16
Rab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR REPUBLIK KOREA

PUTRAJAYA, 14 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa apabila Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menerima kunjungan hormat daripada Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Korea to Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Yeo Seung-bae, hari ini.

Pertemuan strategik yang berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia ini membincangkan pelbagai inisiatif penting dalam usaha mempererat hubungan bilateral dua hala, khususnya dalam aspek pengukuhan keselamatan maritim, perkongsian kepakaran teknologi pertahanan, serta peningkatan keupayaan operasi di perairan kedua-dua negara.

Jalinan kerjasama erat bersama Republik Korea ini amat signifikan dalam memastikan keselamatan sempadan maritim terus terpelihara, di samping meneroka peluang latihan bersama dan pemerkasaan aset strategik agensi selaras dengan cabaran keselamatan global yang kian dinamik.

Antara yang hadir mengiringi Ketua Pengarah Maritim Malaysia dalam pertemuan itu ialah Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Pertama Maritim Vincent Rajamony dan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohammad Nasir Man.

Maritim Malaysia komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama antarabangsa demi memastikan kedaulatan, keselamatan, dan kepentingan maritim Malaysia di peringkat serantau dan global sentiasa terjamin.

MALAYSIA - JEPUN PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MENERUSI MOC APMM - JCG

PUTRAJAYA, 13 Ogos — Malaysia dan Jepun komited memperkukuh kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan maritim, khususnya antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Japan Coast Guard (JCG), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya kerjasama itu penting bagi memastikan keselamatan dan sekuriti pelayaran terutamanya di kawasan Selat, selain menjamin perairan sempadan antarabangsa kekal selamat, stabil dan terbuka.

“Malaysia kekal komited untuk memastikan keselamatan pelayaran serta mengiktiraf kepentingan kerjasama berterusan di antara kedua-dua negara bagi memastikan Selat kekal selamat, terjamin dan terbuka untuk pelayaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun (MLIT) TYT Kaneko Yasushi di Pejabat Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Tambah Saifuddin Nasution, kejayaan menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Maritim Malaysia dan JCG pada Jun lalu merupakan pencapaian penting dalam hubungan kerjasama maritim kedua-dua negara.

“Memorandum kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Jepun untuk mengekalkan perairan yang selamat, terbuka dan stabil berasaskan kedaulatan undang-undang, selain memperkukuh keupayaan, kesalingoperasian (interoperability) dan hubungan profesional di antara kedua-dua agensi (APMM dan JCG),” ujarnya lagi.

Beliau berkata pelaksanaan memorandum kerjasama akan diterjemahkan menerusi latihan bersama, bengkel, program pembangunan kapasiti dan perkongsian maklumat bagi meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan pegawai penguatkuasaan maritim.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia menyambut baik cadangan Jepun untuk menghantar kapal peronda terbaharu JCG bagi kerjasama antarabangsa ke Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan pertama pada 2027.

Menurut beliau, cadangan itu amat signifikan memandangkan Malaysia dan Jepun bakal meraikan 70 tahun hubungan diplomatik pada 2027, dengan KDN melalui Maritim Malaysia bersedia menyelaras persiapan bersama JCG dan pihak berkuasa berkaitan.

Kunjungan hormat itu turut disusuli sesi pertukaran MoC antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia dan Komandan JCG yang disaksikan kedua-dua Menteri.

MARITIM MALAYSIA DI SEAMLEI TECHNICAL EXPERTS WORKSHOP 2026

 

DA NANG, 14 Ogos – Delegasi Malaysia yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyertai Southeast Asia Maritime Law Enforcement Initiative (SEAMLEI) Technical Experts Workshop (TEW) 2026 yang berlangsung pada 10 hingga 14 Ogos 2026 di Da Nang, Viet Nam.

SEAMLEI merupakan platform kerjasama serantau yang memberi tumpuan kepada pengukuhan koordinasi, perkongsian maklumat, pembangunan keupayaan serta kerjasama operasi penguatkuasaan undang-undang maritim, khususnya dalam menangani aktiviti perikanan haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal selia (IUU Fishing).

Bengkel kali ini turut melibatkan wakil agensi penguatkuasaan maritim dan perikanan dari Malaysia, Viet Nam, Indonesia, Filipina, Thailand dan Amerika Syarikat.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari Bin Ahmad Omar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, selaku ketua delegasi.

Delegasi Malaysia yang turut serta dalam bengkel tersebut YBrs. Pengarah, Bahagian Pemantauan, Kawalan, Pengawasan, Pemuliharaan serta Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan (DOF) Tuan Hj. Zainudin Bin Abd Wahab, Komander Maritim Mohd Hafiz Bin Abd Mutalib, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Encik Mohamad Nur Hakim Bin Abdullah, Pegawai Perikanan, DOF dan Encik Hafis Shafiq Bin M Azmi, Penolong Pegawai Perikanan, DOF.

Antara pengisian utama bengkel ialah perkongsian amalan terbaik berkaitan penguatkuasaan undang-undang perikanan di laut, counter-IUU Fishing, vessel tracking and ownership, Maritime Domain Awareness (MDA) serta pelaksanaan Tabletop Exercise (TTX) bagi menguji koordinasi antara agensi dan kerjasama dua hala dalam menangani aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang.

Delegasi Malaysia turut terlibat dalam sesi perbincangan bilateral bersama Indonesia, Viet Nam, Filipina dan Thailand, yang menyediakan ruang bagi mengenal pasti peluang kerjasama serta penyelarasan operasi pada masa hadapan.

Objektif utama penyertaan Malaysia adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan koordinasi antara agensi penguatkuasaan maritim dan perikanan serantau, meningkatkan perkongsian maklumat serta membangunkan keupayaan bersama dalam mengesan, menjejak dan mengambil tindakan terhadap aktiviti IUU Fishing.

Hasil utama daripada pengisian bengkel adalah peningkatan kefahaman terhadap kepentingan penggunaan MDA dan analisis maklumat vesel, pengukuhan koordinasi antara agensi serta perkongsian amalan terbaik dalam rantaian penguatkuasaan daripada detection, tracking dan interdiction sehingga investigation dan prosecution

Sebagai langkah susulan, Malaysia berpandangan kerjasama SEAMLEI boleh diperkukuhkan melalui pembangunan rangkaian focal point operasi, mekanisme perkongsian maklumat yang lebih pantas, integrasi data MDA serta pelaksanaan latihan dan Tabletop Exercise secara berkala. Pendekatan ini berupaya meningkatkan kecekapan tindak balas bersama terhadap ancaman IUU Fishing dan jenayah maritim rentas sempadan terutamanya apabila melibatkan kes-kes ektrasdisi.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam memperkukuhkan kerjasama serantau serta memastikan keselamatan, keamanan dan pematuhan undang-undang di domain maritim khususnya perairan Zon Maritim Malaysia.

IPMZ MIRI LOKASI PERTAMA DI SARAWAK REBUT KAD DEBIT KHAS APMM

MIRI, 13 Ogos — Ibu Pejabat Maritim Zon (IPMZ) Miri menjadi lokasi pertama di Sarawak yang menerima kunjungan AFFIN Bank Cawangan Miri bagi penganjuran reruai Pembukaan Akaun dan Permohonan Kad Debit Khas APMM, bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Program berkenaan menyaksikan kunjungan empat wakil AFFIN Bank Cawangan Miri yang diketuai Penolong Pengurus Cawangan Miri, Encik Johnwesley Balan, ke IPMZ Miri, hari ini.

Ketibaan delegasi disambut Pengarah Maritim Zon Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, bersama pegawai-pegawai IPMZ Miri sebelum delegasi diberikan taklimat ringkas berkaitan peranan dan fungsi IPMZ Miri.

Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar berkata, penganjuran program di Bilik Kuliah IPMZ Miri itu bertujuan memudahkan warga APMM, khususnya warga Maritim Zon Miri serta keluarga, mendapatkan perkhidmatan pembukaan akaun AFFIN Bank dan membuat permohonan Kad Debit Khas APMM secara terus di lokasi.

“Program ini bukan sahaja memberikan kemudahan kepada warga Maritim Zon Miri dalam menguruskan urusan perbankan, malah menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara APMM dengan AFFIN Bank,” katanya.

Menurut Encik Johnwesley, IPMZ Miri merupakan lokasi pertama di Sarawak yang mengambil peluang mendapatkan tawaran terhad Kad Debit Khas APMM berkenaan.

Penganjuran inisiatif ini turut membawa makna tersendiri dalam menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, apabila warga APMM bersama rakan strategik daripada sektor perbankan terus memperkukuh hubungan dan kerjasama demi kesejahteraan warga agensi.

Semangat kebersamaan itu selari dengan aspirasi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang menekankan nilai perpaduan, kerjasama serta rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Lebih banyak artikel..

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC