16
Rab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PATRIOTIK MARITIM NEGERI SABAH CUNGKIL BAKAT, PERKASA BAHASA MELAYU

KOTA KINABALU, 3 APRIL – Seramai 17 warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P. Labuan menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak Patriotik peringkat saringan yang berlangsung di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, penganjuran program berkenaan bukan sahaja menjadi platform mengasah bakat deklamasi puisi, malah berperanan memperkukuh jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja.

“Pertandingan ini memberi ruang kepada peserta menampilkan kreativiti dan gaya persembahan masing-masing dalam menyampaikan mesej sajak, sekali gus meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta penghayatan nilai seni dan budaya,” katanya.

Menurut beliau, hanya lima peserta terbaik akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada Mei depan.

Pertandingan tersebut diadili oleh barisan juri berpengalaman yang diketuai Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz selaku Ketua Juri, bersama panel terdiri daripada Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil (vokal), Komander Maritim Mohamad Fahimi Omar (gaya persembahan), Komander Maritim Mahathir Mohamad (kreativiti), Komander Maritim Hakim Idris (penghayatan) serta Puan Nurhanna Hakim (intonasi).

Dalam pada itu, Khairulanuar turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan usaha yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.

Beliau berkata, penglibatan aktif warga kerja dalam program seumpama itu mampu menyumbang kepada pemerkasaan budaya bahasa dan kesusasteraan dalam organisasi, di samping memupuk semangat kebersamaan.

Sebagai penghargaan, semua peserta turut menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen mereka.

Program berkenaan diharap dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi serta memperkukuhkan budaya berbahasa dalam kalangan warga Maritim Malaysia, selaras dengan aspirasi membentuk organisasi yang berwibawa dan berdaya saing.

SAJAK5
 
SAJAK2
 
SAJAK3
 
SAJAK6

MARITIM MALAYSIA ZIARAH PESARA HIDAP STROK, SALUR SOKONGAN MORAL

ALOR GAJAH, 2 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus komited dalam menjaga kebajikan warganya termasuk pesara apabila menziarahi Bintara Kanan Maritim (Bersara) Hamdan bin Ali yang kini menghidap penyakit strok.

Bekas anggota Pasukan Pancaragam APMM itu dilaporkan telah mengalami serangan angin ahmar hampir setahun lalu dan kini menerima rawatan lanjut di Wad Kenanga 2, Hospital Alor Gajah di sini.

Ziarah kebajikan tersebut telah dilakukan oleh wakil Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Ibu Pejabat Maritim Malaysia bersama wakil Pengurusan Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan (MNMNS) sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan agensi terhadap kebajikan pesara.

Lawatan berkenaan turut diketuai oleh Kepten Maritim Razali serta disertai oleh Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin Zakaria, yang hadir menyampaikan sokongan moral kepada pesara serta ahli keluarga, termasuk isteri beliau, Rohani binti Kassim yang menjadi penjaga utama.

Inisiatif ziarah kebajikan ini merupakan antara usaha berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan kebajikan warga dan pesara sentiasa terbela, di samping memperkukuh nilai kebersamaan dan semangat kekeluargaan dalam organisasi.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam menyantuni warganya tanpa mengira status perkhidmatan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan dan kesejahteraan masyarakat.

ZIARAH STROK
 
ZIARAH STROK2

KURSUS ADVANCED MEDIA RELATIONS & PRESS MONITORING/RELEASES

GEBENG, 2 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama United Nations Insitute for Training and Research (UNITAR) telah berjaya melaksanakan kursus Advanced Media Relations & Press Monitoring/ Releases pada 30 dan 31 Mac baru-baru ini.

Kursus jni melibatkan kehadiran seramai 23 orang peserta yang terlibat dalam bidang perhubungan awam, komunikasi korporat dan Pengurusan Sumber Manusia yang bertujuan mempertingkat kemahiran peserta dalam pengumpulan maklumat, komunikasi strategik (StratComm) serta pengurusan maklumat dalam konteks keselamatan maritim.

Program ini turut memberi fokus kepada keupayaan pemantauan media dan pengawasan ruang maklumat secara lebih berkesan menggunakan teknik tertentu antaranya mengenal pasti maklumat relevan dari sumber terbuka (OSINT), Penyusunan dan analisis maklumat untuk penyediaan laporan ringkas kepada pihak pengurusan tertinggi dan Penyelarasan Prosedur Operasi Standard (SOP) komunikasi strategik organisasi.

Selain itu, para peserta kursus turut diberi pendedahan mengenai Pengurusan maklumat semasa kecemasan maritim termasuk menangani maklumat palsu dan tidak tepat, Usaha diplomasi awam bagi meningkatkan kesedaran keselamatan maritim serta kempen pencegahan jenayah, Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pemantauan media dan komunikasi strategik, dan Pengurusan media sosial yang sensitif terhadap aspek gender, budaya serta keselamatan operasi (OpSec).

Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan keupayaan peserta dalam menghasilkan laporan OSINT yang tepat, ringkas dan relevan secara masa nyata kepada pihak pengurusan.

Selain itu, latihan ini turut memperkukuhkan pelaksanaan komunikasi strategik dalam organisasi, termasuk penyelarasan mesej dan peningkatan kesedaran awam berkaitan isu keselamatan maritim dalam menghadapi cabaran semasa berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi lebih bersesuaian.

AMSAS UNITAR
 
AMSAS UNITAR2
 
AMSAS UNITAR3
 
AMSAS UNITAR8

MARITIM MALAYSIA ZON MIRI ZAHIR SIMPATI, LAKSANA LAWATAN KEBAJIKAN WARIS PEGAWAI

MIRI, 2 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menzahirkan keprihatinan melalui lawatan kebajikan dan penghormatan terakhir kepada Timbalan Pengarah (Logistik), Leftenan Maritim Patrick Anak Entil, atas pemergian bonda beliau pada 31 Mac lalu.

Lawatan tersebut diketuai Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus Saniman bersama pegawai dan anggota, sebagai tanda solidariti serta sokongan moral kepada keluarga waris.

Dalam kunjungan itu, sumbangan ikhlas turut disampaikan bagi membantu meringankan beban dan memudahcara urusan kebajikan waris.

Jenazah mendiang telah selamat dikebumikan di RC Cemetery Lambir pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata kehadiran delegasi berkenaan bertujuan menzahirkan empati dan semangat kekeluargaan dalam organisasi.

“Kehadiran ini sebagai tanda solidariti dan sokongan moral agar beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan. Program seumpama ini mencerminkan nilai empati serta semangat kekeluargaan yang menjadi teras Maritim Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, inisiatif tersebut turut memperlihatkan komitmen Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan yang bukan sahaja menuntut dedikasi tinggi dalam tugas, malah prihatin terhadap kesejahteraan warganya.

Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh mendiang dicucuri rahmat serta keluarga diberikan kekuatan.

MIRI KEBAJIKAN2
 
MIRI KEBAJIKAN3
 
MIRI KEBAJIKAN

SERAH TERIMA KEPIMPINAN KM BAGAN DATUK & KM DANGA, PERKUKUH OPERASI MARITIM SELANGOR

PELABUHAN KLANG, 2 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah bagi dua aset utama Maritim Negeri Selangor iaitu KM BAGAN DATUK dan KM DANGA, yang berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor, hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, serta dihadiri pegawai kanan dan anggota pelbagai unit di bawah pentadbiran Maritim Negeri itu.

Dalam majlis berkenaan, jawatan Pegawai Memerintah KM DANGA diserahkan oleh Leftenan Komander Maritim Muhammad Rasul bin Abu Bakar Ah kepada Leftenan Komander Maritim Muhammad Nur Hafizul bin Md Zamri. Manakala bagi KM BAGAN DATUK, Leftenan Komander Maritim Mohd Fakhri bin Che Jaafar menerima tugas daripada Leftenan Komander Maritim Mohd Asri bin Zahari.

Peralihan kepimpinan ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh struktur organisasi serta memastikan kesinambungan kecemerlangan operasi penguatkuasaan di perairan Selangor, khususnya dalam menangani pencerobohan nelayan asing, aktiviti penyeludupan dan operasi mencari serta menyelamat (CARILAMAT).

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa peranan Pegawai Memerintah bukan sekadar mengetuai pelayaran, malah memikul amanah besar menjaga aset strategik negara. Penekanan turut diberikan terhadap disiplin kru, kesiapsiagaan teknikal kapal serta pelaksanaan penguatkuasaan secara tegas tanpa kompromi demi memastikan kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pegawai terdahulu atas khidmat bakti yang dicurahkan, di samping mengucapkan selamat bertugas kepada pegawai baharu.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik kesinambungan kepimpinan dan komitmen berterusan Maritim Malaysia.

SERAH KEPIMPINAN SEL4
 
SERAH KEPIMPINAN SEL3
 
SERAH KEPIMPINAN SEL8
 
SERAH KEPIMPINAN SEL9

Lebih banyak artikel..

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC