16
Rab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM SABAH & WP LABUAN PERKUKUH SINERGI KESELAMATAN MARITIM BERSAMA TLDM

SEPANGGAR, 24 FEBRUARI - Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Armada Timur di Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur), di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut menjadi platform strategik dalam memperkukuh kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia terus terpelihara.

Perbincangan tertumpu kepada gambaran operasi semasa di perairan Sabah dan Labuan yang berdepan cabaran ancaman rentas sempadan, jenayah maritim, pencerobohan perairan serta risiko keselamatan bukan tradisional yang memerlukan pendekatan bersepadu antara agensi.

Sinergi kehadiran operasi TLDM dan Maritim Malaysia di lapangan menghantar mesej jelas bahawa hak kedaulatan negara tidak akan dikompromi. Kerjasama ini mencerminkan pendekatan 'whole of government' dalam memperkukuh keupayaan cegah rintang (credible deterrence) serta memastikan kebebasan pelayaran dan kestabilan perairan negara sentiasa terjamin.

Maritim Malaysia komited untuk terus memperkasakan kolaborasi strategik bersama TLDM sebagai benteng utama pertahanan dan penguatkuasaan maritim negara, selaras dengan aspirasi memperkukuh keselamatan maritim Sabah dan WP Labuan.

Gambar ihsan : Markas Pemerintahan Armada Timur

MN SABAH
 
MN SABAH2
 
MN SABAH3

LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN KOMPLEKS MARITIM NEGERI KELANTAN

PASIR PUTEH, 24 FEBRUARI – Satu lawatan tapak projek pembangunan Kompleks Maritim Negeri Kelantan telah dilaksanakan hari ini sebagai sebahagian dari mekanisme pemantauan dan penyelarasan berterusan antara agensi pelaksana dan pihak pengguna fasiliti.

Lawatan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap projek pembangunan infrastruktur strategik dilaksanakan secara sistematik, telus dan berimpak tinggi terhadap keperluan operasi semasa.

Lawatan berkenaan telah dihadiri oleh seramai tujuh orang wakil daripada Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengangkutan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia yang diketuai oleh Ir. Ts. Elissa binti Kadir serta turut hadir En.Zamir Farhan bin Jamulidin iaitu wakil daripada Kementerian Dalam Negeri.

Delegasi telah meneliti secara menyeluruh aspek teknikal pembinaan termasuk kemajuan fizikal semasa, pematuhan kepada spesifikasi kontrak, piawaian keselamatan tapak, serta perancangan kerja bagi fasa seterusnya.

Turut hadir mengiringi lawatan tersebut ialah Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal bin Mohamad bersama barisan pegawai kanan Maritim Negeri Kelantan.

Satu sesi taklimat komprehensif telah disampaikan bagi memberikan gambaran terperinci mengenai skop pembangunan kompleks, keperluan operasi semasa serta unjuran peningkatan kapasiti yang bakal dicapai apabila projek ini siap sepenuhnya.

Dalam sesi perbincangan dua hala yang berlangsung, kedua-dua pihak telah menekankan kepentingan penyelarasan berterusan bagi memastikan reka bentuk dan pembinaan fasiliti ini benar-benar memenuhi keperluan operasi penguatkuasaan maritim di Negeri Kelantan.

Kompleks baharu ini dirangka bagi menempatkan kemudahan pentadbiran, operasi, logistik serta sokongan teknikal yang lebih kondusif dan efisien, selaras dengan peningkatan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam mengawal selia keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan dalam ucapannya menzahirkan penghargaan atas komitmen serta kepakaran teknikal pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia dalam memastikan setiap komponen pembangunan dirancang secara terperinci.

Beliau turut menegaskan bahawa Kompleks Maritim Negeri Kelantan akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan kesiapsiagaan operasi, khususnya dalam aspek tindak balas pantas, penguatkuasaan undang-undang maritim serta operasi mencari dan menyelamat.

Lawatan tapak ini juga memberi ruang kepada pihak teknikal untuk mengenal pasti sebarang isu atau cabaran di peringkat pelaksanaan agar tindakan penambahbaikan dapat diambil segera.

Pendekatan proaktif ini amat penting bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan tanpa menjejaskan kualiti dan integriti pembinaan.

Secara keseluruhannya, pembangunan Kompleks Maritim Negeri Kelantan merupakan satu pelaburan strategik dalam memperkukuh infrastruktur keselamatan Maritim Malaysia.

Dengan terbinanya kompleks ini kelak, ia dijangka mampu meningkatkan kecekapan pengurusan, memperkemas koordinasi operasi serta menyediakan persekitaran kerja yang lebih selesa dan profesional kepada warga Maritim Negeri Kelantan.

Maritim Negeri Kelantan akan terus komited dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan yang dirancang dapat direalisasikan dengan jayanya demi kepentingan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan perairan Malaysia.

MN KTN2
 
MN KTN3
 
MN KTN4

MARITIM NEGERI PAHANG DEKATI 556 PELATIH PLKN 3.0 DI PEKAN

PEKAN, 23 FEBRUARI – Seramai 556 pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 menerima pendedahan awal mengenai peluang kerjaya dalam sektor keselamatan dan penguatkuasaan apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menyertai Program Eksplorasi Kerjaya dan Pameran Latihan Wira Muda Negara Siri 1/2026 di Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Force 136, di sini, pada 19 Februari lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, penyertaan dalam program anjuran Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) itu menjadi platform strategik untuk mendekati golongan muda dan menyemai minat mereka menyertai pasukan keselamatan negara.

“Program seperti ini memberi ruang kepada Maritim Malaysia memperkenalkan peranan dan tanggungjawab agensi dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan perairan negara, selain menjelaskan syarat kelayakan dan laluan kerjaya yang ditawarkan,” katanya.

Jelas beliau lagi, pendedahan secara bersemuka membolehkan pelatih mendapatkan maklumat tepat berkaitan skop tugas, latihan serta cabaran sebenar sebagai anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.

Sepanjang program berlangsung, reruai Maritim Malaysia menerima sambutan menggalakkan daripada pelatih yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi penguatkuasaan, operasi menyelamat dan peranan agensi dalam menangani jenayah rentas sempadan di perairan negara.

Reruai tersebut turut menerima kunjungan Komandan Cawangan Latihan Khidmat Negara 505, Mejar Norizwan Shah Kastory.

Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan turut berkata, Maritim Negeri Pahang komited menyokong agenda pembangunan belia dan akan terus menyertai program berbentuk pendidikan serta eksplorasi kerjaya bagi memastikan generasi muda mendapat maklumat jelas mengenai peluang berkhidmat bersama agensi itu.

Program berkenaan turut disertai beberapa jabatan dan agensi lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan serta Akademi Kenegaraan Malaysia.

PLKN PAHANG3
 
PLKN PAHANG5
 
PLKN PAHANG4
 
PLKN PAHANG

MARITIM MALAYSIA HADIR MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI ANJURAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA, 23 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menzahirkan komitmen dan sokongan penuh terhadap penganjuran Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni sempena Ramadan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di pekarangan Kompleks Setia Perkasa petang tadi.

Hadir mengetuai, Ketua Pengarah, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama isteri yang juga merupakan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia, Datin Noriyanti binti Mohd Noor.

Turut mengiringi Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, bersama 50 Pegawai Kanan dan anggota sebagai manifestasi solidariti serta sokongan institusi terhadap agenda penerapan nilai murni yang digerakkan oleh kementerian.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai kasih sayang, perpaduan, toleransi dan saling menghormati sebagai teras budaya kerja warga KDN dan agensi di bawahnya. Pengisian tazkirah Ramadan yang disampaikan turut menekankan kepentingan penghayatan ibadah sebagai asas pembentukan integriti serta keperibadian penjawat awam.

Penyertaan aktif Maritim Malaysia mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam menyokong aspirasi KDN, bukan sahaja dari sudut penguatkuasaan maritim, malah dalam aspek pemerkasaan nilai, kebajikan dan kesejahteraan sosial selaras dengan semangat Ramadan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaa Dalam Negeri Anjur Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Sempena Ramadan, Disokong Padu Warga Maritim Malaysia.

IFTAR KDN 
 
IFTAR KDN2
 
IFTAR KDN3
 
IFTAR KDN5

KADET PASKAM UMPSA DIGILAP DI AMSAS, LATIHAN SETARAF PELATIH MARITIM MALAYSIA

KUANTAN, 20 FEBRUARI – Seramai 56 kadet Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjalani latihan intensif selama lima hari bermula 12 hingga 16 Februari di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pendekatan latihan yang menyamai rutin pelatih pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bertujuan membina ketahanan mental, disiplin tinggi dan kepimpinan dalam kalangan kadet.

“Latihan ini dirangka berasaskan modul sebenar pelatih pegawai supaya kadet memahami standard, tekanan dan tanggungjawab sebagai barisan hadapan keselamatan perairan negara,” katanya.

Kem Tahunan dan Pengukuhan PASKAM UMPSA Siri 2/2024 ini melibatkan 10 Pegawai Leftenan Muda Siri 1/2023 dan 46 Kadet Siri 2/2024, dibimbing seorang pegawai penyelaras serta empat jurulatih.

Sepanjang kem, peserta menjalani latihan Smoke House dan pengendalian kebanjiran kapal di tapak Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA), selain abseiling, teori penggeledahan, komunikasi serta navigasi.

“Mereka turut diuji menerusi larian berhalangan, latihan litar kecergasan dan penilaian akhir bagi mengukur tahap kefahaman serta keupayaan bertindak dalam situasi berisiko,” tambah beliau.

Pengisian turut merangkumi Standby Bed, Early Morning Activity (EMA) di Drill Shed serta program kerohanian termasuk solat berjemaah di Masjid Al-Mustaghfirin, bagi memastikan keseimbangan fizikal dan spiritual.

Majlis penutup telah disempurnakan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi Md Nor yang turut berkesudian menyampaikan hadiah kepada kumpulan terbaik sebelum sesi bergambar di Dataran Helang AMSAS.

Program itu dilihat bukan sekadar latihan tahunan, sebaliknya platform strategik memperkukuh jati diri dan profesionalisme kadet PASKAM UMPSA sebagai pelapis kepimpinan maritim negara.


PASKAM AMSAS3
 
PASKAM AMSAS6
 
PASKAM AMSAS4
 
PASKAM AMSAS5

Lebih banyak artikel..

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC