MIRI, 2 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menzahirkan keprihatinan melalui lawatan kebajikan dan penghormatan terakhir kepada Timbalan Pengarah (Logistik), Leftenan Maritim Patrick Anak Entil, atas pemergian bonda beliau pada 31 Mac lalu.
Lawatan tersebut diketuai Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus Saniman bersama pegawai dan anggota, sebagai tanda solidariti serta sokongan moral kepada keluarga waris.
Dalam kunjungan itu, sumbangan ikhlas turut disampaikan bagi membantu meringankan beban dan memudahcara urusan kebajikan waris.
Jenazah mendiang telah selamat dikebumikan di RC Cemetery Lambir pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata kehadiran delegasi berkenaan bertujuan menzahirkan empati dan semangat kekeluargaan dalam organisasi.
“Kehadiran ini sebagai tanda solidariti dan sokongan moral agar beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan. Program seumpama ini mencerminkan nilai empati serta semangat kekeluargaan yang menjadi teras Maritim Malaysia,” katanya.
Beliau menambah, inisiatif tersebut turut memperlihatkan komitmen Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan yang bukan sahaja menuntut dedikasi tinggi dalam tugas, malah prihatin terhadap kesejahteraan warganya.
Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh mendiang dicucuri rahmat serta keluarga diberikan kekuatan.
















.svg.png)

