21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

MALAYSIA - JEPUN PERKUKUH KERJASAMA KESELAMATAN MARITIM MENERUSI MOC APMM - JCG

PUTRAJAYA, 13 Ogos — Malaysia dan Jepun komited memperkukuh kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan maritim, khususnya antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Japan Coast Guard (JCG), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya kerjasama itu penting bagi memastikan keselamatan dan sekuriti pelayaran terutamanya di kawasan Selat, selain menjamin perairan sempadan antarabangsa kekal selamat, stabil dan terbuka.

“Malaysia kekal komited untuk memastikan keselamatan pelayaran serta mengiktiraf kepentingan kerjasama berterusan di antara kedua-dua negara bagi memastikan Selat kekal selamat, terjamin dan terbuka untuk pelayaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun (MLIT) TYT Kaneko Yasushi di Pejabat Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Tambah Saifuddin Nasution, kejayaan menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Maritim Malaysia dan JCG pada Jun lalu merupakan pencapaian penting dalam hubungan kerjasama maritim kedua-dua negara.

“Memorandum kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Jepun untuk mengekalkan perairan yang selamat, terbuka dan stabil berasaskan kedaulatan undang-undang, selain memperkukuh keupayaan, kesalingoperasian (interoperability) dan hubungan profesional di antara kedua-dua agensi (APMM dan JCG),” ujarnya lagi.

Beliau berkata pelaksanaan memorandum kerjasama akan diterjemahkan menerusi latihan bersama, bengkel, program pembangunan kapasiti dan perkongsian maklumat bagi meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan pegawai penguatkuasaan maritim.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia menyambut baik cadangan Jepun untuk menghantar kapal peronda terbaharu JCG bagi kerjasama antarabangsa ke Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan pertama pada 2027.

Menurut beliau, cadangan itu amat signifikan memandangkan Malaysia dan Jepun bakal meraikan 70 tahun hubungan diplomatik pada 2027, dengan KDN melalui Maritim Malaysia bersedia menyelaras persiapan bersama JCG dan pihak berkuasa berkaitan.

Kunjungan hormat itu turut disusuli sesi pertukaran MoC antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia dan Komandan JCG yang disaksikan kedua-dua Menteri.

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC