21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

MARITIM MALAYSIA DI SEAMLEI TECHNICAL EXPERTS WORKSHOP 2026

 

DA NANG, 14 Ogos – Delegasi Malaysia yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyertai Southeast Asia Maritime Law Enforcement Initiative (SEAMLEI) Technical Experts Workshop (TEW) 2026 yang berlangsung pada 10 hingga 14 Ogos 2026 di Da Nang, Viet Nam.

SEAMLEI merupakan platform kerjasama serantau yang memberi tumpuan kepada pengukuhan koordinasi, perkongsian maklumat, pembangunan keupayaan serta kerjasama operasi penguatkuasaan undang-undang maritim, khususnya dalam menangani aktiviti perikanan haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal selia (IUU Fishing).

Bengkel kali ini turut melibatkan wakil agensi penguatkuasaan maritim dan perikanan dari Malaysia, Viet Nam, Indonesia, Filipina, Thailand dan Amerika Syarikat.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari Bin Ahmad Omar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, selaku ketua delegasi.

Delegasi Malaysia yang turut serta dalam bengkel tersebut YBrs. Pengarah, Bahagian Pemantauan, Kawalan, Pengawasan, Pemuliharaan serta Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan (DOF) Tuan Hj. Zainudin Bin Abd Wahab, Komander Maritim Mohd Hafiz Bin Abd Mutalib, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Encik Mohamad Nur Hakim Bin Abdullah, Pegawai Perikanan, DOF dan Encik Hafis Shafiq Bin M Azmi, Penolong Pegawai Perikanan, DOF.

Antara pengisian utama bengkel ialah perkongsian amalan terbaik berkaitan penguatkuasaan undang-undang perikanan di laut, counter-IUU Fishing, vessel tracking and ownership, Maritime Domain Awareness (MDA) serta pelaksanaan Tabletop Exercise (TTX) bagi menguji koordinasi antara agensi dan kerjasama dua hala dalam menangani aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang.

Delegasi Malaysia turut terlibat dalam sesi perbincangan bilateral bersama Indonesia, Viet Nam, Filipina dan Thailand, yang menyediakan ruang bagi mengenal pasti peluang kerjasama serta penyelarasan operasi pada masa hadapan.

Objektif utama penyertaan Malaysia adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan koordinasi antara agensi penguatkuasaan maritim dan perikanan serantau, meningkatkan perkongsian maklumat serta membangunkan keupayaan bersama dalam mengesan, menjejak dan mengambil tindakan terhadap aktiviti IUU Fishing.

Hasil utama daripada pengisian bengkel adalah peningkatan kefahaman terhadap kepentingan penggunaan MDA dan analisis maklumat vesel, pengukuhan koordinasi antara agensi serta perkongsian amalan terbaik dalam rantaian penguatkuasaan daripada detection, tracking dan interdiction sehingga investigation dan prosecution

Sebagai langkah susulan, Malaysia berpandangan kerjasama SEAMLEI boleh diperkukuhkan melalui pembangunan rangkaian focal point operasi, mekanisme perkongsian maklumat yang lebih pantas, integrasi data MDA serta pelaksanaan latihan dan Tabletop Exercise secara berkala. Pendekatan ini berupaya meningkatkan kecekapan tindak balas bersama terhadap ancaman IUU Fishing dan jenayah maritim rentas sempadan terutamanya apabila melibatkan kes-kes ektrasdisi.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam memperkukuhkan kerjasama serantau serta memastikan keselamatan, keamanan dan pematuhan undang-undang di domain maritim khususnya perairan Zon Maritim Malaysia.

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC