09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

LUMUT, 6 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak berjaya menahan dua vesel nelayan tempatan (VNT) di dua lokasi berasingan kerana melakukan pelbagai kesalahan di sekitar perairan Pulau Pangkor, Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, kejayaan ini hasil rondaan yang dijalankan oleh aset Maritim Malaysia yang giat mengawal kawasan tersebut.

Jelas beliau, bagi kes tangkapan pertama, sebuah VNT kelas C2 didapati melakukan aktiviti perikanan kurang 15 batu nautika dari daratan dan tidak menghidupkan alat pengesan vesel bagi kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985.

Berikutan itu, 25 kru termasuk seorang kru dan tekong warga Malaysia berusia 22 hingga 56 tahun telah ditahan. 23 kru warga Kemboja telah ditahan kerana gagal mengemukakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan tinggal lebih masa di Malaysia bagi kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu dalam kes berasingan, sebuah VNT kelas C bersama 16 kru termasuk tekong berusia antara 22 hingga 69 tahun telah ditahan. 14 kru warga Kemboja dan Thailand telah ditahan atas kesalahan yang sama.

“Kesemua kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti perikanan kurang 15 batu nautika dari daratan dan tidak menghidupkan dan memasang alat pengesan vesel.”

“Selain itu, mereka juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah,” jelas Shukri melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Beliau menambah, kru warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut. Bot, hasil tangkapan, serta peralatan perikanan turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan bahawa penguatkuasaan akan terus diperkasakan bagi mengekang aktiviti perikanan haram dan penyalahgunaan lesen yang semakin berleluasa.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang. Komuniti maritim diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan mengelak daripada berdepan tindakan tegas,” katanya.

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC