21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

LAWATAN KEBAJIKAN PEMANGKU KETUA KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KE ATAS PENGARAH MARITIM NEGERI JOHOR

BANGI, 30 OGOS – Sebagai tanda keprihatinan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Maritim Malaysia, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah melakukan lawatan kebajikan mewakili Agensi ke atas Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria di kediaman beliau hari ini.

Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria telah mengalami pendarahan otak kiri serta mengakibatkan serangan angin ahmar pada 2 Julai 2024 dan kini masih menerima rawatan secara berkala di hospital.

Dalam lawatan itu, Datuk Saiful Lizan telah diiringi Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Rosli bin Abdullah dan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia (MIND), Kepten Maritim Amri bin A. Raof.

Diharapkan dengan doa dan ikhtiar, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam akan kembali bertugas dengan lebih bersemangat dan diberi kesihatan seperti sedia kala.

 

LAWAT KEBAJIKAN 2
 
LAWAT KEBAJIKAN 3
 
LAWAT KEBAJIKAN 4

ZON MARITIM SANDAKAN DIBERI PENGHORMATAN SAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT DI MASJID NURUL IMAN, KAMPUNG TANJUNG ARU

SANDAKAN, 24 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan telah melaksanakan satu program bersama masyarakat Kampung Tanjung Aru di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, bersempena program tersebut Zon Maritim Sandakan telah diberikan penghormatan menyampaikan Khutbah Jumaat sekaligus mengimamkan Solat Fardhu Jumaat oleh Komander Maritim Ahmad Firdaus di Masjid Nurul Iman kampung tersebut yang dihadiri lebih kurang 90 orang jemaah.

Beliau berkata demikian selepas selesai Solat Fardhu Jumaat di sini hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari, Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Mohd Fadzil bin Zikiri dan 22 orang anggota lain.

Suhairy terdahulu sempat merakamkan ucapan penghargaan kepada JKKK dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Sandakan 2024 yang diadakan pada 20 Ogos yang lalu.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada Maritim Malaysia kepada JKK Kampung Tanjung Aru, penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Masjid dan juga penyerahan sumbangan jaket keselamatan kepada konvoi nelayan yang terlibat secara langsung menjayakan dan merealisasikan KMJG Sandakan 2024.

 

KHUTBAH SANDAKAN 2
 
KHUTBAH SANDAKAN 3
 
KHUTBAH SANDAKAN 4

ZON MARITIM TAWAU UJI FOKUS SERTA TAHAP KETEPATAN MENEMBAK ANGGOTA

TAWAU, 25 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau telah mengadakan Pertandingan dan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Api Kecil (UKMSK) bertempat di Lapang Sasar IPD, Jalan Kau Sing, Tinagat baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, UKMSK ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran warga zon dalam mengendalikan senjata api dan juga menguji fokus serta tahap ketepatan menembak pegawai dan anggota yang terlibat.

Acara yang berlangsung selama dua hari bermula 23 hingga 24 Ogos ini telah melibatkan kesemua warga Zon Maritim Tawau termasuk anggota skim gunasama, dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin.

Para pengamal media setempat turut dijemput bagi memberi pendedahan mengenai kemahiran individu yang perlu dimiliki oleh penguat kuasa Maritim Malaysia ketika melaksanakan tugas menguatkuasakan undang-undang yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko dan ancaman.

Mengekalkan konsep pertandingan pada tahun lalu, acara individu dua kategori dipertandingkan iaitu 'precision' dan' rapid fire' yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu ‘beginner, 'medium' dan 'expert' dan seterusnya acara kemuncak 'falling plate group' di mana perlawanan antara wakil unit pejabat, unit kapal dan juga unit bot.

Program diakhiri dengan bacaan ikrar oleh semua yang terlibat dan majlis penyampaian hadiah dijangka akan disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman semasa Perhimpunan Bulanan Zon pada minggu hadapan. Tahniah kepada semua para pemenang yang berjaya.

 

TEMBAK TAWAU 211 
 
TEMBAK TAWAU 3
 
TEMBAK TAWAU 6
 
TEMBAK TAWAU 5

ELAK ISU KETIRISAN DAN INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA PRAKTIK PUSINGAN KERJA PEGAWAI DAN ANGGOTA

PUTRAJAYA, 22 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mempraktikkan pelaksanaan pusingan kerja pegawai dan anggotanya dan telah menjadi amalan sedia ada bagi mengelakkan berlakunya ketirisan atau isu integriti dalam kalangan warganya.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, tindakan berkenaan seiring dengan usaha kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengelak berlakunya pelanggaran integriti di kalangan warga.

Beliau turut menjelaskan, tindakan tegas boleh diambil di peringkat dalaman sekiranya terdapat mana-mana pegawai atau anggotanya didapati culas serta tidak berintegriti ketika menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

“Sehubungan itu beberapa langkah telah diambil dalam menanganinya termasuk melaksanakan pusingan kerja bagi posisi tugas yang berisiko selain turut mengenakan tindakan tatatertib bagi mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat isu tersebut,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KDN di sini hari ini.

Datuk Saiful dalam pada itu turut berkata, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang ditekankan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) juga merupakan satu pendekatan baharu yang wajar dalam memastikan setiap penjawat awam khususnya di Maritim Malaysia sentiasa berdaya saing dengan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan masyarakat.

Jelas Datuk Saiful, ini seiring dengan ucapan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji Haji Ubi pada majlis yang sama di mana beliau menegaskan agar Maritim Malaysia memperketatkan lagi kawalan sempadan perairan negara memandangkan masih terdapat laporan aktiviti jenayah di kawasan berkenaan.

“Setiap pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu memastikan kawalan sempadan perairan negara sentiasa optimum dalam usaha mengekang aktiviti salah laku dan jenayah di kawasan berkenaan. Mereka juga perlu meletakkan integriti sebagai tunjang utama ketika melaksanakan tugas dan sewajarnya ini menjadi ikrar mereka.

“Perkara ini akan diberikan perhatian agar Maritim Malaysia juga dapat menyokong usaha Kementerian dalam menjayakan KDN For The Next Generation - KDN 2050 tercapai,” tambah Datuk Saiful.

Terdahulu beliau bersama ketua-ketua jabatan dan pengurusan tertinggi KDN mengiringi Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Sri Saifuddin Nasution Ismail melancarkan sambutan Bulan Kebangsaan di hadapan Bangunan Setia Perkasa, pagi tadi.

Beliau berkata sambutan seperti ini perlu bagi mengenang kembali perik jerih perjuangan orang terdahulu dalam memerdekakan tanah air.

Justeru beliau berharap penguat kuasa Maritim Malaysia teguh dan kental dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman perairan negara bagi memastikan negara kekal aman dan sejahtera.

 

KDN HIMPUN 2
 
KDN HIMPUN 4
 
KDN HIMPUN 5

PROGRAM SAHABAT MARITIM DAN PESTA PANTAI TUNGKU 4.0 | KOLABORASI ZON MARITIM LAHAD DATU DAN NGO DEKATI KOMUNITI MARITIM

LAHAD DATU, 20 OGOS – Zon Maritim Lahad Datu telah melaksanakan Program Sahabat Maritim dan Pesta Pantai Tungku 4.0 bersama komuniti maritim di Pantai Kasih Lasa, Kampung Bangingod, Tungku, Lahad Datu pada 16 sehingga 18 Ogos 2024.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu , Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, program secara Karnival tersebut adalah kolaborasi antara Zon Maritim Lahad Datu bersama-sama dengan Organizer Belalang Tempur, JKKK Kampung Bagingod, FGV Plantation Zon Sabah, Ridwan Trading, YaPEIM, Sabah Triton Xpedition, art Solutions dan LDi merupakan usaha bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan komuniti setempat terutamanya di Daerah Tungku.

Program berkenaan adalah kerjasama kali kedua yang dijalankan oleh Zon Maritim Lahad Datu secara Karnival setelah tahun lepas ianya dianjurkan dengan kerjasama Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) .

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga hari program berlangsung antaranya partandingan silat pantai, bola tampar, gusti lengan, tarik tali dan aktiviti mewarna kanak - kanak, sumbangan 30 bakul makanan dan reruai pameran oleh Agensi kerajaan serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh pihak Klinik Kesihatan.

Aktiviti CSR juga turut diadakan dengan membina arca baru Pantai Kasih Lasa hasil usaha sama dengan Sabah Triton Xpedition selain turut memasang papan tanda kesedaran keselamatan maritim di jeti.

Sempena sambutan Hari kemerdekaan Malaysia ke-67, Konvoi Kembara Merdeka melibatkan hampir 80 buah kenderaan antara kelab SabahTriton Xpedition (STX) dan Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) mengibarkan jalur gemilang sepanjang jalan bermula dari Komplek Sukan Lahad Datu ke Pantai Kasih Lasa, Kampung Bangingod Lahad Datu Sabah pada 17 ogos 2024.

Malam kemuncak pada 17 Ogos 2024 juga turut berlangsung Program kerohanian "Pantai Tungku Berselawat" menampilkan Mufti Kerajaan Negeri Sabah iaitu SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @Aziz bin Hj. Jaafar.

Bersempena program berkenaan juga telah diadakan sesi dialog antara APMM, Jabatan Perikanan Sabah dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) bagi merungkai isu - isu komuniti dan taklimat kesedaran keselamatan maritim.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal di iringi oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik dimulai dengan perasmian Penamaan Pantai Kasih Lasa dimana gimik perasmian turut dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia. Kemudian lawatan ke reruai pameran Agensi kerajaan telah dilakukan.

Timbalan Menteri dalam ucapan penutupnya mengucapkan terima kasih atas usaha Maritim Malaysia bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam mendekati komuniti maritim dengan melaksanakan Program Sahabat Maritim dimana pelbagai pengisian yang padat dan memberi banyak manfaat kepada banyak pihak serta menjelaskan tugas Maritim Malaysia adalah memastikan Kesejahteraan komuniti maritim.

Program Sahabat Maritim ini akan di teruskan pada tahun akan datang serta dipertingkatkan agar hubungan baik antara penguatkuasa dan masyarakat terus erat.

 

LAHAD DATU KARNIVAL 3
 
LAHAD DATU KARNIVAL 4
 
LAHAD DATU KARNIVAL 5
 
LAHAD DATU KARNIVAL 7

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC