14
Sab, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MARITIM NEGERI PERAK | PENGAWASAN KESELAMATAN DAN SIMULASI LATIHAN AMAL BENCANA

LUMUT, 1 JULAI – Maritim Negeri Perak telah melakukan pengawasan keselamatan sempena program melabuhkan tukun tiruan dasar lembut di perairan Lumut yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Perak pada sekitar jam 8.00 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak untuk melaksanakan tugas itu.

Projek penanaman tukun tiruan sangat penting dalam usaha memulihara dan memelihara ekosistem perikanan di perairan Lumut secara tidak langsung memberi perlindungan kepada sumber perikanan seterusnya memastikan kelangsungan sosio ekonomi golongan nelayan tempatan sentiasa terjaga.

Dalam program itu, sebanyak 12 tukun tiruan telah diturunkan yang bertujuan bukan sahaja dapat melestarikan ekosistem marin malah mampu menghalang pencerobohan nelayan yang menggunakan pukat tunda.

Dalam perkembangan lain, Maritim Negeri Perak juga telah menyertai Simulasi Latih Amal Bencana Zon Tengah anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perak bertempat di Menara Penyelamat Pantai Teluk Batik pada hari yang sama.

Simulasi itu merupakan sebahagian daripada Latihan 'First Responder' yang bertujuan bagi menguji kecekapan dan kesiap siagaan aset dan anggota kedua-dua perkhidmatan dalam menghadapi bencana.

Maritim Malaysia diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Mahathir bin Ismail bersama sembilan pegawai dan anggota serta unit selam yang dilantik sebagai pasukan penilai dan pemantau serta membantu pihak APM dalam merancang dan mengendalikan proses simulasi.

Latihan dimulakan dengan Taklimat Keselamatan oleh Leftenan Maritim Raja Muzaffar bin Raja Isa kepada para peserta yang terlibat.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri, lokasi latihan dibuat di Teluk Segadas, Pulau Pangkor dengan menjadikan seramai 12 mangsa terlibat dalam bencana dan dua mangsa didapati telah hilang sebagai senario dalam simulasi ini.

Latihan yang berlangsung hampir empat jam itu tamat setelah kesemua ‘mangsa’ berjaya ditemukan.

Diharapkan program secara kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mengukuhkan koordinasi di antara Maritim Malaysia dengan agensi sahabat sebagai platform perkongsian ilmu serta bertukar-tukar kemahiran demi manfaat bersama.

 

WhatsApp Image 2024 07 01 at 6.00.12 PM
 
WhatsApp Image 2024 07 01 at 6.00.14 PM 1
 
WhatsApp Image 2024 07 01 at 6.00.18 PM
 
WhatsApp Image 2024 07 01 at 6.00.17 PM

MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KEDUTAAN BELANDA

PUTRAJAYA, 1 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerima kunjungan hormat delegasi daripada Kedutaan Belanda di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim menyambut kunjungan delegasi itu yang diwakili Atase Pertahanan dari Kedutaan Belanda, Colonel Norbert Moerkens.

Menerusi kunjungan tersebut, perbincangan dua hala telah diadakan bagi mengukuhkan kerjasama maritim di antara Malaysia - Belanda dalam bidang keselamatan maritim selain mengukuhkan hubungan bilateral.

Turut serta dalam sesi pertemuan tersebut ialah, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar dan Ketua Cawangan C4ISR, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali.

 

CC BELANDA
 
CC BELANDA 3
 
CC BELANDA 4
 
CC BELANDA 2

MARITIM MALAYSIA SERTAI SIMPOSIUM SAINS PENAGIHAN DADAH KEBANGSAAN 2024

KUALA LUMPUR, 26 JUN – Seramai 20 Pegawai dan anggota Maritim Malaysia menyertai Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2024 dan Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di ibu negara hari ini.

Program itu telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saifulizan bin Ibrahim serta ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain.

Bertemakan 'Perkasa Sinergi, Perkukuh Solidariti', program itu juga menjadi platform bagi mendiskusikan kaedah pencegahan, rawatan dan pemulihan serta bidang penguatkuasaan undang – undang yang melibatkan ahli akademik, penjawat awam dan swasta termasuk para pelajar Universiti Awam dan Swasta.

Di samping itu, turut disediakan ruang pameran yang melibatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan penguatkuasaan undang-undang, pemulihan dan pencegahan serta pihak akademia antaranya Maritim Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sapura Komunikasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penguatkuasaan Farmasi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), PEMADAM dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

 

SIMPOSIUM DADAH 7   SIMPOSIUM DADAH 5   SIMPOSIUM DADAH 6   SIMPOSIUM DADAH 3

MARITIM MALAYSIA PROMOSI KERJAYA SEMPENA KARNIVAL PELAUT & RUMAH API 2024

PULAU PINANG, 30 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengambil bahagian dalam Karnival Pelaut & Rumah Api 2024 dengan mempromosikan bidang kerjaya di Agensi ini melalui penyertaan pameran yang berlangsung di Straits Quay, Pulau Pinang bermula 29 Jun dan berakhir hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali bin Kasim berkata, program ini merupakan platform terbaik bagi menarik minat orang awam khususnya golongan belia untuk menyertai Maritim Malaysia.

“Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan penyertaan mereka yang berkelayakan dan berminat untuk menyumbang bakti menjaga keselamatan maritim negara.

Peluang kerjaya di Maritim Malaysia adalah sangat luas dan menjanjikan pengalaman yang hebat" kata Razali.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Karnival Pelaut & Rumah Api 2024 yang telah di sempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Antony Loke di sini hari ini.

Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia, Kapten Mohamed Halim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Dr Nor Fuad Abdul Hamid serta ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta Pulau Pinang.

Selain pameran kerjaya, Maritim Malaysia turut mempamerkan maklumat berkaitan peranan dan tanggungjawab Agensi dalam menjaga keselamatan di Zon Maritim Malaysia.

Di samping itu para pengunjung karnival turut berpeluang melihat dengan lebih dekat model replika aset Maritim Malaysia selain sebuah aset sebenar iaitu BOT PERKASA 1220 milik Maritim Negeri Pulau Pinang telah dibawa untuk tatapan para pengunjung.

Untuk rekod, sepanjang dua hari karnival berlangsung, reruai pameran Maritim Malaysia telah mencatatkan kehadiran hampir seribu pengunjung yang kebanyakkannya merupakan golongan muda dari sekitar Pulau Pinang.

Razali turut berharap penyertaan Maritim Malaysia dalam program seperti ini dapat mendekatkan masyarakat dengan Agensi sekaligus dapat memperkenalkan fungsi dan peranannya dengan lebih meluas.

 

PENANG SEAFERER
 
PENANG SEAFERER 2
 
PENANG SEAFERER 3

MARITIM MALAYSIA MENGADAKAN PAMERAN DAN PENERANGAN SEMPENA HKKM DI PROGRAM MEMANCING RAJA TENGGIRI EDISI KETIGA

KUCHING, 24 JUN – Bagi memupuk kesedaran keselamatan maritim dalam kalangan masyarakat di samping memberi pendedahan terhadap fungsi dan peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan pameran dan penerangan keselamatan dalam Program Memancing Raja Tenggiri edisi ke-3 bertempat di perkarangan Pejabat Perikanan Wilayah 1, dekat sini pada Jumaat sehingga Sabtu lalu.

Program yang disertai seramai 35 pegawai dan anggota Maritim Negeri Sarawak itu telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Turut diatur gerak ialah BOT KILAT 35 yang ditugaskan untuk memantau keselamatan para pemancing seramai 120 peserta bersama bot masing-masing (21 buah) di lokasi pertandingan di sepanjang Perairan Santubong dan Satang.

Satu kelainan yang dibuat pada tahun ini, program yang memasuki edisi ketiga itu turut melibatkan secara langsung oleh Maritim Negeri Sarawak dengan mengadakan reruai pameran dan juga sesi penerangan khas mengenai kesedaran keselamatan maritim yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Unit CARILAMAT dan Bantuan Bencana (CLBB), Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi binti Ali kepada para hadirin.

Perasmian perlepasan para peserta pemancing telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis, YB Tuan Ir. Haji Yusuf Abd Wahab.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri pula menyempurnakan majlis penanguhan program.

 

RAJA TENGGIRI
 
RAJA TENGGIRI 6
 
RAJA TENGGIRI 5
 
RAJA TENGGIRI 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC