BANGI, 30 OGOS – Sebagai tanda keprihatinan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Maritim Malaysia, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah melakukan lawatan kebajikan mewakili Agensi ke atas Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria di kediaman beliau hari ini.
Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria telah mengalami pendarahan otak kiri serta mengakibatkan serangan angin ahmar pada 2 Julai 2024 dan kini masih menerima rawatan secara berkala di hospital.
Dalam lawatan itu, Datuk Saiful Lizan telah diiringi Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Rosli bin Abdullah dan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia (MIND), Kepten Maritim Amri bin A. Raof.
Diharapkan dengan doa dan ikhtiar, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam akan kembali bertugas dengan lebih bersemangat dan diberi kesihatan seperti sedia kala.




















.svg.png)

