KOTA KINABALU, 7 Oktober – Sebanyak 88 buah kontinjen terdiri daripada pelbagai kategori mengambil bahagian dalam upacara Istiadat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka di sini pagi tadi.
Antara kontinjen yang terlibat adalah terdiri daripada kontinjen kategori jabatan kerajaan berpakaian rasmi; kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian rasmi; kategori sekolah menengah; skeolah rendah; Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS); kategori persatuan etnik Sabah; kategori pertubuhan bukan kerajaan (NGO); kategori swasta dan komersil.
Istiadat perbarisan bermula seawal jam 7.10 pagi dan Tabik Hormat DiRaja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion ke-22 Regimen Askar Melayu Diraja, Kem Sri Kinabatangan Sandakan kepada Tun Juhar kira-kira jam 8 pagi.
Seramai 39 orang pegawai dan anggota Maritim Negeri Sabah terlibat dalam istiadat perbarisan tersebut dan kontinjen perbarisan diketuai oleh Leftenan (M) Mohd Zulkifli bin Husain.
Selesai majlis istiadat perbarisan di Padang Merdeka, majlis diteruskan dengan upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu.
Seramai 1,209 penerima menerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik adalah antara 88 orang yang dianugerahkan darjah kebesaran kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) dan membawa gelaran Datuk, Majlis pengurniaan dijangka akan berlangsung pada 17 Oktober 2023.





















.svg.png)

