13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

ANGGOTA DAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM MALAYSIA TERIMA APC KDN PERINGKAT NEGERI SARAWAK

KUCHING, 17 JULAI – Seramai 35 warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Sarawak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu majlis sederhana tetapi meriah malam tadi.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah diadakan di Pusat Konvensyen Raia Hotel Sarawak yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalan Negeri, Yang Berbahagia Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Yang Berbahagia Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain.

Hadir sama pada majlis itu, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, serta Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh, Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang serta Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Encik Yusuf Mok bin Mohamad Generawi.

Keseluruhan penerima ialah 375 orang yang melibatkan semua agensi dan jabatan di bawah KDN negeri Sarawak.

Daripada jumlah itu, seramai 35 orang merupakan penerima daripada Maritim Malaysia dengan lima orang daripadanya ialah pegawai kumpulan pengurusan dan profesional termasuk Timbalan Pengarah (Operasi) Negeri Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan 30 lagi dari kumpulan pelaksana.

Majlis Anugerah Cemerlang (APC) ini diadakan bagi mengiktiraf sumbangan kakitangan atas prestasi cemerlang warga KDN secara tidak langsung sebagai contoh atau ‘role model’ untuk kalangan warga yang lain untuk sama-sama meningkatkan pencapaian perkhidmatan dalam organisasi.

Maritim Malaysia berharap dengan adanya pengiktirafan seumpama ini, ia dapat menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada semua warga Maritim Malaysia untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang berdedikasi dan berintegriti.

 

WhatsApp Image 2024 08 17 at 10.17.59 AM
 
WhatsApp Image 2024 08 17 at 10.07.42 AM
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC