09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN DI LAUT SEMPENA CUTI SEKOLAH

PENGKALAN BALAK, 7 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah melaksanakan Kempen Kesedaran Keselamatan di Laut bertempat di Pantai Pengkalan Balak sempena musim cuti sekolah pada Ahad lalu.

Kempen ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran orang awam terutamanya golongan ibu bapa, kanak-kanak dan pengunjung pantai yang sering menjadikan kawasan pesisir pantai sebagai lokasi pilihan untuk beriadah bersama keluarga sepanjang musim cuti sekolah.

Dalam kempen tersebut, orang awam diberikan peringatan serta penerangan berkaitan langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian ketika berada di kawasan pantai dan melakukan aktiviti di air. Antaranya termasuk memastikan anak-anak sentiasa berada di bawah pengawasan, memakai jaket keselamatan yang bersesuaian ketika menjalankan aktiviti di air serta mengelakkan kawasan yang berbahaya atau mempunyai arus deras.

Selain itu, orang awam turut dinasihatkan supaya mengambil kira keadaan cuaca, angin dan ombak sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. Keadaan cuaca yang tidak menentu boleh meningkatkan risiko kemalangan sekiranya langkah keselamatan tidak diberikan keutamaan.

Ibu bapa juga diseru agar tidak leka dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak ketika berada berhampiran air, khususnya di kawasan yang tidak mempunyai pengawasan keselamatan. Tindakan pencegahan dan kewaspadaan awal amat penting bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

Kempen ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran serta membudayakan sikap lebih berhati-hati dalam kalangan masyarakat agar setiap aktiviti rekreasi di pantai dan laut dapat dijalankan dengan lebih selamat, khususnya sepanjang musim cuti sekolah.

Orang awam juga diseru supaya sentiasa mematuhi nasihat dan arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta segera mendapatkan bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan di laut.

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC