16
Rab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 27 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah daripada Laksamana Muda Maritim ke pangkat Laksamana Madya Maritim dalam satu istiadat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini, pagi tadi.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, dengan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta pengarah-pengarah bahagian dan pegawai kanan agensi.

Dalam ucapannya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli berkata pelantikan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap pengalaman dan kepimpinan Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi dalam memperkukuh agenda operasi Maritim Malaysia.

“Pemakaian pangkat ini membawa amanah besar dalam memastikan kesiapsiagaan operasi sentiasa berada pada tahap tertinggi, selain memperkukuh keupayaan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara,” katanya.

Beliau menambah, Maritim Malaysia akan terus memperkasa aspek operasi dan kerjasama strategik antara agensi bagi mendepani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Pelantikan itu dijangka memperkukuh lagi kecekapan pengurusan operasi agensi, khususnya dalam aspek penguatkuasaan dan koordinasi aset di seluruh perairan negara.

Majlis berkenaan turut menjadi simbol kesinambungan kepimpinan Maritim Malaysia dalam melahirkan barisan pegawai kanan yang berwibawa, profesional dan berintegriti.

TKPO WEB
 
TKPO WEB5
 
TKPO WEB3
 
TKPO WEB4

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

PELUNCURAN PROSEDUR PENGURUSAN KRISIS KAWALAN KEGANASAN PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MARITIM MALAYSIA DALAM MESYUARAT OPERASI APMM

IPOH, 9 APRIL – Seiring perubahan landskap keselamatan maritim global, ancaman keganasan kini menjadi antara cabaran utama yang memerlukan pendekatan menyeluruh berikutan implikasinya terhadap kestabilan serantau serta kepentingan ekonomi negara.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh peranannya sebagai benteng hadapan keselamatan perairan negara melalui peluncuran Prosedur Pengurusan Krisis Kawalan Keganasan sempena Mesyuarat Operasi APMM (MOA) Ke-44 Bilangan 1/2026. Prosedur strategik ini telah diluncurkan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pembangunan prosedur tersebut menjadi pemangkin kepada tindakan yang lebih tersusun, responsif dan bersepadu dalam menangani ancaman seperti rampasan kapal, serangan bersenjata serta aktiviti ekstremis di perairan negara. Inisiatif ini juga selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 18 dan merupakan langkah berimpak tinggi dalam mempertingkat kesiapsiagaan agensi terhadap ancaman keganasan maritim.

Sebagai agensi barisan hadapan di laut serta Komander Crisis Response Team (CRT) Maritim, Maritim Malaysia bertanggungjawab melaksanakan tindak balas segera dan bersepadu berasaskan kerangka yang ditetapkan, khususnya dalam pengendalian insiden di perairan negara.

MOA Ke-44 yang berlangsung selama tiga hari di Ipoh turut berperanan sebagai platform utama penyelarasan operasi dengan penekanan kepada pemodenan keupayaan penguatkuasaan. Fokus diberikan kepada integrasi Artificial Intelligence Maritime Domain Awareness (MDAI) serta pelaksanaan Security Risk Assessment secara menyeluruh bagi memperkukuh keupayaan pemantauan, analisis ancaman dan pembuatan keputusan berasaskan data.

Mesyuarat ini turut menggariskan pelan transformasi organisasi yang merangkumi penstrukturan semula aset kapal, serta kajian semula struktur Maritim Negeri (MN) dan Zon Maritim (ZM) bagi mengoptimumkan penugasan aset, memperkemas rantaian arahan dan meningkatkan keberkesanan koordinasi operasi. Dalam masa sama, aspek penguatkuasaan diperkasa melalui penambahbaikan elemen perundangan, navigasi serta pengukuhan keupayaan forensik.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan impak kenaikan harga minyak susulan konflik Amerika Syarikat/Israel dan Iran yang berpotensi meningkatkan aktiviti penyeludupan minyak serta jenayah rompakan di laut. Sehubungan itu, OP TIRIS 4.0 akan terus dipergiat sebagai langkah proaktif bagi mengekang aktiviti tersebut.

Secara keseluruhan, ketetapan yang dicapai dalam MOA Ke-44 mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memperkasa keupayaan organisasi secara holistik, sekali gus meneguhkan peranannya sebagai pelindung kedaulatan perairan negara yang cekap, kredibel dan berwibawa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

MOA3
 
MOA6
 
MOA7
 
MOA4

ZON MARITIM LAHAD DATU TERIMA PENGHARGAAN ESSCOM, PERKUKUH KESELAMATAN ESSZONE

LAHAD DATU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menerima Sijil Penghargaan Rakan Strategik daripada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sebagai pengiktirafan terhadap peranan dalam memperkukuh kawalan keselamatan perairan negara, khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan keupayaan serta komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam menyokong agenda keselamatan negara melalui kerjasama strategik bersama ESSCOM.

“Penghargaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga Zon Maritim Lahad Datu untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan operasi serta meningkatkan tahap keberkesanan penguatkuasaan demi menjamin keselamatan perairan negara,” katanya.

Sijil penghargaan itu disampaikan oleh Komander ESSCOM, Datuk Victor B. Sanjos dalam satu majlis sempena sambutan ulang tahun ke-13 ESSCOM yang berlangsung di Dewan Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu, pada Khamis.

Pengiktirafan berkenaan diberikan sebagai menghargai sumbangan konsisten Zon Maritim Lahad Datu sebagai rakan strategik utama dalam pelaksanaan operasi keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di ESS Zone.

Sejak penubuhan ESSCOM, sinergi erat antara agensi itu bersama Maritim Malaysia terbukti menjadi antara elemen utama dalam mengekang jenayah rentas sempadan termasuk pencerobohan, penyeludupan dan aktiviti maritim tidak sah.

Penyampaian sijil tersebut turut mencerminkan tahap kepercayaan tinggi antara agensi keselamatan dalam memastikan kestabilan serta kesejahteraan komuniti maritim di pantai timur Sabah terus terpelihara, sekali gus mengukuhkan peranan Maritim Malaysia sebagai barisan hadapan pertahanan perairan negara.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Maritim Mohd Firdos Ayob.

ESSCOM LD2
 
ESSCOM LD3
 
ESSCOM LD4

SKUADRON AW139 MARITIM MALAYSIA PERKUKUH SINERGI OPERASI UDARA BERSAMA PGU PDRM

SUBANG, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh kerjasama strategik apabila Skuadron Helikopter AW139 yang berpangkalan di Stesen Udara Maritim Subang mengadakan kunjungan hormat ke Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Semenanjung, Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru ini.

Kunjungan diketuai Komander Maritim Mohamad Azrol bin Saidi itu menjadi platform penting pertukaran kepakaran melibatkan operasi penerbangan, termasuk prosedur pengiringan Orang Yang Disyaki (OYDS) dan Orang Kena Tahan (OKT) dalam misi udara berisiko tinggi.

“Kerjasama strategik antara agensi seperti ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan operasi udara, malah memastikan setiap misi dilaksanakan dengan lebih selamat, cekap dan berintegriti demi kepentingan negara,” katanya.

Jelasnya, Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkasa kesiapsiagaan aset udara serta meningkatkan kecekapan operasi penguatkuasaan di perairan Malaysia melalui kolaborasi antara agensi.

Selain itu, ia juga dilihat sebagai usaha memperkukuh kerjasama erat bagi memacu keupayaan respons pantas, meningkatkan keselamatan ruang udara dan maritim negara, sekali gus memberi manfaat langsung kepada komuniti maritim serta kesejahteraan rakyat.

KH PGU5
 
KH PGU3
 
KH PGU2

Lebih banyak artikel..

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC