PUTRAJAYA, 18 SEPTEMBER – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah mengadakan pertemuan rasmi dan sesi lapor diri ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman, di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Ini merupakan pertemuan pertama beliau sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia baharu selepas dilantik pada 17 September 2024.
Pada pertemuan singkat itu, beliau bertekad akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah dalam memelihara keselamatan perairan negara serta memastikan aktiviti-aktiviti jenayah dibanteras dengan berkesan.
Beliau turut berharap KDN akan terus memberikan sokongan penuh kepada Maritim Malaysia khususnya dalam meningkatkan keupayaan operasi Maritim Malaysia dalam melindungi Zon Maritim Malaysia daripada ancaman luar.
Sebelum mengakhiri pertemuan, Datuk Awang Alik telah menyerahkan surat pelantikan secara rasmi kepada Datuk Haji Mohd Rosli selaku Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang ketujuh.
Sebagai tanda penghargaan, Datuk Haji Mohd Rosli menyerahkan cenderamata bagi menzahirkan tanda terima kasih kepada Datuk Awang Alik dalam pertemuan rasmi itu.



















.svg.png)

