02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

DUTA BESAR AMERIKA SYARIKAT LAWAT KAPAL EX-USCG CUTTER STEADFAST SEMPENA LAWATAN KE SABAH

KOTA KINABALU, 28 JANUARI – Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E. Edgard D. Kagan, telah mengadakan lawatan ke Kapal Ex-USCG Cutter Steadfast sempena lawatan rasmi beliau ke Negeri Sabah baru-baru ini.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz, yang hadir mewakili Pengarah Maritim Negeri, bersama Pegawai Memerintah Kapal Ex-USCG Cutter Steadfast, Komander Mohd Fahimi bin Omar.

Turut hadir ialah Pegawai Laksana KM ARAU, Komander Maritim Effendy bin Mohamed Fadhil serta beberapa pegawai Maritim Malaysia yang lain.

Lawatan ini diisi dengan sesi perbincangan dan pertukaran pandangan yang menyentuh aspek kerjasama keselamatan maritim, perkongsian maklumat, pembangunan kapasiti serta peluang memperkukuhkan hubungan dua hala.

Lawatan ini mencerminkan hubungan diplomatik yang baik serta komitmen bersama dalam memperkukuhkan keselamatan dan kestabilan maritim serantau, di samping meningkatkan kefahaman bersama terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing.

US LAWAT2
 
US LAWAT3
 
US LAWAT4

 

 

MARITIM MALAYSIA DAN PDRM BERGANDING BAHU KUKUHKAN NARATIF KOMUNIKASI STRATEGIK OP NAGA KEPADA MASYARAKAT

KUALA LUMPUR, 22 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh peranan strategiknya dalam keselamatan perairan negara apabila Unit Komunikasi Korporat (UKK) Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan kunjung hormat ke atas UKK Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, pagi tadi.

Pengarah UKK Maritim Malaysia, Puan Salawati binti Yahaya berkata, kunjung hormat ini menjadi platform penting dalam memperkasakan hubungan strategik antara dua agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), khususnya dalam aspek komunikasi strategik dan penyampaian maklumat kepada masyarakat awam, selari dengan keperluan keselamatan semasa yang semakin mencabar.

Beliau turut berkata, fokus pertemuan ini adalah bagi membincangkan usaha bersepadu dan perancangan dalam menyampaikan mesej secara lebih jelas, berkesan dan bersepadu berkaitan OP NAGA kepada masyarakat.

“Pendekatan ini dilihat penting dalam meningkatkan kefahaman awam, membina kepercayaan rakyat serta menyokong kejayaan operasi penguatkuasaan di perairan negara,” tambah beliau.

Delegasi Maritim Malaysia yang diketuai oleh beliau, turut dihadiri Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan, Encik Mohd Amir Khusairi bin Harun, Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Cik Nasiha Yahaya, serta beberapa pegawai UKK Maritim Malaysia.

Manakala pihak PDRM diwakili oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Sallehudin, Supt. Komunikasi Korporat, Supt. Abd Rashid bin Abu Bakar, Wakil PDRM - Pasukan Gerakan Udara (PGU) ISP Khairul Hisham bin Midin, Wakil PDRM - Pasukan Polis Marin (PPM), ASP Muhammad Saffuan Fahkururazi bin Shohimi dan pegawai kanan PDRM.

Melalui pertemuan ini, Maritim Malaysia menzahirkan komitmen berterusan untuk menerajui komunikasi yang lebih tersusun, proaktif dan berimpak bagi pelaksanaan OP NAGA ini.

“Kerjasama strategik ini juga dijangka dapat memperkukuh penyelarasan naratif keselamatan antara agensi, seterusnya menyokong agenda keselamatan nasional secara holistik,” jelas beliau lagi.

Maritim Malaysia yakin sinergi komunikasi dengan PDRM ini akan menjadi pemangkin kepada penyampaian maklumat keselamatan yang lebih berkesan kepada rakyat, selain meningkatkan kesedaran awam dan menyokong kejayaan operasi penguatkuasaan demi keselamatan serta kesejahteraan negara.

OP NAGA PDRM5
 
OP NAGA PDRM11
 
OP NAGA PDRM2
 
OP NAGA PDRM10

TIMBALAN KETUA PENGARAH LOGISTIK MARITIM MALAYSIA TINJAU KESIAPSIAGAAN MARINA HABOUR KUALA KEDAH

KUALA KEDAH, 21 JANUARI – Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke bangunan Marina Harbour milik Zon Maritim Kuala Kedah, pagi semalam.

Lawatan berkenaan memberi tumpuan kepada penilaian menyeluruh aspek infrastruktur bangunan bagi memastikan kemudahan tersebut dapat dioperasikan sepenuhnya selaras dengan keperluan keselamatan serta sokongan operasi semasa dan akan datang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, penilaian itu penting bagi mengenal pasti keperluan penambahbaikan, khususnya melibatkan keselamatan bangunan dan kecekapan fungsi operasi.

Ketibaan Datuk Saiful Lizan disambut dengan Istiadat Kawalan Kehormatan Setempat sebelum diiringi Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, Pengarah Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Kedah dan Perlis, En. Azlan bin Yahaya, serta barisan pegawai kanan dan anggota Zon Maritim Kuala Kedah.

Terdahulu program lawatan dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat. Majlis diikuti taklimat terperinci mengenai cadangan pembaikan bangunan dengan penekanan terhadap pematuhan standard keselamatan.

Komander Maritim Noor Azreyanti dalam pada itu turut berkata, lawatan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia dalam memastikan kesiapsiagaan infrastruktur dan kelancaran pengoperasian demi menyokong tugas penguatkuasaan maritim negara. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi fotografi bersama pegawai dan anggota yang terlibat.

TOK PUL ZMKK
 
TOK PUL ZMKK5
 
TOK PUL ZMKK4
 
TOK PUL ZMKK3

PENGARAH BAHAGIAN OPERASI UDARA TERIMA KENAIKAN PANGKAT KE LAKSAMANA PERTAMA MARITIM

PUTRAJAYA, 22 JANUARI - Pengarah Bahagian Operasi Udara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kepten Maritim Ragu a/l Sundararajan telah diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Penguat Kuasa Maritim apabila beliau dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama Maritim Gred T14 (Penerbang), hari ini.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Seri Samudera, Ibu Pejabat Maritim Malaysia itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, dengan diiringi Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim bersama isteri pegawai yang diraikan.

Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi, keberanian, dan profesionalisme cemerlang beliau dalam memastikan perkhidmatan operasi udara Maritim Malaysia sentiasa efektif demi keselamatan perairan negara.

Majlis ini sekali lagi menegaskan komitmen Maritim Malaysia untuk mengiktiraf kepimpinan dan sumbangan pegawai kanan yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta pengarah-pengarah bahagian, pegawai dan anggota Maritim Malaysia.

PENGARAH BOU2
 
PENGARAH BOU3
 
PENGARAH BOU4
 
PENGARAH BOU5

MARITIM NEGERI SABAH TERIMA LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PENGURUSAN, FOKUS ASET DAN FASILITI

KOTA KINABALU, 14 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menerima lawatan kerja rasmi Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim bagi menilai tahap pengurusan, keperluan aset serta kesiapsiagaan fasiliti operasi di negeri ini, selama dua hari bermula 12 Januari dan berakhir semalam.

Pengarahnya Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali berkata, lawatan berkenaan diadakan bagi memberi tumpuan kepada pengukuhan pengurusan kewangan, keberkesanan aset dan kemudahan sokongan operasi, selari dengan keperluan strategik Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan dan penguatkuasaan maritim di perairan Sabah kekal optimum.

“Antara pengisian utama lawatan ialah tinjauan ke atas aset operasi Maritim Malaysia, termasuk Ex-USCG Cutter Steadfast dan Kapal Maritim (KM) BANGGI, bagi menilai tahap kesiapsiagaan, penyelenggaraan serta keperluan operasi semasa,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mengiringi para delegasi lawatan.

Turut serta pada lawatan itu ialah Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara dari Pejabat Belanjawan Negara (NBO), Encik Shahri bin Ahmad Shaharuddin, Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Encik Wan Saifulikmal bin Wan Abdul Rahman serta Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan Maritim Malaysia, Dato’ Barkhiya bin Shahiruddin.

Terdahulu, delegasi telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Limbungan Kinabalu North Shipyard & Maritime Sdn Bhd (KNSM) semalam, bagi memfokuskan perancangan jangka panjang keperluan fasiliti.

Perbincangan tersebut meliputi aspek penyelenggaraan aset dan cadangan penambahbaikan kemudahan sokongan bagi memastikan keupayaan operasi Maritim Malaysia sentiasa berada pada tahap terbaik.

Lawatan rasmi berkenaan diteruskan pada pagi tadi dengan Mesyuarat Rundingan Harga Kuarters bagi membincangkan pengurusan kemudahan kediaman serta implikasi kewangan yang berkait rapat dengan kebajikan dan kesejahteraan warga Maritim Malaysia di Sabah.

Secara keseluruhan, lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan pengurusan tertinggi Maritim Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus, pengurusan aset dan fasiliti, sekali gus menyokong kelangsungan tugas penguatkuasaan serta keselamatan maritim di perairan Sabah.

TKPP SABAH
 
TKPP SABAH3
 
TKPP SABAH2
 
TKPP SABAH5

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC