PUTRAJAYA, 16 SEPTEMBER – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M telah diadakan pagi tadi bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di samping Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim serta isteri dan barışan menteri-menteri kabinet yang lain.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Dato' Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar dan ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan yang lain.
Kontijen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut sama menyertai majlis ini dengan kehadiran seramai 25 pegawai dan anggota termasuk Pengarah Bahagian Pembangunan, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini telah mengangkat tema 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani' sebagai justifikasi mengajak semua rakyat Malaysia untuk saling hormat-menghormati serta mengukuhkan perpaduan seiring dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada hari ini.





















.svg.png)

