22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

JEMPUTAN MAKAN MALAM BERSAMA DUTA BESAR JEPUN KE MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 15 MEI – Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim menghadiri ke jemputan makan malam bersama Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko di kediaman rasmi beliau di ibu negara pada Isnin (13 Mei).

Tujuan pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu-isu keselamatan maritim dan kerjasama bilateral khususnya di antara Maritim Malaysia dan Japan Coast Guard (JCG) dalam memastikan kesiap siagaan dan memerangi sebarang ancaman keselamatan di perairan rantau ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Manusia (BSM), Tuan Haji Ghazali bin Hizam dan wakil dari Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Komander Maritim Samsul bin Muhammad.

 

20240513 214221   20240513 214305
     
20240513 214400   20240513 214534

PENGARAH MARITIM NEGERI PERAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

LUMUT, 14 MEI – Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Manjung, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Yang Berusaha Kapt. (PA) Suliana binti Mohamad bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pada pukul 9.30 pagi tadi.

Pertemuan dua hala ini adalah sebagai sesi perkenalan Pengarah Maritim Negeri Perak yang baharu serta mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang terjalin di antara kedua-dua perkhidmatan.

Turut hadir di kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Pegawai Memerintah KM NYALAU, Leftenan Komander Maritim Nurul Hanin binti Mohd Isa.

Sesi kunjungan ini diakhiri dengan menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderamata dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan yang erat di antara Maritim Negeri Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Manjung.

 

KUNJUNGAN HORMAT 2

MARITIM MALAYSIA SERTAI PROGRAM ADVOKASI NELAYAN TRADISI SABAH

KOTA KINABALU, 11 MEI – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui Maritime Rescue Sub–Center (MRSC) Kota Kinabalu telah menghadiri program bersama Nelayan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sabah bertempat di Borneo Royale Hotel, Tawau baru-baru ini.

Dalam program itu MRSC Kota Kinabalu telah menyampaikan taklimat berkaitan ‘Preventive Search and Rescue’ (SAR) yang disampaikan oleh Lefternan Maritim Mohamad Pairul bin Mohd Bacuk bagi memberikan pendedahan kepada perserta yang hadir berkenaan Personal Locator Beacon (PLB) iaitu mengenai fungsi, cara-cara menggunaan, penyelenggaraan dan pendaftaran alat tersebut.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman yang turut hadir sama dalam program berkenaan berkata, melalui penyertaan Maritim Malaysia dalam program ini, ia dapat memberikan kesedaran dan pendedahan mengenai keselamatan di laut kepada komuniti nelayan.

Selain taklimat, pihak Maritim Malaysia turut membuka kaunter pameran peralatan keselamatan dengan memberi penerangan dengan lebih dekat berkaitan PLB dan peralatan keselamatan yang lain kepada komuniti maritim yang hadir.

Program yang berlangsung selama sehari itu telah dihadiri oleh ahli-ahli daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tawau, Wallace Bay, Lahad Datu dan Semporna.

 

Advokasi Nelayan   Advokasi Nelayan 2   Advokasi Nelayan 4   Advokasi Nelayan 5

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI SELANGOR KE JPJ NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 13 MEI – Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dekat sini hari ini.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Selangor, Leftenan Maritim Muhamad Shahrilazry bin Samat.

Delegasi Maritim Negeri Selangor telah disambut oleh Pengarah JPJ Negeri Selangor, Tuan Azrin bin Borhan di pejabatnya pada sekitar jam 9 pagi.

Beliau turut diiringi oleh Timbalan Pengarah JPJ Negeri Selangor, Dato’ Ahmad Kamarunzaman bin Mehat, Ketua Seksyen Operasi JPJ Negeri Selangor, Tuan Muzlefa Kamarudin dan Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat JPJ Negeri Selangor, Tuan Mohd Azrayni bin Azman.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang telah terjalin di antara kedua-dua perkhidmatan.

(Kredit foto : JPJ Negeri Selangor)

 

KUNJUNG KE JPJ SELANGOR 5   KUNJUNG KE JPJ SELANGOR 3
     
KUNJUNG KE JPJ SELANGOR 4   KUNJUNG KE JPJ SELANGOR 8

PENGARAH MARITIM NEGERI PERAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

LUMUT, 12 MEI – Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Lumut, Yang Berusaha Tuan Khairil Niza bin Khairuddin bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pada 10 Mei (Jumaat).

Pertemuan dua hala ini adalah sebagai sesi perkenalan Pengarah Maritim Negeri Perak yang baharu sejak mengambil alih tugas pada 26 Februari yang lalu.

Selain itu, kunjungan hormat yang berlangsung selama dua jam itu turut menjalinkan kerjasama erat antara agensi selain meneliti beberapa isu semasa dan merancang operasi yang akan dilakukan secara bersama untuk keselamatan perairan dan penguatkuasaan undang-undang khususnya di laut.

Turut hadir di kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Pegawai Memerintah KM GAGAH, Leftenan Komander Maritim Mohd Arizan Hakimi bin Mohd Zin.

 

JIM PERAK 2   JIM PERAK 3   JIM PERAK 4

 

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC