ALOR GAJAH, 27 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengadakan Initial Planning Conference (IPC) Eksesias SAMUDERA PERKASA BARAT siri ke-7/ 2024 di A Famosa Resort Hotel, Alor Gajah yang bermula semalam sehingga 31 Mei 2024.
Tujuan eksesais ini adalah bagi memastikan operasi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan lebih teratur menerusi koordinasi yang lebih baik sebagai pemangkin kepada kemajuan hubungan dua hala antara kedua-dua perkhidmatan, menuju pelaksanaan kerangka ‘Six Years Exercise Road Map’ bagi penglibatan Maritim Malaysia dalam Eksesais KERISMAS anjuran TLDM.
Maritim Malaysia diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Latihan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor selaku Timbalan Pengarah Eksesais.
Manakala TLDM diwakili oleh Asisten Ketua Staff, Bahagian Perancangan dan Kontigensi, Markas Armada Barat, Kepten Ahmad Nazri bin Bahari TLDM selaku Pengarah Eksesais Samudera Perkasa Barat 7/24.
Mesyuarat itu juga disertai oleh para pegawai Maritim Malaysia dan TLDM selaku tim perancang dan pengendali eksesias.
Konsep eksesais kali ini adalah secara Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) yang menggabungkan kerjasama Maritim Malaysia dan TLDM melibatkan aset laut dan udara serta Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Tindakan Khas (STAR TEAM).
Eksesais pada kali ini dikendalikan oleh TLDM mengikut penggiliran setiap tahun dan akan dilaksanakan pada bulan September nanti.
Untuk rekod, Eksesais SAMUDERA PERKASA merupakan latihan tahunan bersama di antara Maritim Malaysia dan TLDM secara bergilir yang dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu Table Top Exercise (TTX), Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dan Field Training Exercise (FTX).
Secara tidak langsung dapat meningkatkan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam melaksanakan latihan bersama, di samping memberi manfaat kepada para pegawai kedua-dua perkhidmatan tentang prosedur dan pengendalian aset masing-masing dalam pelbagai keadaan.
![]() |
![]() |
![]() |































.svg.png)

