16
Rab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

MAJLIS PENYERAHAN BINGKISAN RAYA APMM 2026, HARGAI PENGORBANAN ANGGOTA BERTUGAS DI AIDILFITRI

PUTRAJAYA, 5 MAC – Sebagai tanda penghargaan kepada anggota yang akan terus bertugas sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bingkisan Raya APMM bertempat di Auditorium Seri Samudera, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis tersebut bertujuan menghargai pengorbanan dan komitmen seluruh pegawai serta anggota Maritim Malaysia yang tetap melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara walaupun pada waktu perayaan.

Dalam ucapannya, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil APMM, YBhg. Datin Noriyanti binti Mohd Noor, menyatakan bahawa kuih raya yang diserahkan merupakan simbolik penghargaan dan ucapan terima kasih kepada anggota yang bertugas. Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membawa keceriaan serta menyemarakkan semangat Aidilfitri dalam kalangan anggota, meskipun tidak dapat menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim; serta Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Turut hadir ialah Pengarah-pengarah Maritim Negeri, Bahagian, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) serta Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), sekali gus mencerminkan komitmen menyeluruh kepimpinan tertinggi agensi dalam memelihara kebajikan warga kerja.

Majlis penyerahan bingkisan raya ini mencerminkan nilai keprihatinan, kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang menjadi teras organisasi, di samping mengiktiraf dedikasi warga kerja yang sentiasa bersedia berkhidmat demi negara dan komuniti maritim.

Maritim Malaysia akan terus komited memperkukuh kesiapsiagaan operasi sepanjang musim perayaan bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

BINGKISAN RAYA4
 
BINGKISAN RAYA5
 
BINGKISAN RAYA8
 
BINGKISAN RAYA9

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC