KUALA LUMPUR, 25 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.
Hadir mewakili Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia ialah Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi negara.
Penganjuran sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan pasukan keselamatan negara dalam memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam, termasuk kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan.
Kehadiran Maritim Malaysia dalam majlis ini menzahirkan sokongan padu terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta memperkukuh sinergi antara agensi dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
















.svg.png)

