAHTERA DESAKU @ RUNGKUP

BAGAN DATUK, 31 MEI – Maritim Negeri Perak dijemput untuk menyertai pameran sempena program Jelajah Sejahtera Desaku @ Rungkup Tahun 2024 Peringkat Daerah Bagan Datuk bertempat di dewan Arena SEMEKAR Budi, Sekolah Menengah Kebangsaan Rungkup semalam.

Program yang julung kalinya diadakan ini adalah anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Dato' Haji Mohd Zolkafly bin Harun.

Peluang yang diberikan turut dijadikan sebagai platform dalam memperkenalkan fungsi dan peranan Maritim Malaysia secara tidak langsung dengan membawakan bahan-bahan pameran dan maklumat berkaitan Agensi kepada komuniti setempat.

Beberapa replika aset milik Maritim Malaysia turut dipamerkan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri dan mengenali dengan lebih dekat fungsi dan peranan Maritim Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Selain Maritim Malaysia, program itu juga turut disertai agensi dan jabatan kerajaan yang lain antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perikanan (DOF), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta Pejabat Tanah dan Daerah Bagan Datuk.

 

WhatsApp Image 2024 05 30 at 7.56.59 PM   WhatsApp Image 2024 05 30 at 7.57.02 PM
     
WhatsApp Image 2024 05 30 at 7.57.00 PM   WhatsApp Image 2024 05 30 at 7.57.01 PM 1

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC