16
Rab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

PERHIMPUNAN BULANAN KDN ; THINKING AHEAD TO GET AHEAD

PUTRAJAYA, 5 MAC – Pendekatan 𝘡𝘩π˜ͺ𝘯𝘬π˜ͺ𝘯𝘨 𝘒𝘩𝘦𝘒π˜₯ 𝘡𝘰 𝘨𝘦𝘡 𝘒𝘩𝘦𝘒π˜₯ perlu menjadi budaya kerja setiap pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi memastikan agensi ini terus relevan dan sentiasa melangkah dua tapak ke hadapan dalam mendepani cabaran keselamatan maritim.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, landskap ancaman kini berubah pantas, justeru Maritim Malaysia tidak boleh lagi beroperasi secara reaktif semata-mata, sebaliknya perlu menjangka risiko, meramal pola dan membuat keputusan berasaskan data.

β€œKalau kita hanya bertindak selepas sesuatu berlaku, kita sudah ketinggalan. Konsep 𝘡𝘩π˜ͺ𝘯𝘬π˜ͺ𝘯𝘨 𝘒𝘩𝘦𝘒π˜₯ 𝘡𝘰 𝘨𝘦𝘡 𝘒𝘩𝘦𝘒π˜₯ yang dihasratkan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasuition Ismail menuntut kita merancang lebih awal, melihat dua langkah ke hadapan termasuk dalam aspek operasi, logistik dan pembangunan modal insan,” katanya.

Datuk Haji Mohd Rosli turut menegaskan, penggunaan kecerdasan buatan (AI) antara instrumen penting yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya, khususnya dalam pengurusan aset, analisis keperluan operasi serta penyimpanan dan penyelenggaraan logistik.

β€œAI boleh membantu kita melihat kekuatan sebenar aset di laut, mengenal pasti jurang keperluan, malah merancang penugasan dengan lebih strategik.

β€œSoalnya bukan lagi sama ada mahu guna atau tidak, tetapi sejauh mana kita bersedia untuk menguasainya,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman serta Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Terdahulu, majlis berkenaan turut diserikan dengan pengisian Forum Penghayatan Ramadan: Tadabbur Surah Al-Hujurat menampilkan Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil, Panel Strategik Dakwah YADIM, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, bagi menghuraikan mesej Surah Al-Hujurat berkaitan ukhuwah, kepentingan tabayyun dan budaya saling mengenali.

Sesi berkenaan telah dikendalikan Setiausaha Sulit Menteri Dalam Negeri, Ashraf Ahmad Hadi.

PERHIMPUNAN KDN
 
PERHIMPUNAN KDN2
 
PERHIMPUNAN KDN4
 
PERHIMPUNAN KDN6

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September β€” Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC