KUCHING, 13 SEPTEMBER – Maritim Negeri Sarawak telah dijemput untuk menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak, Kuching pada 11 September (Rabu).
Pertemuan julung kalinya ini memberi peluang kepada Maritim Negeri Sarawak menyembah maklum akan fungsi dan peranan serta tanggungjawab Maritim Malaysia terutamanya berkaitan penguatkuasaan dan operasi CARILAMAT (SAR) yang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan perairan negara.
Majlis tersebut melibatkan kehadiran 26 Ketua-ketua Jabatan atau Pengarah dari agensi Kerajaan Persekutuan dalam Sektor Keselamatan di Negeri Sarawak.
Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak telah diwakili oleh Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh dengan diiringi Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, Pengarah-pengarah Zon Maritim Negeri, Pegawai Memerintah Kapal KM TUN FATIMAH, Kepten Maritim Iszuadi Bin Mohamad Hassan.
Turut hadir ialah Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Sarawak, Puan Haffiza binti Jemali, Timbalan Pengarah Siasatan Maritim Negeri, Leftenan Komander Maritim Ahmad Faiz bin Mohd Basri, Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri, Leftenan Maritim Bracewell Anak Brown serta Penolong Pengarah Kanan Sumber Manusia Maritim Negeri, Cik Tan Kim Sze.

















.svg.png)

