16
Rab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

MARITIM MALAYSIA HADIR SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-219

KUALA LUMPUR, 25 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.

Hadir mewakili Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia ialah Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi negara.

Penganjuran sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan pasukan keselamatan negara dalam memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam, termasuk kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan.

Kehadiran Maritim Malaysia dalam majlis ini menzahirkan sokongan padu terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta memperkukuh sinergi antara agensi dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

HP219
 
HP2193
 
HP2196

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM TENGGOL

LANGKAWI, 11 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) TENGGOL yang berlangsung di ruang legar Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis pagi tadi.

Majlis tersebut menyaksikan Leftenan Komander Maritim Ahmad Shakur bin Jamaludin secara rasmi menyerahkan tugas sebagai Pegawai Memerintah KM TENGGOL kepada pegawai yang baharu iaitu Leftenan Komander Maritim Mohd Faizal bin Abdul Rahman.

Majlis serah terima tugas berkenaan telah disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa bersama pegawai-pegawai kanan serta anggota kapal KM TENGGOL.

Dalam majlis tersebut, penghargaan turut dirakamkan kepada Leftenan Komander Maritim Ahmad Shakur bin Jamaludin atas komitmen, dedikasi serta kepimpinan beliau sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah KM TENGGOL dalam memastikan kesiapsiagaan aset serta keberkesanan operasi penguatkuasaan di perairan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

Romli dalam ucapannya turut menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan baharu di bawah Leftenan Komander Maritim Mohd Faizal bin Abdul Rahman akan terus memperkukuhkan keupayaan operasi KM TENGGOL dalam melaksanakan penugasan menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara, khususnya di perairan Kedah dan Perlis.

Majlis tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan kesinambungan kepimpinan serta kecemerlangan operasi bagi menjamin keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

TENGGOL LGK2
 
TENGGOL LGK4
 
TENGGOL LGK5
 
TENGGOL LGK3

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

MAJLIS KHATAM AL- QURAN MARITIM MALAYSIA, ERATKAN SEMANGAT RAMADAN WARGANYA

PUTRAJAYA, 11 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan peringkat Ibu Pejabat yang berlangsung di Surau Darul Ilmi, Aras 9 dan Auditorium Seri Samudera, Aras 11 hari ini.

Program dimulakan dengan solat sunat Tasbih berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Najmuddin bin Mohamiddin sebelum para pegawai dan anggota berhimpun di Auditorium Seri Samudera bagi meneruskan pengisian majlis.

Selain itu, ceramah khas bertajuk ‘Al-Quran Pedoman Kehidupan Sepanjang Zaman’ turut disampaikan oleh penceramah jemputan, PU Muhammad Rozi Harun yang memberi penekanan kepada peranan Al-Quran sebagai panduan dalam membentuk kehidupan yang seimbang serta berteraskan nilai-nilai Islam.

Sebagai pembuka majlis, Ustaz Murid Fadzli Musa mengetuai bacaan doa sebelum berlangsungnya majlis khatam Al-Quran yang melibatkan kumpulan tadarus dalam kalangan warga Maritim Malaysia sepanjang bulan Ramadan.

Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Rosli bin Bidin turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan, penceramah jemputan mingguan, pembimbing tadarus serta wakil kumpulan tadarus sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka dalam menjayakan program tersebut.

Penganjuran majlis ini merupakan antara pengisian tahunan Maritim Malaysia dalam mengimarahkan bulan Ramadan melalui aktiviti kerohanian yang menghimpunkan warga agensi dalam suasana kebersamaan dan penghayatan nilai-nilai murni.

KHATAM QURAN
 
KHATAM QURAN2
 
KHATAM QURAN3
 
KHATAM QURAN4

PERHIMPUNAN BULANAN KDN ; THINKING AHEAD TO GET AHEAD

PUTRAJAYA, 5 MAC – Pendekatan 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘩𝘦𝘢𝘥 𝘵𝘰 𝘨𝘦𝘵 𝘢𝘩𝘦𝘢𝘥 perlu menjadi budaya kerja setiap pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi memastikan agensi ini terus relevan dan sentiasa melangkah dua tapak ke hadapan dalam mendepani cabaran keselamatan maritim.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, landskap ancaman kini berubah pantas, justeru Maritim Malaysia tidak boleh lagi beroperasi secara reaktif semata-mata, sebaliknya perlu menjangka risiko, meramal pola dan membuat keputusan berasaskan data.

“Kalau kita hanya bertindak selepas sesuatu berlaku, kita sudah ketinggalan. Konsep 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘩𝘦𝘢𝘥 𝘵𝘰 𝘨𝘦𝘵 𝘢𝘩𝘦𝘢𝘥 yang dihasratkan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasuition Ismail menuntut kita merancang lebih awal, melihat dua langkah ke hadapan termasuk dalam aspek operasi, logistik dan pembangunan modal insan,” katanya.

Datuk Haji Mohd Rosli turut menegaskan, penggunaan kecerdasan buatan (AI) antara instrumen penting yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya, khususnya dalam pengurusan aset, analisis keperluan operasi serta penyimpanan dan penyelenggaraan logistik.

“AI boleh membantu kita melihat kekuatan sebenar aset di laut, mengenal pasti jurang keperluan, malah merancang penugasan dengan lebih strategik.

“Soalnya bukan lagi sama ada mahu guna atau tidak, tetapi sejauh mana kita bersedia untuk menguasainya,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman serta Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Terdahulu, majlis berkenaan turut diserikan dengan pengisian Forum Penghayatan Ramadan: Tadabbur Surah Al-Hujurat menampilkan Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil, Panel Strategik Dakwah YADIM, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, bagi menghuraikan mesej Surah Al-Hujurat berkaitan ukhuwah, kepentingan tabayyun dan budaya saling mengenali.

Sesi berkenaan telah dikendalikan Setiausaha Sulit Menteri Dalam Negeri, Ashraf Ahmad Hadi.

PERHIMPUNAN KDN
 
PERHIMPUNAN KDN2
 
PERHIMPUNAN KDN4
 
PERHIMPUNAN KDN6

Lebih banyak artikel..

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC