KOTA KINABALU, 18 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan buat julung kalinya menyertai program konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Sabah pada Jumaat lalu.
Acara tahunan itu adalah anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah (JAPEN) sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang merupakan inisiatif bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di samping mengajak masyarakat bersama-sama untuk mengibarkan Jalur Gemilang, seiring Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1J).
Konvoi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Maritim Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli diiringi Leftenan Komander Maritim Muhamad Soleh bin Halim, Pengerusi KESMAR Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Leftenan Maritim Ahmad Syafiq bin Abdul Hamid serta pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang turut sama-sama menyediakan kit 'School Box Maritim' untuk 93 murid-murid Sekolah Kebangsaan Pangi.
Penyertaan ptogram ini secara tidak langsung dapat mendekati para murid di pedalaman untuk mengenali kerjaya sebagai penguat kuasa Maritim Malaysia dengan lebih dekat selain mengetahui fungsi dan peranan APMM dalam menjaga kedaulatan perairan negara.
Perjalanan sejauh lebih 300 kilometer itu menyelusuri beberapa buah daerah di Sabah termasuk Keningau, Kalabakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kinabatangan sebelum tiba di check point perairan di Sandakan untuk sama-sama menyantuni masyarakat.
Diharapkan dengan penyertaan Maritim Malaysia dalam konvoi kali ini, masyarakat akan lebih cakna dengan tugas Maritim Malaysia di negara ini.





















.svg.png)

