16
Rab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

LAWATAN KEBAJIKAN 'KUNJUNGAN KASIH' SEMPENA RAMADAN ZIARAH PARA PESARA

KUALA LINGGI, 3 MAC - Satu lawatan kebajikan menerusi program ‘Kunjungan Kasih’ telah diadakan bagi menziarahi dua orang pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Lawatan telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Protokol dan Kerohanian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Kepten Maritim Razali bin Kasim bersama delegasi yang mewakili Datuk Ketua Pengarah Maritim Malaysia. Turut serta ialah Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria.

Rumah pertama yang diziarahi ialah kediaman Pegawai Waran I Maritim (Bersara) Mohd Rafid bin Taib di Seremban. Beliau kini mengalami strok pada bahagian kanan badan serta menghidap penyakit kencing manis. Mohd Rafid merupakan bapa kepada lima orang anak.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke kediaman Leftenan Komander Maritim (Bersara) Mohamad bin Zainal di Ulu Beranang, Lenggeng. Beliau kini sedang berdepan dengan kanser usus yang telah merebak ke bahagian hati dan tidak lagi dapat menjalani rawatan kemoterapi. Beliau juga merupakan bapa kepada sembilan orang anak.

Dalam lawatan tersebut, pihak Maritim Malaysia turut menyampaikan cenderamata serta sumbangan sebagai tanda ingatan selain membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kedua-dua pesara berkenaan.

Lawatan kebajikan ini mencerminkan keprihatinan dan semangat kebersamaan warga Maritim Malaysia terhadap pesara yang pernah berbakti kepada negara, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan kemanusiaan serta kepimpinan yang mengutamakan kebajikan warga dan keseimbangan antara tugas serta nilai kemasyarakatan.

Semoga kedua-dua pesara Maritim ini diberikan kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

ZIARAH LINGGI5
 
ZIARAH LINGGI2
 
ZIARAH LINGGI4
 
ZIARAH LINGGI3

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PETRONAS KE MARITIM NEGERI SABAH & W.P. LABUAN

KOTA KINABALU, 3 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P. Labuan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi PETRONAS yang diketuai oleh Ketua Kumpulan Keselamatan Sabah (Head of Group Security Sabah), Tuan Wynneer Maclean Pugie di Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan baru-baru ini.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik serta mempererat hubungan dua hala antara PETRONAS dan Maritim Malaysia dalam memastikan aspek keselamatan, penguatkuasaan dan kelancaran operasi maritim di perairan Sabah sentiasa berada pada tahap optimum.

Sepanjang sesi perbincangan, pihak PETRONAS telah membentangkan peranan dan fungsi Kumpulan Keselamatan Sabah dalam menyokong operasi huluan syarikat tersebut, termasuk aspek penyelarasan keselamatan bersama agensi penguat kuasa dan pihak berkuasa berkaitan.

Turut disentuh ialah fungsi PETRONAS Sabah & Labuan dalam pengurusan pemegang taruh serta pematuhan kepada keperluan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Selain itu, delegasi turut memberi penerangan mengenai operasi fasiliti gas asli cecair terapung milik PETRONAS Floating LNG termasuk aset strategik luar pesisir seperti PFLNG TIGA.

Perbincangan turut memberi penekanan terhadap kepentingan memastikan keselamatan pelayaran dan kawalan aktiviti maritim di sekitar fasiliti berkenaan agar sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman atau risiko keselamatan.

Dalam pada itu, pihak PETRONAS juga memaklumkan mengenai peranan PCSB SBA UPL dalam menyokong operasi logistik luar pesisir serta perkembangan semasa dan perancangan aktiviti masa hadapan di perairan Sabah, termasuk pelaksanaan kempen seismik yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik demi memastikan perairan Sabah kekal selamat, terjamin dan kondusif bagi pelaksanaan aktiviti ekonomi luar pesisir.

Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan serta bekerjasama rapat dengan semua pemegang taruh industri maritim demi kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

PETRONAS SABAH2
 
PETRONAS SABAH3

MARITIM PAHANG AGIH 300 BEKAS BUBUR LAMBUK KEPADA ORANG RAMAI

KUANTAN, 27 FEBRUARI – Sebanyak 300 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai menerusi Program Ihya’ Ramadan Memasak dan Agihan Bubur Lambuk anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Padang Majlis Bandaraya Kuantan, di sini pada Rabu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, program berkenaan merupakan inisiatif tahunan agensi itu dalam menyemarakkan Ramadan melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan.

Jelas beliau, aktiviti gotong-royong memasak membabitkan warga kerja Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang bermula seawal pukul 8.30 pagi, manakala persiapan bahan mentah dilaksanakan sehari lebih awal bagi memastikan kelancaran program.

“Selepas selesai proses memasak, bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai pada sebelah petang sebagai juadah berbuka puasa.

“Program ini bukan sahaja mengimarahkan Ramadan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi dan komuniti setempat,” tambah beliau.

Laksamana Pertama Maritim Mazlan turut berkata, pihaknya komited meneruskan penganjuran program seumpama itu pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat agensi dalam mendekati masyarakat.

Katanya lagi, pendekatan ‘turun padang’ melalui aktiviti kebajikan berupaya memperkukuh hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan rakan agensi di samping meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap peranan penguatkuasaan maritim negara.

 

LAMBUK PHG5
 
LAMBUK PHG2
 
LAMBUK PHG4
 
LAMBUK PHG

KUNJUNGAN HORMAT KETUA CAWANGAN KHAS IPK PERAK KE ATAS PENGARAH MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 1 MAC – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak pada Jumaat lalu.

Delegasi PDRM diketuai oleh Ketua Cawangan Khas IPK Perak, SAC Ahmad Asmadi bin Abd Hashim, bersama Insp Izahaq bin Rozi dan Kpl/D Muhamad Zamri bin Mohamed Wazir. Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shukri bin Khotob dan diiringi oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik serta Pegawai Operasi, Leftenan Maritim Mohd Syafie bin Mohd Ali Masa.

Pertemuan tersebut menjadi platform memperkukuh hubungan strategik serta mempererat jalinan kerjasama keselamatan antara kedua-dua agensi penguatkuasaan selain membincangkan isu-isu keselamatan semasa, memperkasa perkongsian maklumat risikan serta mempertingkatkan penyelarasan operasi antara PDRM dan APMM.

Perbincangan turut memfokuskan kepada usaha menangani ancaman keselamatan, jenayah rentas sempadan serta sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di perairan Negeri Perak.

Kedua-dua pihak menzahirkan komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama bersepadu demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara, selaras dengan mandat serta tanggungjawab yang digalas oleh setiap agensi.

Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai simbol penghargaan dan kenang-kenangan, sekali gus mencerminkan semangat solidariti dan hubungan erat antara kedua-dua agensi.

CAWANGAN KHAS2
 
CAWANGAN KHAS3
 
CAWANGAN KHAS4

PROGRAM INFAQ RAMADAN AGIHAN BUAH TAMAR SEMARAKKAN UKHWAH WARGA MARITIM SARAWAK

KUCHING, 27 FEBRUARI – Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah melaksanakan Program Infaq Ramadan Agihan Buah Tamar bersempena bulan Ramadan bagi tahun 2026 dalam usaha menyemarakkan keberkatan bulan mulia serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Program tersebut diadakan hasil sumbangan buah tamar daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah disalurkan melalui Masjid Darul Naim untuk diagihkan kepada warga Maritim Malaysia yang beragama Islam.

Majlis pengagihan telah berlangsung pada 27 Februari 2026 (Jumaat), sejurus selesai Solat Jumaat bertempat di Masjid Darul Naim. Setiap Seksyen, Unit, Kapal dan Bot telah menghantar wakil yang bermandat bagi mengambil bekalan kurma untuk diagihkan kepada pegawai dan anggota di bahagian masing-masing.

Sebanyak 247 pek buah tamar telah diperuntukkan dan diagihkan kepada pegawai serta anggota beragama Islam melibatkan Pejabat PMN, Seksyen Operasi, Seksyen Pengurusan, Seksyen Siasatan & Dakwaan, Seksyen Logistik, Seksyen Keselamatan, Unit Risik, Unit Selam serta aset-aset laut termasuk KM TUN FATIMAH, KM MARLIN, KM BIJAK, KM CEKAL, KM SRI AMAN, KM KOTA KINABALU, PENYELAMAT 8, PENGAWAL 6, PENGAWAL 42, PENGGALANG 22, KILAT 22 dan KILAT 35.

Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan semangat 'Ramadan Kareem' dalam kalangan warga Maritim Negeri Sarawak, malah turut memperkukuhkan nilai kebajikan, keprihatinan dan ukhuwah sesama anggota selaras dengan budaya kerja berteraskan integriti serta kesejahteraan organisasi.

Maritim Malaysia akan terus menyokong program berbentuk kebajikan dan kerohanian sebagai usaha memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh jati diri warga agensi dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

INFAQ TAMAR2
 
INFAQ TAMAR3
 
INFAQ TAMAR4
 
INFAQ TAMAR5

Lebih banyak artikel..

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC